• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Isu Pasport Malaysia sah laku lebih 10 tahun: Pemegang terjejas boleh ganti secara percuma

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:07 pm
  • 12/08/2026
  • Komen
Pasport Malaysia baharu dengan tempoh sah laku 10 tahun akan tersedia bermula 1 Julai
Share on FacebookShare on Twitter

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kini menetapkan bahawa tempoh sah laku maksimum Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) ialah 10 tahun sahaja, berkuat kuasa serta-merta. Langkah ini diambil selepas beberapa pemegang pasport dengan tempoh sah laku melebihi 10 tahun dilaporkan menghadapi masalah ketika melakukan perjalanan ke luar negara.

Jadi, apa yang berlaku sebenarnya dan bagaimana pula dengan mereka yang sudah menerima pasport dengan tempoh sah laku lebih 10 tahun? Ini yang perlu anda tahu.



Tempoh sah pasport diseragam, tidak melebih 10 tahun

JIM kini menghentikan pengeluaran PMA dengan tempoh sah laku melebihi 10 tahun, sehingga isu berkenaan dapat diselesaikan bersama syarikat penerbangan dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). Menurut JIM, penetapan ini dibuat untuk menyeragamkan tempoh sah laku PMA, serta mengelakkan kekeliruan berkaitan keperluan baki tempoh sah enam bulan yang ditafsirkan secara berbeza oleh sesetengah syarikat penerbangan.

Sebelum ini, pemohon yang memperbaharui pasport lebih awal boleh membawa baki tempoh sah laku pasport lama sehingga maksimum enam bulan ke pasport baharu. Ini menyebabkan sesetengah PMA berakhir dengan tempoh sah laku sehingga 10 tahun 6 bulan.



Selepas ini, pemohon yang memperbaharui pasport untuk tempoh 10 tahun akan menerima pasport yang sah tepat 10 tahun sahaja, tanpa sebarang baki tempoh dibawa ke hadapan. Sebagai contoh, jika pasport lama masih berbaki 6 bulan ketika anda membuat pembaharuan untuk tempoh 10 tahun, baki tersebut tidak lagi akan ditambah.

Bagaimanapun, bagi pembaharuan pasport tempoh 5 tahun, baki tempoh sah laku lama (sehingga maksimum 6 bulan) masih boleh dibawa ke hadapan, menjadikan pasport baharu tersebut sah sehingga 5 tahun 6 bulan.

Pasport bertempoh lebih 10 tahun boleh diganti secara percuma

Pasport Malaysia Antarabangsa baharu – Sumber gambar: Facebook Saifuddin Nasution Ismail

Jika anda sudah mempunyai PMA yang dikeluarkan dengan tempoh sah laku melebihi 10 tahun, JIM akan menggantikannya secara percuma dengan pasport baharu bertempoh sah laku maksimum 10 tahun. Pemegang pasport yang terkesan turut diberikan keutamaan dalam urusan penggantian ini.

Selainn itu, JIM turut akan mengeluarkan surat pemberitahuan kepada semua syarikat penerbangan, bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas termasuk mereka yang sedang berada di luar negara ketika ini.

Berdasarkan laporan Astro Awani, secara keseluruhan, sekitar 38,000 unit PMA bertempoh sah laku 10 tahun telah dikeluarkan sejak pilihan ini diperkenalkan pada 1 Julai 2026, dengan 26,000 daripadanya mempunyai tempoh melebihi 10 tahun.

Bagaimana perkara ini timbul?

Isu ini mendapat perhatian selepas beberapa terdapat pengguna menghadapi masalah berkaitan tempoh sah laku pasport ketika melakukan perjalanan di beberapa lapangan terbang luar negara. Menurut perkongsian tersebut di Facebook, sistem yang digunakan pihak berkuasa atau syarikat penerbangan didakwa tidak dapat menerima pasport Malaysia bertempoh sah laku lebih 10 tahun.

Menjelaskan lebih lanjut, JIM menegaskan masalah tersebut sebenarnya bukan berpunca daripada sistem kawalan imigresen negara luar. Dari segi piawaian ICAO dan kawalan sempadan, pasport bertempoh sah laku melebihi 10 tahun tidak menimbulkan sebarang masalah.

Sebaliknya, kekeliruan berlaku pada sistem yang digunakan sesetengah syarikat penerbangan sendiri, yang menetapkan tempoh maksimum pasport pada 10 tahun. Pihak JIM memaklumkan telah pun merujuk perkara ini kepada ICAO, dan menerima maklum balas bahawa pelaksanaan PMA dengan tempoh sah laku melebihi 10 tahun tidak dihalang dari sudut piawaian ICAO.

JIM turut menyatakan mereka akan membawa perkara ini kepada ICAO untuk penyelarasan bersama syarikat penerbangan. Bagaimanapun, tiada tempoh masa ditetapkan untuk penyelesaian isu ini, memandangkan perkara tersebut berada di luar bidang kuasa JIM sepenuhnya.

Bagaimana pula dengan pasport 10 tahun yang baharu?

Bagi mereka yang ingin memperbaharui PMA selepas ini, pilihan tempoh 10 tahun masih tersedia seperti biasa, cuma, baki tempoh sah laku pasport lama (sehingga 6 bulan) tidak lagi akan ditambah ke pasport baharu, seperti yang dijelaskan tadi.

Kadar bayaran PMA 10 tahun ditetapkan pada RM350, manakala pasport 5 tahun pula kekal pada RM200.

Sebagai peringatan, pengenalan pasport 10 tahun sebelum ini bertujuan mengurangkan kekerapan pembaharuan pasport, menjimatkan masa pengguna, serta memudahkan urusan perjalanan dalam dan luar negara.

JIM turut menegaskan langkah terbaharu ini dibuat bagi memastikan pelaksanaan PMA dapat terus ditambah baik, sekali gus memastikan urusan perjalanan antarabangsa rakyat Malaysia dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan teratur.

Bagi pemegang pasport bertempoh sah laku panjang yang ingin membuat penerbangan serta-merta dan tidak sempat membuat penggantian, JIM turut menasihatkan supaya membuat pembelian tiket di kaunter. Ini sekali gus membolehkan syarikat penerbangan membuat pengesahan secara langsung berhubug tempoh sah pasport dengan tempoh sah 10 tahun tersebut.

Tags: jabatan imigresen malaysiajimPasportPasport Malaysiapma
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Pasport Malaysia baharu dengan tempoh sah laku 10 tahun akan tersedia bermula 1 Julai

Isu Pasport Malaysia sah laku lebih 10 tahun: Pemegang terjejas boleh ganti secara percuma

12 August 2026
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN