• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:32 pm
  • 31/07/2026
  • Komen
Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Rubine, jenama tempatan di bawah Fiamma Trading Sdn Bhd, telah mengumumkan bahawa pemanas air siri Rubine EOS yang hanya berketebalan 45mm kini diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai pemanas air paket paling nipis di Malaysia.

Pengiktirafan tersebut disampaikan dalam satu majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur hari ini, selepas MBOR mengesahkan bahawa EOS Series memenuhi kategori rekod berkenaan menerusi proses pengesahan yang dijalankan.



Siri Rubine EOS hanya 45mm ketebalannya

Siri Rubine EOS merupakan siri pemanas air segera ultra nipis dengan ketebalan hanya 45mm. Ia turut dilengkapi sistem Energy Optimisation System (EOS), teknologi yang dibangunkan sendiri oleh Rubine untuk mengimbangi aliran air dan penggunaan kuasa bagi mencapai suhu mandian yang diinginkan, sambil meminimumkan pembaziran tenaga dan air.

Siri ini ditawarkan dalam dua model, iaitu EOS Prime dan EOS Ultra Slim, yang masing-masing dilengkapi pelbagai ciri keselamatan.



Antaranya ialah sistem keselamatan Double Protection, Double Thermal (DPDT) yang mengasingkan talian hidup (live) dan neutral sekiranya berlaku gangguan elektrik. Turut disediakan ialah sistem Dual Valve, yang akan mengeluarkan baki air panas yang masih berada di dalam ruang pemanas selepas digunakan. Ini membantu mengelakkan pengguna seterusnya terkena air panas secara tidak sengaja.

Selain itu, pemanas air ini turut dilengkapi panel kawalan sentuh digital bersama fungsi Last Memory Function, yang membolehkan pengguna kembali kepada tetapan suhu kegemaran hanya dengan satu sentuhan.

Model terpilih pula hadir dengan pam DC inverter berkecekapan tinggi, yang beroperasi pada tahap bunyi di bawah 45dB. Ia juga membantu meningkatkan tekanan air yang rendah, menjadikannya sesuai digunakan di kediaman bertingkat tinggi atau rumah yang mempunyai aliran air tidak konsisten.

Bagi model EOS Prime, ia turut dilengkapi pancuran jenis rain shower dan hand shower terbina dalam, membolehkan pengguna bertukar antara kedua-duanya menggunakan satu unit yang sama.

Malaysia Book of Records sahkan profil 45mm

Ketua Pegawai Operasi MBOR, Jwan Heah Yeow Hooi berkongsi, “Setiap rekod yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records melalui proses pengesahan yang ketat, dan EOS Series tidak terkecuali.”

Beliau turut menambah, “Pasukan kami secara berdikari mengukur dan mengesahkan profil 45mm ini berdasarkan penanda aras kategori berkenaan, sebelum pencapaian ini boleh disahkan secara rasmi. Ia mencerminkan tahap ketepatan kejuruteraan yang kami cari, dan kami berbesar hati untuk mengiktiraf pencapaian RUBINE ini.”

Ketua Pegawai Eksekutif Fiamma Group, Jimmy Tan pula menyatakan, “Bagi Rubine, ini merupakan kemuncak kepada pelaburan bertahun-tahun yang dibuat secara terarah dalam bidang inovasi, kecemerlangan kejuruteraan, serta perkongsian yang dipercayai. Pengiktirafan Malaysia Book of Records ini bukan sahaja mengesahkan apa yang telah kami capai, malah turut mencerminkan sumbangan bernilai daripada rakan-rakan kongsi kami, termasuklah Versatile Setup Sdn. Bhd., yang kepakaran dan kerjasama mereka amat penting sepanjang perjalanan ini.”

“Bersama-sama, kami kekal komited untuk membina perniagaan yang lebih kukuh dan bersepadu, yang akan terus mencipta nilai buat pelanggan, rakan perniagaan, serta pemegang saham untuk bertahun-tahun akan datang,” tambah beliau.

Harga siri Rubine EOS di Malaysia

Berikut harga rasmi bagisiri Rubine EOS di Malaysia:

  • Rubine EOS Prime (DC Pump R/S) – RM1,599
  • Rubine EOS Ultra Slim (DC Pump R/S) – RM1,459
  • Rubine EOS Ultra Slim (DC Pump H/S) – RM1,176

Untuk maklumat lanjut mengenai Rubine EOS dan barisan pemanas air segera lain, anda boleh melayari laman web rasmi Rubine.

Tags: Malaysia Book of RecordsRubineRubine EOS
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

31 July 2026
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN