• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy Watch Ultra 2 & Watch 9: Cipset Snapdragon Wear Elite, skrin 5,000 nits & bateri lebih besar

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:35 am
  • 24/07/2026
  • Komen
Samsung Galaxy Watch Ultra 2 & Watch 9: Cipset Snapdragon Wear Elite, skrin 5,000 nits & bateri lebih besar
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung kini memperkenalkan generasi terbaharu jam pintar mereka menerusi Galaxy Watch Ultra 2 dan Galaxy Watch 9. Kedua-duanya hadir dengan pelbagai penambahbaikan, termasuk ciri pemantauan kesihatan yang lebih pintar, hayat bateri yang lebih panjang serta rekaan yang lebih selesa untuk dipakai sepanjang hari.

Bagaimanapun, berbeza dengan generasi sebelum ini, Samsung tidak lagi memperkenalkan model Galaxy Watch Classic untuk tahun ini.



Satu lagi perubahan besar pada siri Galaxy Watch kali ini ialah penggunaan cip Qualcomm Snapdragon Wear Elite Platform, menggantikan cip Exynos yang digunakan pada model terdahulu. Menurut Samsung, cip baharu ini menawarkan prestasi yang lebih pantas, penggunaan kuasa yang lebih cekap serta penjejakan GPS yang lebih tepat.

Galaxy Watch Ultra 2: Dibina untuk aktiviti ekstrem dan penjejakan lebih tepat

Bermula dengan model flagship, Galaxy Watch Ultra 2 kini dilengkapi bateri 800mAh, peningkatan sebanyak 35% berbanding model Ultra sebelumnya, untuk penggunaan lebih lama, termasuk aktiviti sukan ekstrem yang mengambil masa beberapa hari. Model Ultra 2 juga menyokong pengecasan lebih pantas, mampu mengecas ke 40% dalam masa 30 minit.



Dari segi cip pula, Ultra 2 kini beralih daripada seni bina Exynos kepada cip Qualcomm Snapdragon Wear Elite (SDW6100) 3nm, yang dikatakan menyediakan peralihan antara aplikasi yang lebih pantas serta penjejakan GPS yang lebih tepat, walaupun di kawasan hutan atau lokasi terpencil. Ia turut disokong RAM 2GB dan storan dalaman 64GB.

Skrin Ultra 2 pula diklaim sebagai skrin jam pintar paling terang di dunia pada kecerahan sehingga 5,000 nits, memudahkan paparan dibaca walaupun di bawah cahaya matahari terik atau ketika memakai cermin mata bertona gelap. Ia hadir dalam saiz 47mm dengan skrin Super AMOLED 1.52 inci (498×498 piksel), lengkap dengan Full Color Always On Display serta permukaan Sapphire Crystal.

Dari segi binaan, casis Ultra 2 kini menggunakan titanium tahan hentakan, menghasilkan badan jam yang 12% lebih nipis, serta struktur tali jam yang 25% lebih ringan dan lembut dengan struktur berongga udara bagi keselesaan yang lebih baik semasa dipakai pada kulit.

Untuk penggiat aktiviti luar, Ultra 2 turut dilengkapi ciri Trail Run Tracking, yang mengukur metrik lanjutan seperti perubahan ketinggian, kadar pendakian, serta impak permukaan laluan semasa berlari.

Satu lagi ciri menarik ialah Nutrition Alert System, sistem panduan hidrasi masa nyata yang pertama seumpamanya. Ciri ini mengimbas tahap air dalam badan sebelum sesi senaman bermula, kemudian mengira kadar kehilangan peluh sepanjang aktiviti untuk memberikan peringatan pada masanya tentang bila dan berapa banyak air yang perlu diminum.

Bagi peminat aktiviti menyelam pula, Ultra 2 turut disahkan mematuhi piawaian EN13319 untuk penyelaman profesional, lengkap dengan pengaktifan automatik aplikasi menyelam sebaik sahaja jam terkena air. Ciri ini dibangunkan hasil kerjasama eksklusif bersama Mares, membolehkan Ultra 2 berfungsi sebagai komputer selaman khusus yang menjejak No-Decompression Limits (NDL) serta kadar naik ke permukaan.

Dari segi ketahanan, Ultra 2 turut disahkan mematuhi piawaian 10ATM+, IP69K, MIL-STD-810H, selain EN13319 tadi, jadi tak perlu risau sangat nak bawa jam ini merentas pelbagai aktiviti fizikal.

Galaxy Watch 9: Reka bentuk lebih ringan untuk kegunaan harian

Bagi model asas pula, Galaxy Watch 9 mengekalkan reka bentuk “Cushion” yang menjadi ciri khas siri ini, kini dengan kerangka aluminium yang lebih ringan dan kemas, disokong struktur tali jam yang 25% lebih ringan bagi keselesaan memakainya sepanjang hari.

Watch 9 hadir dalam dua saiz, 44mm dengan skrin 1.47 inci (480×480 piksel) dan bateri 445mAh, serta 40mm dengan skrin 1.34 inci (438×438 piksel) dan bateri 390mAh. Kedua-dua saiz turut menggunakan skrin Super AMOLED dengan Full Color Always On Display, kecerahan sehingga 3,000 nits, serta dilindungi kaca Sapphire Crystal.

Dari segi prestasi, Watch 9 turut berkongsi cip Qualcomm Snapdragon Wear Elite SDW6100 yang sama seperti Ultra 2, bersama dengan RAM 2GB dan storan 32GB. Bateri pula kini 445mAh untuk model 44mm dan 390mAh bagi model 40mm, peningkatan sebanyak 20% berbanding generasi sebelumnya.

Untuk ketahanan pula, Watch 9 disahkan mematuhi piawaian 5ATM+, IP68, serta MIL-STD-810H.

Ciri kesihatan yang dikongsi kedua-dua model

Selain perkakasan, Samsung turut memperkenalkan beberapa ciri kesihatan baharu yang terdapat pada kedua-dua model:

Raise to Talk — membolehkan pengguna terus bercakap dengan Google Gemini hanya dengan mengangkat pergelangan tangan, tanpa perlu menyentuh skrin atau menekan sebarang butang untuk menetapkan timer atau bertanya soalan.

Vitals Warning System — membina asas biometrik peribadi dengan mengimbas 5 metrik utama semasa tidur: kadar denyutan jantung, HRV, suhu kulit, tahap oksigen dalam darah (SpO2), serta kadar pernafasan. Sistem ini akan menghantar amaran awal sekiranya berlaku sebarang perubahan ketara daripada asas biometrik pengguna.

Heart Health Score — menghimpun data harian dari tahap aktiviti, kualiti tidur, berat badan, dan BMI untuk menghasilkan skor kesihatan kardiovaskular yang menyeluruh.

Daily Cardio Load — menggunakan data kadar denyutan jantung masa nyata untuk mengukur tahap tekanan kardiovaskular semasa bersenam, sekali gus memberikan cadangan pemulihan yang lebih bersesuaian.

Fitness Index — membandingkan VO2 Max dan metrik kadar denyutan jantung pengguna dengan data demografik Samsung Health mengikut kumpulan umur serupa, bagi mengenal pasti aspek yang boleh diperbaiki.

Dari segi sensor, kedua-dua model turut berkongsi Samsung BioActive Sensor (gabungan Optical Bio-signal Sensor, Electrical Heart Signal, dan Bioelectrical Impedance Analysis), selain sensor suhu, accelerometer, barometer, giroskop, geomagnetik dan sensor cahaya

Untuk konektiviti pula, kedua-dua model menyokong LTE, Bluetooth 6.0, Wi-Fi 2.4GHz+5GHz, NFC, serta GPS dwi-frekuensi L1+L5. Kedua-duanya turut menjalankan Wear OS 7 dengan antara muka One UI 9 Watch.

Harga dan ketersediaan Galaxy Watch 9 dan Watch Ultra 2 di Malaysia

Berikut adalah harga jualan Galaxy Watch 9 dan Watch Ultra 2 di Malaysia:

  • Galaxy Watch Ultra 2 – RM3,399
  • Galaxy Watch 9 44mm LTE – RM1,899
  • Galaxy Watch 9 44mm Bluetooth – RM1,599
  • Galaxy Watch 9 40mm LTE – RM1,799
  • Galaxy Watch 9 40mm Bluetooth RM1,499

Galaxy Watch Ultra 9 44mm ditawarkan dalam warna perak dan hitam, manakala model 40mm pula hitam dan putih. Sementara itu, model Watch Ultra 2 tersedia dalam warna titanium kelabu dan titanium perak.

Kedua-dua jam pintar baharu ini boleh dipratempah dari sekarang, dan akan mula dijual di Malaysia pada 14 Ogos 2026. Sepanjang tempoh pra-tempahan, pembeli Galaxy Watch Ultra 2 berpeluang menebus sepasang kasut HOKA Clifton Pro bernilai RM729, selain menerima Adventure Pack yang merangkumi Peakform Band, pengecas 25W, pek bateri 10,000mAh dan Running Armband.

Pembeli kedua-dua model turut menikmati percubaan percuma Strava selama 60 hari, Samsung Rewards Points Booster bernilai sehingga RM200, baucar sehingga RM120, diskaun 10% apabila dibeli bersama telefon Galaxy terpilih, serta diskaun 30% untuk tali jam Galaxy Watch terpilih.

Tags: galaxy watch 9Galaxy Watch Ultra 2Samsing Galaxy Watch Ultra 2samsungSamsung Galaxy Watch 9snapdragonSnapdragon Wear EliteWearOS 7
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Samsung Galaxy Watch Ultra 2 & Watch 9: Cipset Snapdragon Wear Elite, skrin 5,000 nits & bateri lebih besar

Samsung Galaxy Watch Ultra 2 & Watch 9: Cipset Snapdragon Wear Elite, skrin 5,000 nits & bateri lebih besar

24 July 2026
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026
Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

22 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN