Platform video dalam talian terkemuka dunia YouTube, kini tampil dengan ciri kemaskini yang lebih tersusun dan ringkas untuk penggunanya.
Menjengah ke laman X milik akaun rasmi Updates From YouTube, platform video dalam talian gergasi ini menyatakan mereka kini tampil dengan tiga elemen baharu untuk aplikasi mudah alih YouTube di telefon pintar, laman sesawang dan televisyen.
A fresh look is here. ✨ Jonathan Terleski, VP of User Experience, breaks down 3 major updates rolling out on @YouTube across mobile, web, and TV:
— Updates From YouTube (@UpdatesFromYT) August 19, 2026
New Immersive Player: A cleaner, less cluttered interface so creator content truly shines.
Redesigned Library & Account: A… pic.twitter.com/ae5RhS3yuB
Menerusi hantaran di laman x berkenaan, Naib Presiden Pengalaman Pengguna di YouTube, Jonathan Terleski berkongsi berkenaan aspek baharu platform tersebut menerusi rakaman video pendek beliau. Antara ciri yang dinyatakan adalah:
Paparan antara muka video minimal, kemas dan mudah digunakan
Menurut Jonathan, untuk memastikan para pencipta kandungan menyerlah. YouTube tampil dengan antara muka pemain video yang lebih kemas dan ringkas. Malah tiada lagi senarai paparan butang yang terlalu banyak dan ini akan menjadikan setiap pengalaman menonton video menjadi lebih jelas serta fungsi ini terlihat konsisten pada setiap video yang ditonton.
Jadi dalam erti kata lain, YouTube telah memperkemaskan paparan pemain video menjadi lebih mudah tak tidak semak dengan pelbagai paparan butang terpampang di skrin. Ingin faham lebih jelas? Berikut ringkasannya:
- Lebih fokus kepada pencipta kandungan – paparan video dibuat supaya kandungan lebih menyerlah
- Antara muka menjadi lebih kemas – mengurangkan jumlah butang yang memenuhi skrin
- Butang utama yang konsisten – fungsi seperti butang Like, Share dan Comment dipaparkan lebih jelas
- Fungsi tambahan lebih minimalis – untuk fungsi yang jarang digunakan seperti butang Save, Download dan Report boleh di lihat apabila pengguna menekan di bahagian ‘Lagi’ atau paparan tiga titik di hujung paparan skrin

Bahagian akaun, sejarah tontonan dan library jadi lebih tersusun
Selain itu, Jonathan turut memaklumkan bahawa pengguna YouTube akan dapat melihat di bahagian akaun, sejarah tontonan dan library telah berubah menjadi lebih tersusun dan kemas. Untuk fahami secara ringkas berkenaan perubahan kemaskini ini, berikut highlight nya:
- Akaun – lebih mudah nak akses tetapan akaun dan maklumat yang telah dibuat
- Sejarah tontonan – pengguna kini lebih mudah melihat video yang pernah ditonton
- Library – pengguna juga dapat mencari video atau kandungan yang pernah disimpan cepat tanpa perlu melalui banyak menu
- Paparan antara muka yang kemas – semua kandungan yang pernah ditonton ataupun yang telah di simpan menjadi lebih kemas dan tersusun

Pengalaman penggunaan YouTube di TV diperkemas
Naib Presiden Pengalaman Pengguna dari YouTube ini turut menyatakan bahawa, YouTube ingin memberi pengalaman menonton dan navigasi di skrin besar seperti televisyen atau laptop menjadi mudah untuk digunakan penggunanya. Serta pengguna juga dapat mengakses langganan dan menonton video pendek bersama keluarga atau rakan-rakan lebih senang. Berikut perincian yang telah diringkaskan:
- Navigasi lebih mudah – pengguna lebih senang mencari kandungan yang diingini
- Langganan mudah diakses – baik langganan percuma dan berbayar semuanya mudah untuk diakses menerusi paparan yang telah diperkemaskan
- YouTube Shorts mudah dicapai – bukan itu sahaja, video pendek juga lebih cepat dibuka di televisyen
- Pengalaman tontonan terbaik bersama keluarga dan rakan – menjadikan pengalaman menonton video pendek di YouTube Shorts di skrin besar bersama keluarga ataupun rakan lebih menyeronokkan

Reaksi pengguna di laman X bercampur-baur
Pemberitahuan kemaskini oleh YouTube ini mengundang pelbagai reaksi pengguna sosial media di laman X, ada segelintir yang menyukai elemen baharu tersebut dan ada juga yang menyatakan pandangan yang sebaliknya. Ini antara reaksi pengguna tentang ciri terbaru YouTube:
“Baiki laman sesawang tu dulu”
“Kembalikan klip!” tulis pengguna sosial media di laman X

“Tidak! Kami tak nak pendek! Versi panjang!”
“Buat apa saja, tapi sila hapus kawalan AI” tulis pengguna lain

“Terbaik!”
“Saya lebih suka kalau anda jadikan video pendek lebih sukar untuk di cari sebenarnya” luah pengguna di laman X

Apa pandangan anda tentang kemaskini baharu yang dilakukan YouTube ini, adakah ia lebih baik atau ciri yang lama lagi bagus? Kongsikan komen anda bersama kami!






