• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Belia Malaysia boleh tebus ILMUchat Pro percuma selama 3 bulan, ini caranya

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:53 pm
  • 01/09/2026
  • Komen
Belia Malaysia boleh tebus ILMUchat Pro percuma selama 3 bulan, ini caranya
Share on FacebookShare on Twitter

Selari dengan pengumuman pelarasan semula kuota BUDI95 kepada 300 liter, kerajaan turut memperkenalkan insentif baharu khusus buat golongan muda di Malaysia.

Menerusi program AI Untuk Rakyat, belia berumur antara 18 hingga 30 tahun kini boleh menikmati langganan perkhidmatan AI, iaitu ILMUchat Pro, secara percuma selama tiga bulan. Tawaran ini diberikan kepada mereka yang berjaya melengkapkan modul pembelajaran AI yang ditetapkan di platform Rakyat Digital.



Langganan ILMUchat Pro diumumkan pada bulan Jun lalu berharga RM50/bulan, menjadikan tawaran tiga bulan ini bernilai RM150. Penebusan mula dibuka pada 31 Ogos 2026, bersempena sambutan Hari Kebangsaan, dan disasarkan kepada sehingga 100,000 rakyat Malaysia yang layak.

Program ini diterajui oleh Kementerian Digital dengan kerjasama strategik YTL AI Labs serta MyDIGITAL Corporation.



Siapa yang layak dapat ILMUchat Pro percuma?

Tawaran ini terbuka kepada rakyat Malaysia berumur antara 18 hingga 30 tahun. Untuk mendapatkan langganan percuma tersebut, pengguna perlu mendaftar di platform Rakyat Digital dan melengkapkan modul latihan AI yang disediakan.

Selepas selesai mengikuti modul, pengguna boleh memilih ILMUchat Pro melalui dashboard Rakyat Digital. Kemudian, pengguna perlu log masuk menggunakan MyDigital ID di platform ILMUchat untuk mengesahkan kelayakan dan mengaktifkan langganan percuma.

Program AI Untuk Rakyat sebelum ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Julai lalu ketika pelancaran AI Malaysia di Cyberjaya. Ia turut diperkenalkan bersama Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026-2030.

Cara tebus ILMUchat Pro percuma selama 3 bulan

Kalau anda rakyat Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun dan mahu mendapatkan tawaran ini, berikut langkah yang perlu dilakukan:

  1. Log masuk ke Rakyat Digital dan lengkapkan kursus AI yang diperlukan.
  2. Selepas selesai, pergi ke dashboard Rakyat Digital dan pilih ILMUchat Pro.
  3. Anda akan dibawa ke platform ILMUchat.
  4. Log masuk menggunakan MyDigital ID untuk mengesahkan kelayakan.
  5. Aktifkan langganan ILMUchat Pro percuma selama tiga bulan.

Sepanjang tempoh langganan percuma tersebut, pengguna boleh menikmati penggunaan tanpa had ILMUchat Pro.

Apa yang ditawarkan pada ILMUchat Pro?

ILMUchat ialah chatbot AI daripada YTL AI Labs yang dibangunkan dengan mengambil kira bahasa dan konteks tempatan. Ia menyokong penggunaan Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina serta Manglish, termasuk kebolehan bertukar bahasa secara semula jadi.

Dari segi fungsi, ILMUchat boleh digunakan untuk pelbagai tugasan seperti menulis e-mel dan surat, menghasilkan poster dan grafik, menjana slaid pembentangan serta membantu dalam pengaturcaraan untuk membangunkan aplikasi dan permainan ringkas. Ia juga juga boleh membantu mendapatkan maklumat berkaitan PTPTN, permohonan geran SME dan permohonan pekerjaan.

Foong Chee Mun, Ketua Pegawai Eksekutif YTL AI Labs, berkata, “Kami berbangga dapat menyokong Kerajaan Malaysia dalam merealisasikan aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara peneraju AI, bermula dengan memberikan akses kepada ILMUchat Pro kepada golongan muda Malaysia menerusi program AI Untuk Rakyat. Kami berharap dapat memperkasa generasi ini bukan sekadar untuk menggunakan AI, tetapi juga menjadi pembina dan penyumbang yang akan mencorakkan masa depan AI Malaysia.”

Sebagai maklumat tambahan, akses percuma ILMUchat Pro ini juga pernah ditawarkan kepada lebih tiga juta pelanggan telko Yes di seluruh negara sewaktu awal pelancarannya sebelum ini.

Tags: ILMUchatILMUchat ProProgram AI untuk RakyatytlYTL AI Labs
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Belia Malaysia boleh tebus ILMUchat Pro percuma selama 3 bulan, ini caranya

Belia Malaysia boleh tebus ILMUchat Pro percuma selama 3 bulan, ini caranya

1 September 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN