• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:33 pm
  • 27/07/2026
  • Komen
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta
Share on FacebookShare on Twitter

Meta mengumumkan Facebook Verified, satu ciri baharu yang membolehkan pengguna mengesahkan akaun Facebook mereka secara percuma. Tidak seperti Meta Verified yang memerlukan langganan berbayar, Facebook Verified hanya memerlukan pengguna melalui proses pengesahan menggunakan video swafoto (selfie) untuk membuktikan akaun tersebut dimiliki oleh individu sebenar.

Menurut Meta, ciri ini diperkenalkan bagi membantu pengguna mengenal pasti akaun sebenar, terutama ketika menggunakan Facebook Marketplace, Facebook Dating dan Facebook Groups. Ia juga dilihat sebagai langkah untuk mengurangkan risiko akaun palsu, scam serta penyamaran yang semakin mudah dilakukan dengan bantuan teknologi AI.



Meta memaklumkan Facebook Verified akan diperkenalkan secara berperingkat bermula di beberapa pasaran terpilih, sebelum diperluaskan ke lebih banyak negara pada masa akan datang.

Pengesahan dibuat melalui video selfie

Untuk mendapatkan lencana Facebook Verified, pengguna hanya perlu merakam video selfie yang ringkas. Video tersebut akan dibandingkan dengan gambar profil sedia ada bagi mengesahkan identiti pemilik akaun.



Meta berkata proses ini adalah percuma dan kebiasaannya hanya mengambil masa beberapa minit untuk diselesaikan.

Bagaimanapun, tidak semua akaun layak menerima lencana tersebut. Pengguna perlu berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, mematuhi Community Standards Meta dan tidak mempunyai rekod berkaitan penipuan, scam atau tingkah laku yang dianggap tidak tulen.

Buat masa ini, Facebook Verified hanya ditawarkan kepada akaun peribadi dan tidak menyokong Facebook Pages atau akaun ProMode.

Lencana dipaparkan di Marketplace, Dating dan Groups

Selepas akaun berjaya disahkan, akan terdapat lencana Facebook Verified (bulat kecil dengan tick berwarna hitam) muncul bersebelahan nama penguna pada beberapa bahagian utama Facebook. Pada peringkat awal, lencana ini boleh dilihat pada profil pengguna, Facebook Marketplace, Facebook Dating dan Facebook Groups. Meta turut merancang untuk memaparkan lencana tersebut pada hantaran di Feed pada masa akan datang.

Ini bermakna, bila anda melihat sesuatu iklan di Marketplace, profil di Dating atau melihat ahli dalam sesuatu Group, anda boleh mengetahui sama ada akaun tersebut telah disahkan sebagai milik individu sebenar.

Lencana bukan jaminan seseorang boleh dipercayai

Walaupun Facebook Verified mengesahkan bahawa akaun itu dimiliki oleh individu sebenar, Meta menegaskan ia bukan bermaksud syarikat menyokong atau menjamin pengguna tersebut boleh dipercayai.

Semua pengguna yang menerima lencana ini masih tertakluk kepada polisi Meta, termasuk Community Standards dan Commerce Policies. Oleh itu, pengguna masih perlu berhati-hati ketika berurusan atau berinteraksi dengan orang lain di platform tersebut.

Menurut Meta, ketika AI semakin memudahkan penghasilan kandungan, profil dan mesej palsu, Facebook Verified diwujudkan sebagai cara yang lebih mudah untuk membezakan akaun individu sebenar daripada akaun yang tidak sah atau yang cuba menyamar.

[Sumber: Meta]

Tags: FacebookFacebook Verifiedmeta
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN