• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:10 pm
  • 18/08/2026
  • Komen
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi sedang bersiap sedia untuk melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaharu, siri Redmi Note 17. Syarikat itu juga telah mengesahkan bahawa pelancaran globalnya akan berlangsung pada Ogos 27 2026, menerusi hantaran di laman media sosial.

Tapi bagaimana pula dengan pelancarannya di Malaysia?



Menerusi kenyataan terbaru, Xiaomi mengesahkan bahawa siri Redmi Note 17 akan tiba ke pasaran Malaysia tidak lama selepas pelancaran global, iaitu pada 2 September 2026. Sempena pelancaran ini, Xiaomi turut mengumumkan pelakon dan pencipta kandungan tempatan, Meerqeen, sebagai Duta Jenama rasmi bagi siri Redmi Note 17 di Malaysia.

View this post on Instagram

Siri Redmi Note 17 akan datang membawakan slogan “Cas Sekali, Tahan Tiga Hari”. Xiaomi turut mendedahkan bahawa ia akan dilengkapi bateri berkapasiti besar 10,000mAh, dipadankan dengan pengecasan pantas 100W HyperCharge. Bagaimanapun, Xiaomi berhenti setakat itu sahaja, dan masih belum menyatakan dengan lebih lanjut model apa yang akan terdiri dalam barisan ini.



Apa yang kita tahu mengenai Redmi Note 17 setakat ini?

Siri Redmi Note 17 sebenarnya sudah diumumkan di China pada Julai lalu. Sebanyak dua model diperkenalkan, iaitu Redmi Note 17 dan Redmi Note 17 Pro.

Redmi note 17
Redmi note 17 Pro

Di China, Redmi Note 17 menggunakan cip Snapdragon 4 Gen 4, skrin AMOLED 7″ dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 1,800 nits, serta bateri 8,000mAh dengan pengecasan 45W. Ia turut mempunyai kamera utama 50MP, kamera depan 8MP dan diiktiraf kalis percikan air dan debu IP65.

Sementara itu, Redmi Note 17 Pro menggunakan cip Snapdragon 6s Gen 4, skrin AMOLED 6.83″ dengan resolusi 1.5K dan kadar segar semula 120Hz berserta kecerahan puncak 1,800 nits. Ia mempunyai bateri lebih besar 9,000mAh dengan pengecasan 67W, kamera utama 50MP serta perlindungan IP66, IP68, IP69 dan IP69K.

Selain dua model yang sudah rasmi di China, Xiaomi juga dijangka akan memperkenalkan varian tertinggi baharu iaitu Redmi Note 17 Pro Max, di samping varian asas Redmi Note 17 4G. Model Redmi Note 17 Pro Max ini dipercayai bakal menjadi pengganti kepada model tertinggi barisan sebelum ini, Redmi Note 15 Pro+.

Menerusi halaman pelancaran global di laman web rasmi Xiaomi, selain bateri 10,000mAh, beberapa spesifikasi utama turut disenaraikan. Ini termasuk ketahanan jatuh setinggi 3 meter, penarafan kalis air dan debu IP66/68/69/69K, skrin AMOLED 6.83″ 1.5K, serta cip Snapdragon 6 Gen 5. Spesifikasi ini berkemungkinan besar merujuk kepada varian tertinggi Pro Max ini.

Empat varian akan diperkenalkan di Malaysia?

Setakat ini, masih tidak pasti sama ada spesifikasi model yang bakal dibawa masuk ke Malaysia adalah sama seperti di pasaran China. Pihak Xiaomi Malaysia juga belum mendedahkan senarai rasmi varian untuk pasaran tempatan.

Namun, melihat kepada penawaran generasi terdahulu, terdapat kemungkinan sebanyak empat varian akan ditawarkan, iaitu Redmi Note 17 4G, Redmi Note 17 5G, Redmi Note 17 Pro 5G dan Redmi Note 17 Pro Max 5G.

Untuk maklumat lanjut, nantikan pelancaran siri Redmi Note 17 pada 2 September. Acara ini turut boleh distrim secara langsung menerusi saluran rasmi Xiaomi Malaysia.

Tags: RedmiRedmi Note 17Siri Redmi Note 17xiaomi
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN