• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

BMW iX3 50 xDrive kini di Malaysia: EV Neue Klasse pertama, harga bawah RM400K

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:53 pm
  • 06/08/2026
  • Komen
BMW iX3 50 xDrive kini di Malaysia: EV Neue Klasse pertama, harga bawah RM400K
Share on FacebookShare on Twitter

BMW Malaysia secara rasmi melancarkan BMW iX3 baharu untuk pasaran tempatan, sekali gus menandakan permulaan era Neue Klasse di Malaysia. Buat masa ini, hanya satu varian ditawarkan, iaitu BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro.

Varian M Sport Pro yang ditawarkan di Malaysia membawakan pelbagai penambahbaikan dari segi rekaan, termasuk rim aloi 22″, brek M Sport dengan angkup merah, gril BMW Iconic Glow, tempat duduk M Sport, stereng M dua jejari dan tali pinggang versi M.



Selain varian ini, pengeluar kenderaan dari Jerman itu turut merancang untuk membawa masuk varian Long Wheelbase (LWB) ke pasaran tempatan, walaupun tiada sebarang pengumuman rasmi mengenainya dibuat semasa majlis pelancaran.

Harga BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro kini boleh didapati di Malaysia dengan harga seperti berikut:



  • BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro – RM378,800
  • Dengan BMW Service & Repair Inclusive (BSRI) – RM399,800

Bersempena pelancarannya, BMW Malaysia turut menawarkan promosi penangguhan bayaran ansuran selama tiga bulan sebelum ansuran pertama bermula.

Pelanggan boleh memilih enam pilihan warna, iaitu Alpine White, Black Sapphire, M Brooklyn Grey, Space Silver, Ocean Wave Blue dan Polarised Grey.

BMW iX3 didatangkan dengan waranti kenderaan tanpa had perbatuan selama dua tahun sebagai standard.

Dengan pakej BMW Service & Repair Inclusive (BSRI), waranti tersebut dilanjutkan kepada lima tahun tanpa had perbatuan, bersama enam tahun servis tanpa had perbatuan. Sementara itu, bateri voltan tinggi dilindungi waranti lapan tahun atau 160,000km, dengan jaminan kapasiti bateri minimum 70% State of Health (SoH).

Spesifikasi BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro

BMW iX3 50 xDrive menggunakan konfigurasi dwi-motor pacuan semua roda (AWD) yang menghasilkan kuasa 345kW (463hp) dan 645Nm tork. Dengan kuasa tersebut, SUV elektrik ini mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam 4.9 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum 210km/j.

Kuasa disalurkan oleh bateri NMC berkapasiti 108.7kWh, yang menawarkan jarak pemanduan 679 hingga 805km berdasarkan piawaian WLTP bergantung kepada konfigurasi. BMW turut mendakwa penggunaan tenaga berada antara 15.1 hingga 17.9kWh bagi setiap 100km.

Salah satu kelebihan utama BMW iX3 baharu ialah penggunaan seni bina 800V, yang membolehkan ia menyokong pengecasan pantas DC sehingga 400kW. Menurut BMW, pengecasan selama 10 minit mampu memberikan sehingga 372km jarak pemanduan. Untuk mengecas bateri daripada 10% ke 80%, ia hanya mengambil masa sekitar 21 minit.

Bagi pengecasan AC pula, model untuk pasaran Malaysia dilengkapi pengecas terbina tiga fasa berkuasa 22kW.

Varian M Sport Pro turut dilengkapi rim aloi 22″, brek M Sport dengan angkup brek berwarna merah, bampar dan skirt sisi M Sport, tempat duduk M Sport, tali pinggang M serta stereng M dua jejari.

Di bahagian dalam, BMW memperkenalkan BMW Panoramic iDrive, yang menggantikan kluster meter tradisional dengan paparan BMW Panoramic Vision yang memanjang di bahagian bawah cermin hadapan.

BMW turut mengekalkan paparan Head-Up Display (HUD) 3D serta beberapa kawalan fizikal penting seperti tuil isyarat, pemilih gear, suis tingkap dan pelaras cermin sisi.

Sebagai SUV lima tempat duduk, BMW iX3 menawarkan ruang but berkapasiti 520 liter, yang boleh diperluaskan sehingga 1,750 liter apabila tempat duduk belakang dilipat. Buat pertama kali juga, sebuah EV BMW dilengkapi frunk di bahagian hadapan dengan kapasiti 58 liter, memberikan ruang simpanan tambahan untuk kabel pengecas atau barangan kecil.

Dari segi keselamatan, fungsi Driving Assistant Plus dan Parking Assistant Professional turut disertakan secara standard pada model baharu ini. Ia juga menggunakan tayar Hankook iON evo SUV.

Galeri gambar BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro 2026

Tags: BMWBMW ix3 2026BMW iX3 50 xDriveEVEV BMWkenderaan elektrik
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

BMW iX3 50 xDrive kini di Malaysia: EV Neue Klasse pertama, harga bawah RM400K

BMW iX3 50 xDrive kini di Malaysia: EV Neue Klasse pertama, harga bawah RM400K

6 August 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

31 July 2026
Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

31 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN