• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Wise kini sokong DuitNow QR dan DuitNow Transfer menerusi integrasi PayNet

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:49 pm
  • 30/07/2026
  • Komen
Wise kini sokong DuitNow QR dan DuitNow Transfer menerusi integrasi PayNet
Share on FacebookShare on Twitter

Wise, penyedia perkhidmatan kewangan digital, mengumumkan integrasi langsung dengan rangkaian Payments Network Malaysia (PayNet), rangkaian pembayaran kebangsaan Malaysia. Melalui integrasi ini, pengguna aplikasi Wise kini boleh membuat pembayaran dengan mengimbas kod DuitNow QR, selain menghantar wang menggunakan DuitNow Transfer terus daripada aplikasi.

Pencapaian ini turut menjadikan Malaysia sebagai pasaran ke-9 di dunia dan yang ke-5 di rantau Asia Pasifik yang menerima akses terus Wise kepada sistem pembayaran domestik sesebuah negara.



Kini boleh imbas dan bayar dengan DuitNow QR

Salah satu manfaat utama integrasi ini ialah sokongan terus untuk DuitNow QR terus dalam aplikasi. Dengan ciri ini, pengguna Wise, tak kira sama ada anda rakyat Malaysia atau pelancong yang ingin membeli belah di Malaysia, anda boleh menggunakan aplikasi Wise untuk imbas dan bayar di peniaga yang mengambil bahagian.

Menurut Yen Ting Chiam, Country Manager Wise Malaysia, pengenalan DuitNow QR merupakan antara usaha syarikat untuk memudahkan urusan pembayaran harian dengan mengurangkan kerumitan transaksi, sekali gus memberikan pengalaman yang lebih lancar kepada pengguna di Malaysia.



Hantar wang lebih mudah dengan DuitNow Transfer

Selain pembayaran menggunakan kod QR, integrasi ini turut membolehkan Wise menyokong DuitNow Transfer bagi pemindahan wang dalam Malaysia.

Menerusi DuitNow Transfer, pengguna tidak lagi perlu memasukkan nombor akaun bank yang panjang untuk menghantar wang kepada rakan, ahli keluarga atau perniagaan. Sebaliknya, wang boleh dipindahkan serta-merta hanya menggunakan nombor telefon, nombor kad pengenalan (MyKad), nombor tentera atau nombor pendaftaran perniagaan penerima.

Bagi mengelakkan wang tersalah hantar, aplikasi Wise akan memaparkan nama berdaftar penerima secara automatik untuk disemak sebelum transaksi disahkan.

Pemindahan wang lebih pantas, kos lebih rendah

Menurut Wise, sambungan terus kepada sistem pembayaran tempatan seperti PayNet membantu mengurangkan kebergantungan kepada bank perantara. Langkah ini bukan sahaja dapat mengurangkan kos operasi, malah membolehkan transaksi diproses dengan lebih pantas.

Syarikat itu berkata kira-kira 77% daripada semua pemindahan wang melalui Wise kini berjaya diselesaikan dalam tempoh 20 saat, iaitu dua kali ganda lebih pantas berbanding lima tahun lalu.

Selain pengguna, infrastruktur baharu ini turut boleh dimanfaatkan oleh bank dan institusi kewangan menerusi Wise Platform. Melalui Wise API, rakan kongsi juga boleh mengesahkan nama penerima secara masa nyata sebelum pemindahan Ringgit Malaysia dilakukan.

Wise terus tambah sokongan rangkaian QR di seluruh dunia

DuitNow QR merupakan tambahan terbaharu dalam senarai rangkaian pembayaran QR yang disokong Wise. Sebelum ini, aplikasi Wise sudah menyokong pelbagai rangkaian pembayaran QR antarabangsa bagi memudahkan pengguna yang kerap melancong.

Antara rangkaian utama yang disokong ialah Alipay+, yang boleh digunakan di lebih 50 negara. Melalui rangkaian ini, pengguna boleh membuat pembayaran menggunakan NETS QR di Singapura, GCash QR di Filipina, Alipay HK QR di Hong Kong, KakaoPay QR di Korea Selatan, NepalPay di Nepal, Lanka QR di Sri Lanka dan KHQR di Kemboja. Bagaimanapun, rangkaian QR yang dikuasakan Alipay+ ini hanya boleh digunakan oleh pelanggan Wise yang berdaftar di Malaysia, Singapura, United Kingdom, Eropah, Australia, New Zealand dan Brazil, ketika mereka berada di luar daripada negara asal pendaftaran akaun masing-masing.

Selain itu, Wise turut menyokong PayNow di Singapura dan QR Ph di Filipina. Bagi rangkaian tertentu seperti Swiss QR-Bill (Switzerland), Pix (Brazil) dan Qvik QR (Hungary), pengguna perlu memenuhi syarat tertentu seperti mempunyai baki dalam mata wang berkaitan atau alamat berdaftar di negara tersebut.

Pengguna Wise juga boleh menghantar wang antara satu sama lain menggunakan Wisetag.

DuitNow QR dilancar secara berperingkat

Walaupun integrasi dengan PayNet telah diumumkan, Wise memaklumkan bahawa sokongan DuitNow QR akan diperkenalkan secara berperingkat. Oleh itu, ciri pengimbasan menggunakan DuitNow QR mungkin belum boleh digunakan di semua peniaga buat masa ini.

Manakala bagi ciri DuitNow Transfer, ia sudah pun tersedia sepenuhnya. Pengguna Wise kini boleh menghantar wang serta-merta menggunakan nombor telefon, MyKad, nombor tentera atau nombor pendaftaran perniagaan penerima terus daripada aplikasi Wise.

Tags: duitnowDuitNow QRDuitNow TransferPayNetWiseWise Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Wise kini sokong DuitNow QR dan DuitNow Transfer menerusi integrasi PayNet

Wise kini sokong DuitNow QR dan DuitNow Transfer menerusi integrasi PayNet

30 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN