• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kuota BUDI95 kembali kepada 300 liter sebulan mulai 1 September

  • OLEH Putra Aziz
  • 11:16 pm
  • 30/08/2026
  • Komen
Kuota BUDI95 kembali kepada 300 liter sebulan mulai 1 September
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan kini menaikkan semula kuota bulanan petrol RON95 bersubsidi di bawah BUDI95 daripada 200 liter kepada 300 liter sebulan. Perubahan ini akan berkuat kuasa mulai 1 September 2026.

Menerusi perubahan ini, pengguna yang layak dapat menikmati semula kuota RON95 bersubsidi yang lebih besar setiap bulan, pada harga subsidi RM1.99/liter. Kerajaan menyatakan peningkatan kuota ini bakal memberi manfaat kepada sekitar 16 juta pengguna BUDI95.



Kenaikan ini sebenarnya mengembalikan kuota BUDI95 kepada jumlah asal ketika skim subsidi petrol bersasar tersebut diperkenalkan pada 30 September 2025. Ketika itu, rakyat Malaysia yang layak diberikan kuota sebanyak 300 liter RON95 bersubsidi sebulan pada harga RM1.99/liter.

Bagaimanapun, kerajaan kemudiannya mengurangkan kuota tersebut daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan, berkuat kuasa mulai 1 April 2026. Langkah ini dibuat ketika harga minyak dunia meningkat pada ketika itu, walaupun harga RON95 bersubsidi kekal tidak berubah pada RM1.99/liter.



Pengurangan kuota sebelum ini mendapat pelbagai respon daripada pemandu tempatan yang merasakan jumlah 200 liter tidak mencukupi untuk pemanduan harian mereka. Mana-mana pengguna yang melebihi had kuota bulanan perlu membayar bahan api pada harga RON95 pasaran tanpa subsidi iaitu pada RM3.82/liter.

Pada masa yang sama, kerajaan turut menaikkan kuota bulanan BUDI Diesel, daripada 300 liter kepada 400 liter, buat pemilik kenderaan pikap dan jip berkuasa diesel yang layak. Perubahan ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 500,000 pemilik kenderaan diesel.

Kuota BUDI Diesel ini mula dilaksanakan pada Julai lalu dengan kuota asas 200 liter sebulan, tetapi pemilik kenderaan diesel yang layak juga boleh memohon tambahan 100 liter, menjadikan jumlah kuota sebanyak 300 liter sebulan. Menerusi skim ini, pengguna boleh membeli diesel bersubsidi pada harga RM2.10/liter, manakala penggunaan melebihi kuota akan dikenakan harga tanpa subsidi, iaitu RM4.72/liter untuk Diesel Euro 5.

Kurang 1% pengguna menggunakan BUDI95 lebih 200L sebulan

Walaupun kerajaan kini menaikkan semula kuota kepada 300 liter, Kementerian Kewangan menyatakan data mereka menunjukkan kurang daripada 1% pengguna BUDI95 menggunakan kuota lebih daripada 200 liter sebulan.

Pada bulan Jun lalu, Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan, berkata data penggunaan BUDI95 dikesan menerusi pemantauan harian nombor kad pengenalan pengguna. Menurut beliau, terdapat kira-kira tiga juta transaksi BUDI95 direkodkan setiap hari, yang kemudiannya dianalisis dan disahkan menerusi pangkalan data kerajaan.

Pada bulan lepas, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menegaskan bahawa keputusan mengurangkan kuota kepada 200 liter sebelum ini dibuat berdasarkan data penggunaan sebenar dan data penggunaan menunjukkan kebanyakan pengguna menggunakan RON95 jauh di bawah had tersebut.

Beliau turut menyatakan kurang daripada 1% pengguna BUDI95 secara konsisten menggunakan lebih 200 liter RON95, di antara Oktober 2025 hingga Mei 2026.

Tags: Budi MadaniBUDI Madani DieselBUDI95PETROLRON95subsidi petrol
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Kuota BUDI95 kembali kepada 300 liter sebulan mulai 1 September

Kuota BUDI95 kembali kepada 300 liter sebulan mulai 1 September

30 August 2026
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN