• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Naik teksi air Putrajaya percuma sempena sambutan Hari Kebangsaan!

  • OLEH Mas Idayu
  • 4:46 pm
  • 26/08/2026
  • Komen
Naik teksi air Putrajaya percuma sempena sambutan Hari Kebangsaan!
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos 2026, pada hari Isnin nanti, orang awam dapat menikmati pengangkutan air secara percuma di Putrajaya.

Jika anda merancang untuk membawa ahli keluarga atau bergerak bersama rakan-rakan untuk ke Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2026 bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan, Cruise Tasik Putrajaya menawarkan perkhidmatan pengangkutan air secara percuma kepada orang awam khas untuk sambutan Hari Kemerdekaan isnin ini.



Naik teksi air Putrajaya percuma

Menjengah ke laman Facebook Cruise Tasik Putrajaya, laman berkenaan memaklumkan perkhidmatan teksi air percuma yang disediakan bertujuan bagi memudahkan perjalanan orang awam di Putrajaya. Disamping itu, orang awam juga dapat menyaksikan kemeriahan sambutan hari kemerdekaan dari teksi air yang dinaiki sepanjang perjalanan dari tasik buatan terbesar Malaysia ini.

Untitled design – 1

Jadi anda boleh merancang masa perjalanan dari awal dan gunakan khidmat pengangkutan air sedia ada bagi memudahkan urusan pergerakan pada 31 Ogos 2026 nanti.



Cruise Tasik Putrajaya akan menawarkan pengangkutan teksi air secara percuma bermula seawal 5.00 pagi sehingga 2.00 petang. Jom ikuti lokasi perkhidmatan teksi air dan jadual masa yang ditawarkan untuk orang awam:

Dari jeti Marina Putrajaya ke jeti Anjung Floria

  • Tarikh : 31 Ogos 2026 (Isnin)
  • Masa perkhidmatan percuma : dari 5.00 pagi sehingga 1.30 petang

Dari jeti Anjung Floria ke jeti Marina Putrajaya

  • Tarikh : 31 Ogos 2026 (Isnin)
  • Masa perkhidmatan percuma : dari 5.00 pagi sehingga 2.00 petang

Dari jeti Kelab Tasik Putrajaya ke jeti Monumen

  • Tarikh : 31 Ogos 2026 (Isnin)
  • Masa perkhidmatan percuma : 5.00 pagi sehingga 1.20 petang

Dari jeti Monumen ke jeti Kelab Tasik Putrajaya

  • Masa : 31 Ogos 2026 (Isnin)
  • Masa perkhidmatan percuma : 5.25 pagi sehingga 1.45 petang

Dari jeti Terra@8 ke jeti Monumen

Tarikh : 31 Ogos 2026 (Isnin)

Masa perkhidmatan percuma :

  • B1 (5.00 pagi sehingga 1.30 petang)
  • B2 (5.05 pagi sehingga 1.35 petang)
  • B3 (5.10 pagi sehingga 1.40 petang)
  • B4 (5.15 pagi sehingga 1.45 pagi)
  • B5 (5.20 pagi sehingga 1.50 petang)
  • B6 (5.25 pagi sehingga 1.55 petang)

Dari jeti Monumen ke jeti Terra@8

Tarikh : 31 Ogos 2026 (Isnin)

Masa perkhidmatan percuma :

  • B1 (5.05 pagi sehingga 1.35 petang)
  • B2 (5.10 pagi sehingga 1.40 petang)
  • B3 (5.15 pagi sehingga 1.45 petang)
  • B4 (5.20 pagi sehingga 1.50 pagi)
  • B5 (5.25 pagi sehingga 1.55 petang)
  • B6 (5.30 pagi sehingga 2.00 petang)

Patuhi peraturan dan etika

Sepanjang pergerakan menggunakan pengangkutan teksi air orang awam dinasihati agar mematuhi arahan dan etika, melihat hantaran yang dikongsikan pihak Cruise Tasik Putrajaya di laman Facebook. Pihaknya mengatakan agar orang awam dapat mematuhi tujuh etika yang dikongsikan sepanjang menaiki teksi air sempena menyambut Hari Kebangsaan nanti.

Antara peraturan dan etika yang dinyatakan:-

  1. Beratur dan ikuti arahan : penumpang perlu beratur dengan tertib dan ikuti arahan petugas jeti
  2. Jaket keselamatan : semua penumpang wajib memakai jaket keselamatan yang disediakan semasa menaiki teksi air
  3. Keselamatan atas bot : penumpang perlu kekal di tempat duduk dan ikuti arahan petugas sepanjang perjalanan
  4. Kanak-kanak : kanak-kanak berumur 3 tahun dan kebawah digalakkan menaiki Cruise dari jeti Marina Putrajaya atau jeti Kelab Tasik Putrajaya demi keselamatan dan keselesaan
  5. Penggunaan kerusi roda : pengguna kerusi roda boleh menaiki Cruise dari jeti Marina Putrajaya sahaja
  6. Barangan dan peralatan : stroller kanak-kanak, basikal dan peralatan besar atau seumpamanya tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam teksi air dan Cruise
  7. Jaga kebersihan : penumpang tidak dibenarkan membuang sampah ke tasik

Jadi rancang masa dan laluan perjalanan anda, bagi yang ingin ke Dataran Putrajaya dengan menggunakan pengangkutan awam. Manakala jika anda bergerak menggunakan kenderaan sendiri, jangan lupa semak laluan alternatif di sekitar Putrajaya bagi memudahkan anda sekeluarga dan rakan-rakan meraikan sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2026 nanti!

Tags: CruiseCruise Tasik PutrajayaDataran PutrajayaPengangkutan Air PutrajayaputrajayaTeksi Air
Mas Idayu

Mas Idayu

POPULAR

Naik teksi air Putrajaya percuma sempena sambutan Hari Kebangsaan!

Naik teksi air Putrajaya percuma sempena sambutan Hari Kebangsaan!

26 August 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN