• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:03 pm
  • 07/07/2026
  • Komen
RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi anda yang mencari telefon gaming berkuasa tinggi, RedMagic telah memperkenalkan RedMagic 11S Pro untuk pasaran Malaysia. Ia menjadi model ketiga dalam barisan RedMagic 11, selepas RedMagic 11 Pro dan RedMagic 11 Air diperkenalkan sebelum ini.

Bagaimanapun, model baharu ini dilihat berkongsi kebanyakan spesifikasi yang sama dengan RedMagic 11 Pro, selain daripada rekaan luaran yang sedikit berbeza. Perbezaan paling utama pada model ‘S’ ini adalah penggunaan cip pemprosesan yang telah di-overclock untuk prestasi yang jauh lebih pantas.



Harga dan ketersediaan RedMagic 11 Pro di Malaysia

RedMagic 11S Pro mula dijual di Malaysia pada 7 Julai 2026. Telefon ini ditawarkan dalam dua konfigurasi memori dan dua pilihan warna, dengan harga seperti berikut:

  • Nightfreeze (12GB + 256GB): RM3,799
  • Nightfreeze (16GB + 512GB): RM4,499
  • Subzero (16GB + 512GB): RM4,499

Nightfreeze hadir dengan kemasan hitam lutsinar, manakala Subzero menggunakan kemasan perak lutsinar.



Bersempena pelancarannya, pembeli awal turut menerima hadiah percuma selagi stok masih ada. Pembelian varian 12GB + 256GB akan disertakan dengan RedMagic Cooler 5 Pro, manakala varian 16GB + 512GB pula menerima RedMagic Cooler 8 Pro.

Perlu diketahui bahawa RedMagic 11S Pro hanya dijual menerusi saluran runcit fizikal. Ia boleh didapati di kedai jenama Nubia di IOI City Mall, IOI Mall Puchong, Plaza Low Yat dan Plaza Merdeka Mall, Kuching. Telefon ini turut tersedia menerusi peruncit sah seperti TMT, SS Solution, DirectD, serta pengedar sah RedMagic di seluruh Malaysia.

Spesifikasi RedMagic 11S Pro

Melangkah ke bahagian spesifikasi, perbezaan paling ketara pada RedMagic 11S Pro berbanding model Pro biasa sebenarnya terletak pada ‘enjin’ dalamnya. Model baharu ini menggunakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 Leading Version yang telah di-overclock untuk memberikan kelajuan CPU maksimum sehingga 4.74GHz. Kuasa ini digandingkan bersama RAM LPDDR5X Ultra sehingga 16GB dan storan dalaman UFS 4.1 sehingga 512GB.

Selain daripada cip pemprosesan yang lebih laju, spesifikasi lain pada model “S” ini sebenarnya hampir sama dengan RedMagic 11 Pro

Untuk paparan, ia mengekalkan skrin BOE X10 AMOLED bersaiz 6.85″ dengan resolusi 2,688 × 1,216 piksel dan kadar segar semula 144Hz. Skrin ini mempunyai nisbah skrin-ke-badan sebanyak 95.3%, kecerahan puncak sehingga 1,800 nits, kadar pensampelan sentuh sehingga 3,000Hz, serta PWM Dimming 2,592Hz.

Sebagai sebuah peranti gaming, ia turut dilengkapi dengan butang bahu sepantas 520Hz, motor linear X-Paksi untuk gegaran haptik 4D yang realistik, pembesar suara stereo, serta lampu pencahayaan RGB pada bahagian sisi. Khas buat pengguna tegar fon telinga berwayar, peranti ini masih mengekalkan bicu audio 3.5mm.

Di bahagian penyejukan, seperti RedMagic 11S Pro turut dilengkapi sistem penyejukan cecair AquaCore, sama seperti model Pro biasa. Sistem ini menggabungkan empat komponen utama iaitu cecair fluorin tidak konduktif (gred pelayan AI), lapisan Liquid Metal 3.0, ruang wap (Vapor Chamber) besar seluas 13,116 mm², serta kipas TurboFan kalis air yang berputar pada kelajuan sehingga 24,000 RPM.

Selain itu, RedMagic 11S Pro turut mengekalkan kapasiti bateri 7,500mAh, dan menyokong pengecasan pantas 80W secara berwayar dan wayarles, serta fungsi pengecasan berbalik secara wayarles. RedMagic mendakwa baterinya mampu bertahan sehingga 34.1 jam untuk penggunaan harian atau sehingga 14 jam ketika bermain game MOBA. Untuk pengecasan tanpa wayar, bateri boleh dicas penuh dalam masa 68 minit.

Berkenaan kamera, peranti ini mengekalkan tetapan trikamera belakang, menampilkan kamera utama 50MP, kamera ultralebar 50MP dan kamera depth 2MP. Untuk selfie, anda boleh temui kamera depan 16MP.

Telefon ini dibina menggunakan kerangka aluminium alloy yang kukuh dengan padanan kaca Corning Gorilla Glass di bahagian belakang, serta hadir dengan penarafan kalis air IPX8. Sejurus keluar dari kotak, ia menjalankan sistem operasi RedMagic OS 11.5 yang berasaskan Android 16 serta dilengkapi ciri pintar Google Gemini.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk RedMagic 11S Pro.

Tags: NubiaRedMagicRedMagic 11S ProZTEZTE Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

7 July 2026
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

3 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN