• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

KLIA Terminal 1 naik taraf kawasan e-hailing dengan sistem penjejakan langsung baharu

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:03 pm
  • 06/08/2026
  • Komen
KLIA Terminal 1 naik taraf kawasan e-hailing dengan sistem penjejakan langsung baharu
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda selalu menggunakan perkhidmatan e-hailing di KLIA Terminal 1, kini ada beberapa perubahan baharu yang perlu diketahui. Malaysia Airports kini telah menaik taraf kawasan pengambilan penumpang e-hailing di Aras 1, Bangunan Terminal Utama dengan beberapa ciri baharu bagi melancarkan proses mengambil penumpang.

Pembaharuan utama yang diperkenalkan ruang e-hailing baharu bersama Sistem Paparan Maklumat Penumpang (PIDS), yang memaparkan waktu ketibaan kenderaan e-hailing secara langsung. Sistem ini berfungsi dengan mengintegrasikan teknologi Pengecaman Nombor Pendaftaran (LPR) di laluan masuk kawasan mengambil penumpang bersama skrin PIDS.



Sumber gambar: Facebook KLIA

Berdasarkan gambar yang dikongsikan di laman Facebook rasmi KLIA, penumpang perlu memasukkan nombor pendaftaran kenderaan e-hailing mereka di kiosk swalayan yang disediakan di ruang legar e-hailing. Selepas itu, pergerakan kenderaan akan dijejak dan dipaparkan pada skrin PIDS.

Selain itu, Malaysia Airports turut memaklumkan bahawa kawasan mengambil penumpang di KLIA Terminal 1 kini dilengkapi dengan petak pickup yang lebih teratur serta kehadiran petugas untuk membantu penumpang dan memastikan kelancaran lalu lintas.



Pemandu e-hailing kini dikenakan caj masuk RM3?

Sumber gambar: Facebook KLIA

Dalam pengumuman yang sama, Malaysia Airports mengesahkan bahawa setiap kenderaan e-hailing yang memasuki kawasan pengambilan penumpang di KLIA Terminal 1 kini dikenakan caj kemasukan sebanyak RM3. Menurut pihak pengurusan, caj ini adalah bagi menampung kos operasi dan penyelenggaraan kemudahan baharu yang telah dinaik taraf tersebut.

Pemandu e-hailing masih diberikan tempoh menunggu percuma selama 10 minit di kawasan pickup. Kenderaan yang melebihi had masa berkenaan akan dikenakan caj penalti, bagaimanapun maklumat lanjut mengenai kadar penalti tersebut tidak diperincikan.

Tags: E-HailingKLIAKLIA Terminal 1
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
KLIA Terminal 1 naik taraf kawasan e-hailing dengan sistem penjejakan langsung baharu

KLIA Terminal 1 naik taraf kawasan e-hailing dengan sistem penjejakan langsung baharu

6 August 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN