• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:05 pm
  • 27/07/2026
  • Komen
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399
Share on FacebookShare on Twitter

Tecno Malaysia secara rasmi memperkenalkan Tecno Pova 8 5G, telefon gaming bajet terbaharu mereka yang menggantikan Pova 7 5G tahun lalu. Berbeza dengan generasi sebelumnya yang hadir dalam tiga varian, kali ini Tecno hanya memperkenalkan satu model sahaja untuk siri Pova 8.

Antara pembaharuan yang dibawakan pada Pova 8 5G ialah bateri berkapasiti 8,000mAh serta Alive Matrix Display, iaitu sistem lampu interaktif di bahagian belakang telefon yang boleh disesuaikan mengikut pelbagai notifikasi dan aktiviti.



Harga dan ketersediaan Tecno Pova 5G di Malaysia

Tecno Pova 8 5G hadir dalam satu varian sahaja dengan konfigurasi RAM 8GB RAM + storan 256GB, pada harga RM1,399. Ini bermakna harganya meningkat sedikit berbanding model Pova 7 5G yang dilancar pada RM999 untuk konfigurasi yang sama.

Sekiranya anda berminat, tempahan untuk Pova 8 5G ini dibuka dari sekarang sehingga 31 Julai menerusi stor rasmi Tecno di Shopee, manakala akan dijual secara lebih meluas di semua pengedar sah, stor jenama Tecno dan saluran dalam talian rasmi bermula 31 Julai 2026.



Bersempena pelancarannya di Shopee, Tecno turut menawarkan beberapa promosi berikut:

  • Diskaun sehingga RM200 sempena Shopee Mall Super Brand Day pada 28 Julai 2026
  • Speaker Bluetooth percuma bernilai sehingga RM99 untuk 100 pembeli terawal
  • Peluang membeli Tecno Watch 3 Active pada harga RM99 (harga asal RM299)

Tecno Pova 8 5G ditawar dalam tiga warna iaitu putih, hitam dan oren.

Spesifikasi Tecno Pova 8 5G

Tecno Pova 8 dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7100 5G, dipadankan dengan RAM LPDDR5X 8GB dan storan UFS 2.2 256GB. Ia juga menyokong sehingga RAM maya sehingga 8GB untuk membantu kelancaran ketika menjalankan lebih banyak aplikasi serentak.

Di bahagian hadapan, telefon ini menggunakan skrin IPS LCD berukuran 6.76″ dengan resolusi FHD serta kadar segar semula 144Hz, selain menerima pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light untuk mengurangkan pendedahan cahaya biru. Telefon ini juga mempunyai penarafan kalis percikan air dan debu IP64.

Bagi pengguna yang gemar bermain game, Pova 8 5G dilengkapi sistem penyejukan Ice Cooling System 3.0 dengan kawasan penyejukan grafit seluas 15,000mm². Menurut Tecno, sistem ini menawarkan kecekapan penyejukan 12.5% lebih baik berbanding generasi sebelumnya bagi membantu mengekalkan prestasi ketika sesi permainan yang panjang. Telefon ini turut menyokong paparan sehingga 90FPS dalam permainan yang disokong seperti Honor of Kings dan Mobile Legends: Bang Bang.

Tenaga Pova 8 5G dibekalkan oleh bateri 8,000mAh yang menurut Tecno mampu bertahan sehingga dua hari penggunaan dalam keadaan tertentu. Ia turut menyokong pengecasan pantas 45W, dengan pengecasan sehingga 50% mengambil masa sekitar 35 minit.

Satu lagi ciri unik pada telefon ini ialah Alive Matrix Display, iaitu sistem lampu dot-matrix interaktif di bahagian belakang. Pengguna boleh menetapkan corak pencahayaan untuk pelbagai fungsi seperti panggilan masuk, mesej, notifikasi aplikasi, pengecasan, muzik, gaming dan mini game, selain memudahkan pengguna melihat status tertentu tanpa perlu menghidupkan skrin.

Dari segi fotografi, Tecno Pova 8 5G dilengkapi kamera utama 50MP Sony LYTIA 600 dengan autofokus dan sensor bersaiz 1/1.9″, serta menyokong zum lossless 2x. Di hadapan pula terdapat kamera swafoto 13MP. Untuk ketersambungan, telefon ini menyokong NFC, 5G, Wi-Fi 5 dan Bluetooth 5.4. Ia turut dilengkapi cip G1 Signal Enhancement dan SE1 Wi-Fi Enhancement yang direka untuk meningkatkan kestabilan sambungan rangkaian dan Wi-Fi.

Menjalankan sistem operasi HiOS 16 berasaskan Android 16, telefon ini turut didatangkan dengan beberapa ciri AI, termasuk AI LightMaster 2.0 untuk membantu menghasilkan gambar yang lebih jelas, AI YouTube Summary yang boleh merumuskan kandungan video YouTube yang disokong, All-Scenario Noise Cancellation untuk meningkatkan kejelasan suara ketika panggilan dan rakaman, serta AI Writing yang boleh membantu menulis semula, menyemak tatabahasa dan meringkaskan teks.

Lagi perkara yang terdapat pada telefon termasuk speaker stereo dan pengimbas cap jari di butang kuasa. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Tecno Pova 8 5G.

Tags: tecnotecno malaysiaTecno Pova 8Tecno Pova 8 5G
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN