• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer Predator X27U W2 dilancar di Malaysia: Monitor QD-OLED 240Hz pada harga lebih murah

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:11 pm
  • 19/08/2026
  • Komen
Acer Predator X27U W2 dilancar di Malaysia: Monitor QD-OLED 240Hz pada harga lebih murah
Share on FacebookShare on Twitter

Jika tahun lalu Acer memperkenalkan monitor gaming Predator X27U X2, kini mereka membawakan varian terbaharu menerusi Predator X27U W2.

Monitor gaming ini secara asasnya berkongsi beberapa spesifikasi dengan model terdahulu, termasuk penggunaan panel QD-OLED, kadar segar semula 240Hz dan masa respons 0.03ms. Namun, perkara yang lebih menarik ialah X27U W2 ditawarkan pada harga lebih rendah berbanding X27U X2.



Harga Acer Predator X27U W2

Di Malaysia, Acer Predator X27U W2 ditawarkan pada harga RM1,799 dan kini sedia dibeli menerusi pengedar sah Acer serta kedai dalam talian Acer eStore. Sebagai perbandingan, model Predator X27U X2 dilancarkan pada harga RM1,999.

Sebagai promosi pelancaran, pembeli yang mendapatkan Predator X27U W2 sehingga 30 September 2026 akan menerima Acer PM161QJ2 bernilai RM299 secara percuma, sementara stok masih ada.



Untuk ketenangan fikiran pengguna, Acer turut menyertakan jaminan panel OLED selama 3 tahun.

Spesifikasi Acer Predator X27U W2

Predator X27U W2 menggunakan panel QD-OLED berukuran 26.5″ dengan resolusi WQHD 2560 x 1440 piksel dalam nisbah 16:9. Menurut Acer, penggunaan panel QD-OLED membolehkan monitor ini menghasilkan warna yang lebih terang serta perincian yang lebih jelas, terutama ketika memaparkan kandungan dengan kontras tinggi.

Dari segi warna pula, ia menawarkan cakupan warna DCI-P3 setinggi 99%, dengan ketepatan warna Delta E 2 (ΔE<2), menjadikannya bukan sahaja sesuai untuk gaming, tetapi turut sesuai buat pengguna yang mementingkan ketepatan warna pada paparan.

Untuk gaming, Predator X27U W2 menyokong kadar segar semula sehingga 240Hz dengan masa respons serendah 0.03ms. Ia turut menyokong NVIDIA G-Sync yang membantu mengurangkan kesan koyakan paparan untuk menghasilkan visual yang lebih lancar.

Dari segi sambungan, Predator X27U W2 dilengkapi port HDMI 2.1, DisplayPort, dan jek audio 3.5mm. Bahagian audio pula dikuasakan oleh sepasang pembesar suara terbina berkuasa 4W. Monitor ini turut hadir bersama reka bentuk kaki ergonomik yang membolehkan pengguna melaraskan ketinggian, kecondongan, putaran (swivel), serta orientasi (pivot) mengikut keselesaan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Predator X27U W2.

Tags: AcerAcer Malaysiaacer predatorPredator X27U W2
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Acer Predator X27U W2 dilancar di Malaysia: Monitor QD-OLED 240Hz pada harga lebih murah

Acer Predator X27U W2 dilancar di Malaysia: Monitor QD-OLED 240Hz pada harga lebih murah

19 August 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN