• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

  • OLEH Mas Idayu
  • 2:56 pm
  • 18/08/2026
  • Komen
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena menyambut Hari Kebangsaan negara, Oppo lancar kempen Semangat Kebangsaan Bersama Oppo dengan pelbagai tawaran menarik.

Kempen yang diadakan Oppo ini berlangsung dari 17 Ogos sehingga 16 September 2026, pencinta gajet dari jenama terkenal ini dapat menikmati tawaran eksklusif dari Oppo.



Siri Oppo Reno 16 5G

Telefon pintar Oppo Reno 16 5G ini telah dilancarkan pada 8 Julai lepas, dengan rekaan bercirikan 3D Pop Planet yang unik membuatkan telefon pintar baharu ini mencuri perhatian pencinta Oppo.

Kelainan yang istimewa pada siri baru Oppo Reno 16 5G ini adalah AI Remix di mana pengguna dapat menjadikan rakaman video dan gambar dalam bentuk remix collage yang menarik. Selain itu, ia juga memiliki kamera depan 50MP Ultra Wide Selfie yang padu dan kamera utama 50MP Ultra-Clear yang lebih jelas. Oppo juga dikuasai ColorOS 16 yang lebih pintar dan dinamik.



Menjengah ke laman sesawang jenama ini, Oppo menawarkan rebat sehingga RM200 dan ansuran kad kredit serendah RM145 sebulan tanpa bayaran faedah selama 24 bulan untuk siri ini.

Manakala untuk Oppo Reno16 Pro 5G, telefon pintar ini juga memiliki rekaan 3D Pop Planet, AI Remix untuk gambar dan rakaman remix collage serta dikuasai ColorOS 16. Yang membeza sedikit adalah pada bahagian kamera utama yang lebih gempak dengan 200MP Ultra-Clear.

Untuk siri ini Oppo menawarkan bayaran ansuran kad kredit serendah dari RM154 sebulan tanpa faedah sehingga 24 bulan jika buat pembelian menerusi dalam talian di laman sesawang Oppo.

Berikut adalah pecahan terperinci promosi siri Oppo Reno 16 5G:

  • Oppo Reno 16 5G RM3,499 (12GB + 512GB) – ansuran kad kredit tanpa faedah sehingga 24 bulan, potongan rebat RM200 dan diskaun pembelian dengan pembelian (PWP) sebanyak RM50 apabila beli jam tangan Oppo Watch S. Percuma sarung telefon magnetik siri Oppo Reno 16 x Pingu edisi terhad jika beli melalui kedai dalam talian Oppo.
  • Oppo Reno 16 Pro 5G RM3,699 (12GB + 256GB) – ansuran kad kredit tanpa faedah sehingga 24 bulan, diskaun pembelian dengan pembelian (PWP) sebanyak RM50 apabila beli jam tangan Oppo Watch S. Percuma sarung telefon magnetik siri Oppo Reno 16 x Pingu edisi terhad jika beli melalui kedai dalam talian Oppo.

Promosi rebat sehingga RM300 untuk telefon pintar

Selain siri Oppo Reno 16 5G, ada banyak lagi tawaran lain yang menarik untuk diterokai. Antara promosi sempena kempen Semangat Kebangsaan Bersama Oppo ini adalah Oppo Find N6, Oppo Find X9 Ultra, Oppo Find X9s, Oppo Reno16 F 5G.

Semak promosi menarik Oppo untuk telefon pintar sepanjang kempen berjalan:

  • Oppo Find N6 RM8,699 – percuma Oppo Find N6 Aramid Fiber Magnetic Case + Oppo Magnetic Power Bank Air 5000mAh
  • Oppo Find X9 Ultra RM7,499 (16GB + 1TB) – percuma set hadiah Oppo Find X9 Ultra dan rebat RM300
  • Oppo Find X9 Ultra RM6,499 (12GB + 512GB) – percuma set hadiah Oppo Find X9 Ultra dan rebat RM300
  • Oppo Find X9s RM3,899 – percuma set hadiah Oppo Find X9s
  • Oppo Reno 16 F 5G RM2,099 (8GB + 256GB) – dapat potongan rebat RM200
  • Oppo Reno 16 F 5G RM1,799 (8GB +128GB) – dapat potongan rebat RM200

Dengan pembelian telefon pintar Oppo ini, anda juga akan mendapat diskaun potongan rebat sebanyak RM50 untuk produk pembelian dengan pembelian (PWP) jam tangan Oppo Watch S. Selain itu, Oppo turut menawarkan bayaran ansuran kad kredit tanpa faedah sehingga 24 bulan.

Tawaran gajet Oppo dengan harga yang gempak

Bagi yang mencari aksesori jenama Oppo pula, anda boleh nikmati diskaun pembelian sepanjang kempen berjalan dan semestinya harga yang ditawarkan cukup menarik. Ini antara promosi yang ditawarkan Oppo:

  • Oppo Pad 5 RM2,199 (5G : 8GB + 256GB) – percuma papan kekunci pintar + pensil Oppo 2R
  • Oppo Pad 5 RM2,099 (WiFi : 8GB + 256GB) – percuma papan kekunci pintar + pensil Oppo 2R
  • Oppo Watch S RM699 (Silver Gleam) – percuma tali jam tangan Oppo TechLife
  • Oppo Watch S RM599 (Phantom Black / Air Silver) – percuma tali jam tangan Oppo TechLife
  • Oppo Watch X3 RM1,599 (Misty Titanium) – percuma tali jam tangan Oppo TechLife dan potongan rebat RM100
  • Oppo Watch X3 RM1,499 (Obsidian Black) – percuma tali jam tangan Oppo TechLife dan potongan rebat RM100
  • Oppo Enco Clip2 RM699 – potongan rebat RM100
  • Oppo Enco Air5s RM249 – potongan rebat RM50
  • Oppo Enco Air5 RM199 – potongan rebat RM50
  • Oppo Enco Buds3 RM99 – potongan rebat RM30

Untuk melihat lebih banyak promosi Oppo yang lain, layari laman sesawang Oppo dan kedai dalam talian di Shopee dan Lazada.

Tags: oppoOppo RenoOppo Reno16 5GOppo Reno16 Pro 5GOppo Reno16 Siri 5G
Mas Idayu

Mas Idayu

POPULAR

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN