Platform RideNow merupakan hasil usahasama melibatkan dua anak syarikat di bawah Zetrix AI Berhad, iaitu MY EG Sdn. Bhd (MYEG) dan MYEG TwoCar Sdn. Bhd (TwoCar) bersama syarikat Autzen Marketing Sdn. Bhd (Autzen Marketing).
Jadi apa itu RideNow?
Ia merupakan platform yang menawarkan perkhidmatan mengurus transaksi jual beli motorsikal dengan lebih selamat, proses yang jelas dan menekankan aspek perlindungan dengan melakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap motorsikal yang dijual. Bagi yang ingin menjual motorsikal menggunakan platform yang boleh dipercayai, telus dan elak hadapi risiko penipuan RideNow ada solusinya.
6 perkara perlu tahu jika ingin jual motorsikal di RideNow
Bagi individu yang ingin menjual motorsikal di platform RideNow, terdapat beberapa aspek penting yang perlu anda ketahui dan wajib ikuti berdasarkan maklumat dari RideNow. Berikut adalah ringkasannya:

1. Maklumat motorsikal – penjual perlu daftar dan mengisi maklumat motorsikal melalui platform RideNow. Selain, itu anda perlu menyediakan kad pengenalan, maklumat pendaftaran motorsikal, kunci motorsikal dan kunci pendua jika ada geran atau dokumen pemilikan motorsikal.
2. Penilaian motorsikal – untuk proses penilaian motorsikal, pemilik tidak dikenakan sebarang caj yuran pendaftaran, pendahuluan mahupun kos tersembunyi. Dan motorsikal anda akan di nilai serta merta berdasarkan anggaran harga pasaran semasa. Selain itu, pemeriksa juga akan menilai sama sama ada motorsikal anda layak untuk dijual di platform RideNow atau tidak. Ini antara jenis motorsikal yang layak serta tidak layak dijual melalui platform RideNow:
- Jenis motorsikal yang layak : milik persendirian dan di daftar atas nama anda, motorsikal dalam keadaan baik, mempunyai dokumen pendaftaran yang sah, motorsikal model tempatan, klasik, vintaj, import dan motorsikal yang masih mempunyai baki pinjaman atau berada di bawah sewa beli (tertakluk kepada proses penyelesaian pinjaman).
- Jenis motorsikal yang tidak layak : pemilikan dokumen yang tidak lengkap atau tidak sah, pernah terlibat dengan kemalangan serius atau mengalami kerosakan akibat banjir, motorsikal yang diubah suai secara ketara, nombor enjin atau casis yang telah diubah, dipadam atau diusik. Motorsikal yang tidak dapat berfungsi dengan baik atau mengalami kerosakan struktur yang serius, terlibat dalam pertikaian pemilikan yang belum selesai dan motorsikal yang berusia terlalu lama dan permintaan pasaran untuk model motorsikal tersebut sangat rendah.
3. Pemeriksaan oleh inspektor terlatih – RideNow bekerjasama dengan The Otomotif College Sdn. Bhd (TOC), melahirkan pemeriksa yang bertauliah menerusi program Pemeriksa Bertauliah RideNow (RideNow Certified Inspector (“RCI”) Program). Jadi anda tidak perlu risau, motorsikal anda akan dinilai dan di periksa oleh pemeriksa yang memiliki sijil profesional.
4. Harga dipersetujui bersama – selepas motorsikal di nilai berdasarkan anggaran harga pasaran, kemudian pemeriksa akan berikan anggaran harga jualan motorsikal kepada anda. Sekiranya anda bersetuju dengan harga motorsikal yang ditawarkan kepada anda. Motorsikal anda akan terus disenaraikan dalam ekosistem bidaan dealer RideNow.
5. Dealer proses bidaan – Setelah motorsikal disenaraikan dalam sistem bidaan, dealer akan bersaing dengan mengemukakan nilai pasaran sebenar kepada pembeli dan RideNow akan memilih tawaran terbaik untuk pertimbangan anda. Dan buat masa ini RideNow menjalankan dua sesi iaitu sebelah pagi (9.00 pagi – 1.00 petang) dan sesi sebelah petang (2.00 petang – 6.00 petang), dan bidaan pada setiap hari bekerja (Isnin – Jumaat) tidak termasuk cuti umum.
6. Terima bayaran dengan pantas – setelah dealer berjaya memenangi bidaan motorsikal, anda akan menerima harga bidaan akhir yang ditawarkan dan pemeriksaan akhir akan dilakukan lagi sekali sebelum motorsikal diambil. Kemudian proses pertukaran hak milik akan diuruskan oleh pihak RideNow. Dan anda akan mendapat bayaran hasil jualan motorsikal melalui pemindahan bank terus ke akaun anda.
RHB Insurance Berhad rakan kongsi pilihan RideNow
Demi memastikan urus niaga yang berjalan lancar, selamat dan diyakini, RideNow berkerjasama dengan RHB Insurance Berhad (RHBi) dan menyediakan perlindungan waranti untuk motorsikal yang dijual beli melalui platform ini. Menerusi kerjasama ini, pengedar yang mengambil bahagian dan pembeli motorsikal dapat menikmati waranti yang dilindungi insuran RHB.
Jangan ketinggalan untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan urusan jual dan beli motosikal dengan melayari laman sesawang RideNow dan di media sosial rasmi RideNow di Facebook, TikTok dan LinkedIn. Nantikan pelancaran rasmi platform pada bulan September akan datang. Buat sementara ini, platform ini menawarkan perkhidmatan jual beli di sekitar Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya!






