• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Steam Machine kini rasmi: Konsol PC Valve harga lebih mahal daripada PS5 Pro

  • OLEH Putra Aziz
  • 11:31 pm
  • 23/06/2026
  • Komen
Steam Machine kini rasmi: Konsol PC Valve harga lebih mahal daripada PS5 Pro

Screenshot

Share on FacebookShare on Twitter

Selepas pertama kali memperkenalkannya pada November tahun lalu, Valve kini secara rasmi melancarkan Steam Machine. Ia merupakan sebuah PC gaming kompak yang menjalankan sistem operasi SteamOS, dan boleh dilihat sebagai pesaing terbaharu kepada konsol permainan seperti PlayStation 5 (PS5).

Menurut Valve, Steam Machine ini mampu menawarkan prestasi sehingga enam kali lebih tinggi berbanding Steam Deck, sekali gus membolehkannya menjalankan pelbagai permainan gred AAA moden dengan jauh lebih lancar.



Harga dan ketersediaan Steam Machine

Steam Machine ditawarkan dalam dua varian storan pada harga seperti berikut:

  • Steam Machine (512GB) – USD1,049 (~RM4,343)
  • Steam Machine (512GB) dengan Steam Controller – USD1,128 (~RM4670)
  • Steam Machine (2TB) – USD1,349 (~RM5,585)
  • Steam Machine (512GB) dengan Steam Controller – USD1,428 (~RM5,912)

Dengan tanda harga permulaan mencecah RM4,300, Steam Machine jelas jauh lebih mahal berbanding konsol seperti PlayStation 5 Pro yang ketika ini dijual pada harga RM3,999. Menurut Valve, harga yang lebih tinggi ini sebahagiannya disebabkan krisis komponen memori dan storan.



Walau bagaimanapun, bagi peminat tempahan, Steam Machine tidak ditawarkan secara rasmi di Malaysia buat masa ini, sama seperti Steam Deck. Valve hanya menjual peranti ini secara terus di tiga pasaran utama, iaitu Amerika Utara, Eropah, serta Australia. Bagi rantau Asia, peranti ini hanya akan tersedia di Jepun, Taiwan dan Hong Kong menerusi pengedar rasmi Valve, Komodo.

Sesi tempahan untuk Steam Machine kini dibuka sehingga 25 Jun 2026. Bagi mengelakkan pembelian oleh scalper dan bot, Valve menggunakan sistem giliran rawak untuk menentukan senarai tempahan.

Selain itu, Valve turut menetapkan beberapa syarat untuk menyertai tempahan, antaranya pengguna perlu mempunyai akaun Steam yang berada dalam keadaan baik, pernah membuat sekurang-kurangnya satu pembelian di Steam sebelum 27 April 2026, serta hanya satu tempahan dibenarkan bagi setiap isi rumah.

Spesifikasi Steam Machine

Steam Machine hadir dalam bentuk PC kompak berbentuk kuib dengan ukuran sekitar 152mm x 156mm x 162.4mm dan berat sekitar 2.6kg. Walaupun bersaiz kecil, spesifikasi dalaman yang ditawarkan cukup berkuasa.

Ia dikuasakan oleh pemproses khusus (semi-custom) AMD Zen 4 dengan 6-Teras dan 12-Tread berkelajuan sehingga 4.8GHz. Kuasa grafiknya pula dijana oleh GPU AMD RDNA3 dengan 28 Compute Units (CUs) yang dipadankan bersama RAM DDR5 seluas 16GB dan VRAM GDDR6 8GB. Dari segi storan, Steam Machine tersedia dalam dua saiz NVMe SSD 512GB atau versi 2TB NVMe SSD. Kedua-dua model turut dilengkapi slot kad mikroSD berkelajuan tinggi untuk penambahan storan.

Dari segi rekaan luaran, Steam Machine turut dilengkapi jalur lampu LED RGB yang mengandungi 17 LED individu. Lampu ini boleh digunakan untuk memaparkan status sistem seperti progres muat turun game, selain menyokong pelbagai warna dan animasi yang boleh disesuaikan mengikut citarasa pengguna.

Di bahagian perisian, Steam Machine mengoperasikan SteamOS 3 secara lalai yang memberikan pengalaman plug-and-play yang mudah seperti konsol biasa. Bagaimanapun, disebabkan ia pada dasarnya ialah sebuah PC, anda bebas untuk memasang sistem operasi lain seperti Windows mahupun memuat turun menjalankan pelbagai aplikasi pihak ketiga.

Untuk sambungan, ia mempunyai adapter terbina untuk Steam Controller baharu, Wi-Fi 6E, dan Bluetooth 5.3. Pilihan port di bahagian belakang pula merangkumi DisplayPort 1.4 yang menyokong output sehingga 4K pada 240Hz atau 8K pada 60Hz, HDMI 2.0, port USB-A 3.2, USB-C, serta Gigabit Ethernet.

Sekiranya anda merasakan Steam Machine terlalu mahal, Valve turut menyatakan bahawa SteamOS 3.8 kini boleh dipasang pada PC sedia ada menggunakan komponen sendiri. Namun buat masa ini, hanya sistem yang menggunakan GPU AMD disokong secara rasmi. Perlu diingatkan juga bahawa pengalaman penggunaan mungkin tidak sepenuhnya sama seperti Steam Machine, termasuk dari segi keserasian aksesori tertentu seperti Steam Controller.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Steam Machine.

Tags: SteamSteam Machinevalve
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Steam Machine kini rasmi: Konsol PC Valve harga lebih mahal daripada PS5 Pro

Steam Machine kini rasmi: Konsol PC Valve harga lebih mahal daripada PS5 Pro

23 June 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN