• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bukan biasa-biasa! Robot Honor D-1 ‘belanja’ reka bentuk X9e Pro akan datang

  • OLEH Mas Idayu
  • 2:16 pm
  • 02/09/2026
  • Komen
Bukan biasa-biasa! Robot Honor D-1 ‘belanja’ reka bentuk X9e Pro akan datang
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa yang pergi melihat perarakan di Putrajaya semasa sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2026 di Dataran Putrajaya baru-baru ini, pastinya berasa teruja melihat kemunculan robot humanoid yang turut menyertai perbarisan Hari Kebangsaan peringkat nasional.

Robot merah berteknologi tinggi ini merupakan hasil inovasi syarikat jenama telefon pintar terkenal dunia Honor, dengan kemunculan robot yang dikenali sebagai D-1 ini sekaligus mencuri perhatian ramai sewaktu sambutan Hari Kebangsaan berlangsung.



Apa yang lebih menarik adalah, Honor merupakan syarikat jenama telefon pintar pertama yang menyertai sambutan Hari Kebangsaan Malaysia sebagai kontinjen perarakan rasmi yang diketuai robot juara Honor D-1.

Kemunculan X9e Pro menjadi sorotan ramai

Selain kemunculan robot Honor D-1, sorotan pandangan orang ramai turut menyaksikan kehadiran telefon pintar berwarna ungu yang di pegang robot humanoid ini sepanjang perbarisan berlangsung.



Dengan pendedahan luar biasa ini, Honor pertonton peranti baharu syarikatnya iaitu Honor X9e Pro yang bakal diperkenalkan dalam pasaran tempatan tidak lama lagi. Menurut Honor, peranti ini merupakan model Siri X baharu yang dibina di atas ketahanan sedia ada bagi siri ini dan memiliki kemasan warna ungu gelap yang cukup sensasi dengan reka bentuk yang berani.

Setakat ini butiran penuh telefon pintar ini masih dirahsiakan, namun yang pasti kemunculan peranti baharu ini membuatkan ramai peminat gajet dari jenama terkenal ini berasa teruja menanti pelancaran rasmi Honor X9e pro nanti.

Honor D-1 terima pengiktirafan Asia Records

Honor juga menjadi tumpuan ramai apabila syarikat telefon pintar ini mendapat gelaran Asia Records, dimana robot milik mereka Honor D-1 berjaya menyempurnakan Larian Jalan Raya Awam 10KM dan menyertai perarakan dalam perbarisan Hari Kebangsaan.

Menurut Honor, pengiktirafan ini menyusul dengan penyertaan D-1 dalam Larian Jalan Raya Awam yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 30 Ogos lalu. Dimana robot canggih ini berjaya melengkapkan larian sejauh 10KM yang bermula dari Pavilion Kuala Lumpur, merentasi beberapa mercu tanda paling ikonik di ibu negara dan ini termasuklah seperti Menara Kuala Lumpur, Menara Maybank, Dataran Merdeka dan Menara Berkembar Petronas.

Tambahan lagi kehadiran D-1 di Malaysia merupakan kemunculan sulung robotik berkenaan di luar China, selepas berjaya memecahkan rekod dunia manusia di Beijing Yizhuang Humanoid Robot Half Marathon, dengan menyempurnakan perlumbaan dalam masa 50 minit 26 saat pada kelajuan puncak 14.5 meter sesaat.

Memang laju betul robot D-1 sampai boleh pecah rekod! Anda yang dah lihat perarakan di Dataran Putarjaya semasa sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos baru-baru ni, apa pandangan anda tentang robot canggih ini? Kongsikan komen bersama kami.

Bagi yang menanti kemunculan peranti Honor X9e Pro anda boleh kunjungi laman sesawang Honor untuk maklumat lanjut.

Tags: Dataran Putrajayahari kebangsaanhonorHonor D-1Honor Robotik D-1Honor X9e ProSiri XX9e Pro
Mas Idayu

Mas Idayu

POPULAR

Bukan biasa-biasa! Robot Honor D-1 ‘belanja’ reka bentuk X9e Pro akan datang

Bukan biasa-biasa! Robot Honor D-1 ‘belanja’ reka bentuk X9e Pro akan datang

2 September 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN