• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CMF Clip Pro, fon telinga terbuka pertama CMF dengan Smart Dial & bateri 32.5 jam

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:49 pm
  • 05/08/2026
  • Komen
CMF Clip Pro, fon telinga terbuka pertama CMF dengan Smart Dial & bateri 32.5 jam
Share on FacebookShare on Twitter

CMF, sub-jenama di bawah Nothing, secara rasminya telah mengumumkan CMF Clip Pro, iaitu fon telinga terbuka pertama daripada jenama tersebut. Ia menggunakan rekaan klip yang membolehkan pengguna mendengar muzik, podcast atau membuat panggilan sambil masih peka dengan bunyi persekitaran.

Antara ciri utama yang dibawakan termasuk pemandu dwi-magnet 10.8mm, sokongan Hi-Res Audio dan LDAC, Smart Dial pada bekas pengecas, empat mikrofon untuk panggilan serta hayat bateri keseluruhan sehingga 32.5 jam.



Untuk maklumat anda, ini sebenarnya bukan kali pertama Nothing menghasilkan fon telinga open-ear kerana syarikat itu pernah melancarkan Nothing Ear (Open) pada tahun 2024.

Reka bentuk 3-Point Clip

Dari segi rekaan, CMF Clip Pro menggunakan rekan bentuk 3-point Clip yang direka untuk mengagihkan tekanan secara seimbang pada tiga titik di telinga, berbanding tertumpu pada satu kawasan sahaja untuk keselesaan lebih baik.



Ia dibina menggunakan teras dawai titanium elastik, dengan C-bridge nipis yang boleh melentur mengikut bentuk telinga. Ia turut menggunakan bahan mesra kulit untuk keselesaan ketika dipakai, manakala bahagian yang menghasilkan bunyi direka supaya berada secara semula jadi pada telinga sambil menghalakan bunyi dengan lebih baik ke arah saluran telinga.

Setiap fon telinga ini mempunyai berat hanya 5.9 gram.

CMF Clip Pro ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Dark Grey (Kelabu Gelap), Light Grey (Kelabu Cerah) dan Coral (Oren).

Hi-Res Audio dengan sokongan LDAC

Dari segi kualiti bunyi, CMF Clip Pro dilengkapi pemandu dinamik dwi-magnet 10.8mm yang dikatakan mampu menghasilkan bass kuat, vokal terperinci serta frekuensi tinggi yang jelas. Bagi mengimbangi masalah kehilangan julat bunyi rendah (bass) yang kerap berlaku pada fon jenis terbuka, CMF menyertakan teknologi Ultra Bass untuk meningkatkan frekuensi rendah secara pintar tanpa menjejaskan kejelasan bunyi.

Clip Pro turut menerima pensijilan Hi-Res Audio dan menyokong codec LDAC, AAC dan SBC. Sokongan LDAC membolehkan penstriman audio berkualiti lebih tinggi dengan peranti yang serasi.

Bagi pengguna yang mementingkan privasi pula, terdapat ciri Sound Seal system yang berfungsi mengurangkan kebocoran bunyi supaya menjadikan perbualan dan muzik anda kurang kedengaran oleh orang di sekeliling. Ciri ini turut boleh disesuaikan menerusi aplikasi Nothing X, dengan tetapan khusus sama ada untuk panggilan sahaja, atau untuk panggilan dan main balik audio serentak.

Kawalan pintar Smart Dial dan panggilan lebih jelas

Satu lagi ciri menarik pada CMF Clip Pro ialah kehadiran butang pemutar fizikal Smart Dial yang terbina terus pada bekas pengecas. Menerusi Smart Dial ini, anda boleh mengawal kelantangan bunyi, menukar lagu, menjawab panggilan, atau membuat penambatan (pairing) Bluetooth tanpa perlu mengeluarkan telefon pintar.

Setiap fon telinga turut dilengkapi kawalan fizikal sendiri, yang dikatakan lebih mudah digunakan termasuk ketika bersenam atau memakai sarung tangan.

Untuk kualiti panggilan suara, Clip Pro menggunakan Clear Voice Technology berkuasa VPU bersama sistem empat mikrofon HD. Kombinasi ini membantu mengasingkan suara pengguna daripada bunyi latar secara masa nyata, termasuk ketika berada di jalan yang sibuk atau kawasan luar yang berangin.

Hayat bateri sehingga 32.5 jam

Bagi jangka hayat bateri, CMF Clip Pro mampu bertahan sehingga 10 jam bagi satu pengecasan penuh, dan sehingga 32.5 jam apabila digunakan bersama bekas pengecasnya. Ia turut menyokong pengecasan pantas, dengan pengecasan selama 10 minit dikatakan mampu memberikan sehingga 4 jam masa mendengar.

Untuk sambungan, Clip Pro menggunakan Bluetooth 5.4 dan menyokong Dual Device Connection untuk bertukar antara dua peranti dengan lebih mudah. Turut tersedia ialah Low Latency Mode untuk gaming, Google Fast Pair dan Microsoft Swift Pair.

Fon putik ini turut memiliki penarafan IP54 untuk perlindungan daripada habuk dan percikan air. Melalui aplikasi Nothing X, pengguna boleh menyesuaikan fungsi kawalan, mengubah tetapan Sound Seal, mengemas kini firmware serta fungsi pencarian fon telinga sekiranya hilang.

Harga dan ketersediaan

Buat masa ini, harga dan tarikh jualan untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan. CMF memaklumkan maklumat lanjut mengenai ketersediaannya akan dikongsikan kemudian.

Untuk rujukan anda, di pasaran Eropah, CMF Clip Pro dijual pada harga EUR79 (~RM372).

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk CMF Clip Pro.

Tags: CMFCMF Clip ProNothing
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

CMF Clip Pro, fon telinga terbuka pertama CMF dengan Smart Dial & bateri 32.5 jam

CMF Clip Pro, fon telinga terbuka pertama CMF dengan Smart Dial & bateri 32.5 jam

5 August 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

30 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN