• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Soal jawab isu kastam kini lebih cepat dengan KIRA

  • OLEH Mas Idayu
  • 4:08 pm
  • 17/08/2026
  • Komen
Soal jawab isu kastam kini lebih cepat dengan KIRA
Share on FacebookShare on Twitter

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) baru sahaja melancarkan perkhidmatan Live Chat dan Chatbot di portal rasmi JKDM hari ini 17 Ogos 2026.

Menjengah ke media sosial X milik Kastam Malaysia, jabatan kerajaan ini memaklumkan orang awam kini boleh mengemukakan sebarang pertanyaan atau mendapatkan maklumat berkaitan kastam menerusi Live Chat dan Chatbot di portal mereka.



Dengan adanya khidmat pertanyaan dalam talian ini, Jabatan Kastam Diraja Malaysia berharap ia dapat memberi manfaat kepada orang awam yang mencari rujukan ataupun mahu berinteraksi secara terus bersama pegawai kastam secara dalam talian.

Senarai topik chatbot sedia ada perlu lebih banyak dan infografik

Menjengah ke laman portal rasmi Jabatan Kastam Diraja Malaysia, perkhidmatan KIRA atau dikenali sebagai Kastam Interaktif dan Rujukan Awam ini boleh digunakan dengan menekan ikon ilustrasi pegawai kastam wanita yang berada di sudut kanan paparan skrin.



Dengan menekan ikon ilustrasi berkenaan, orang awam akan melihat kotak mesej yang memaparkan beberapa topik pilihan dibawah fungsi chatbot. Bagi individu yang ingin mencari maklumat berkaitan kastam boleh memilih pilihan tajuk sedia ada untuk maklumat lanjut.

Antara info yang boleh dirujuk secara terus adalah:

  • Soalan lazim – ada 7 sub topik pilihan
  • Soalan Lazim Eksais dan Levi – ada 3 sub topik pilihan
  • Soalan Lazim SST – ada 21 sub topik pilihan
  • Soalan Lazim Cukai Pelancong – ada 2 sub topik pilihan

Kesemua maklumat yang terdapat dalam sub topik chatbot ini diberikan dalam bentuk dokumen yang boleh dimuat turun secara terus dengan menekan bahagian muat turun yang terpapar di tingkap kotak mesej.

Melihat senarai topik-topik yang ada pada chatbot ini, Jabatan Kastam Diraja Malaysia boleh pelbagaikan pecahan senarai secara terperinci dan dioleh dalam bentuk infografik yang mudah untuk dibaca dan lebih menarik berbanding memberi info dalam bentuk fail dokumen yang sarat isi kandungannya.

Live chat interaksi bersama pegawai kastam

Untuk penggunaan perkhidmatan Live Chat pula, bahagian ini akan membolehkan orang awam untuk mengajukan pertanyaan kepada pegawai kastam secara dalam talian tanpa perlu ke kaunter fizikal dimana ia lebih menyenangkan. Untuk berinteraksi bersama pegawai, orang awam perlu mengisi maklumat diri dalam ruang kotak mesej dan nyatakan urusan atau isu yang ingin diketahui.

Selepas mengisi butiran anda perlu menunggu giliran seketika mengikut masa yang dipaparkan, sebelum pegawai dalam talian berinteraksi dan menjawab soalan anda.

Kami cuba berinteraksi bersama pegawai dalam talian di portal rasmi Jabatan Kastam Diraja Malaysia, dan ini merupakan gambaran bagaimana urusan soal jawab berlangsung di alam maya.

Urusan soal jawab ini ia memerlukan masa untuk pegawai yang bertugas mencari jawapan dan memberi maklumbalas kepada setiap soalan yang diajukan. Kami ajukan pertanyaan berkenaan pembelian alat elektronik atau gajet dari luar negara sama ada perlu membuat pengisytiharan atau tidak, dan ini respon pegawai yang bertugas.

Selain itu, kami turut mengajukan pertanyaan berkenaan produk daging yang dibeli dari luar negara dan di bawa masuk ke Malaysia. Pegawai bertugas memberi perincian yang padat dengan info secara langsung, serta memberi panduan berkenaan proses yang perlu dilakukan berkaitan isu yang dinyatakan.

Apa-apa pun perkhidmatan KIRA (Kastam Interaktif dan Rujukan Awam) ini memberi manfaat kepada orang awam terutama yang kurang jelas sebarang isu yang berkait dengan kastam secara am.

Dari segi tambahbaik, ciri chatbot mungkin boleh diperincikan dengan menyediakan paparan infografik yang ringkas dan mudah dibaca, berbanding orang awam perlu memuat turun dokumen yang sarat dengan info lain. Serta tajuk dalam setiap sub topik mungkin boleh diperbanyakan untuk pilihan am.

Untuk maklumat lanjut boleh layari portal rasmi Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Ada yang dah guna live chat dan chatbot KIRA? Kongsikan pengalaman anda bersama kami!

Tags: chatbotJabatan Kastam Diraja MalaysiaKastam MalaysiaKIRALive Chat
Mas Idayu

Mas Idayu

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Soal jawab isu kastam kini lebih cepat dengan KIRA

Soal jawab isu kastam kini lebih cepat dengan KIRA

17 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN