• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Waze perkenal mod ‘Less Chatty’ di Malaysia, kurang gangguan arahan suara ketika memandu

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:52 pm
  • 18/08/2026
  • Komen
Waze perkenal mod ‘Less Chatty’ di Malaysia, kurang gangguan arahan suara ketika memandu
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda selalu guna Waze untuk memandu, pasti pernah rasa terganggu apabila aplikasi ini terlalu kerap beri arahan suara, terutama ketika sedang dengar muzik, audio siar (podcast) atau audiobook.

Sekarang, Waze ada penyelesaian untuk masalah ini menerusi ciri baharu Less Chatty. Seperti namanya, ciri ini mengurangkan jumlah arahan suara ketika navigasi, tetapi masih memberikan arahan penting yang diperlukan sepanjang perjalanan.



Ciri ini mula dikeluarkan secara global pada bulan lalu dan kini sudah tersedia di Malaysia.

Waze Less Chatty kurangkan arahan suara ketika memandu

Dengan fungsi Less Chatty, Waze akan mengurangkan kekerapan arahan suara dan menjadikannya lebih ringkas. Namun, anda masih akan menerima maklumat penting seperti arah belokan, perubahan lorong serta amaran berkaitan bahaya di jalan raya, cuma kekerapannya sahaja dikurangkan.



Penting untuk diingatkan, Less Chatty ini tidaklah sama seperti “Only Alerts” yang sedia ada pada Waze. Yang berbezanya adalah, Less Chatty hanya mengutamakan arahan navigasi penting dan amaran pada kekerapan lebih rendah, manakala “Only Alerts” tidak memberikan arahan navigasi dan hanya akan memberitahu tentang amaran.

Dalam mod biasa pula, Waze memberikan semua arahan navigasi dan juga amaran.

Untuk mengaktifkan Less Chatty ini, anda hanya perlu tekan ikon bunyi ketika sedang menggunakan navigasi dan pilih Less Chatty. Ciri ini turut boleh digunakan melalui Android Auto dan Apple CarPlay.

Ada beberapa ciri Waze baharu lain

Less Chatty sebenarnya merupakan sebahagian daripada kemas kini Waze yang diumumkan pada Julai 2026. Dalam kemas kini sama, Waze turut memperkenalkan beberapa ciri lain, dan ini termasuk Personalised Navigation.

Dengan ciri ini, Waze boleh mencadangkan laluan berdasarkan perjalanan yang pernah korang lakukan sebelum ini, selain mengambil kira maklumat trafik masa nyata seperti biasa. Kalau tak mahu Waze menggunakan sejarah perjalanan untuk membuat cadangan laluan, fungsi personalisasi ini boleh dimatikan melalui tetapan.

Mod motosikal Waze

Malaysia juga antara negara terawal menerima mod motosikal baharu Waze. Mod ini menggunakan AI untuk mengambil kira jalan pintas serta sekatan yang khusus kepada motosikal ketika mencadangkan laluan. Ia turut memberikan amaran yang lebih relevan kepada penunggang, termasuk jalan berlubang, bonggol, lintasan pejalan kaki tinggi, penghujung lorong bahu dan jambatan sempit.

Bagi pemandu teksi pula, Waze menyediakan Taxi Mode yang mengambil kira penggunaan lorong yang dikhaskan untuk bas dan teksi.

Dalam masa sama, Waze turut memperluaskan ciri laporan secara perbualan (Conversational Reporting) berasaskan Gemini. Jika sebelum ini pengguna boleh melaporkan keadaan trafik seperti kesesakan menggunakan suara secara semula jadi, kini ciri ini turut membolehkan pengguna mencadangkan kemas kini peta, seperti melaporkan jalan yang sudah ditutup atau alamat yang tidak lagi tepat.

Ciri laporan secara perbualan Waze

Cadangan tersebut akan dihantar kepada editor peta tempatan untuk disemak sebelum sebarang perubahan dibuat. Dengan ciri ini, pengguna tidak perlu lagi melalui beberapa menu untuk memilih jenis dan kategori laporan, sebaliknya hanya perlu menerangkan perkara yang ingin dilaporkan menggunakan suara.

Selain itu, Waze turut sedang menguji ciri carian destinasi berasaskan Gemini kepada pengguna beta di seluruh dunia. Ia membolehkan pengguna membuat carian lokasi dengan lebih mudah dalam bentuk perbualan. Contohnya, anda boleh meminta Waze mencari kedai kopi berdekatan yang sedang dibuka, sebelum memilih destinasi dan memulakan navigasi.

Tags: geminiGooglenavigasipetawaze
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Waze perkenal mod ‘Less Chatty’ di Malaysia, kurang gangguan arahan suara ketika memandu

Waze perkenal mod ‘Less Chatty’ di Malaysia, kurang gangguan arahan suara ketika memandu

18 August 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN