• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:16 pm
  • 02/09/2026
  • Komen
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749
Share on FacebookShare on Twitter

Di samping Redmi Note 17 Pro, Xiaomi turut memperkenalkan Redmi Note 17 5G dan Note 17 4G bagi pasaran Malaysia.

Kedua-duanya merupakan model asas dalam barisan, tetapi masih membawakan spesifikasi cukup menarik dengan bateri silikon karbon berkapasiti 7,700mAh serta skrin AMOLED sebesar 6.99″.



Harga Redmi Note 17 5G dan 4G di Malaysia

Berikut adalah harga jualan rasmi bagi Redmi Note 17 5G dan 4G di Malaysia ketika promosi yang berlangsung dari 2-30 September 2026:

Redmi Note 17 5G



  • 8GB+512GB – RM1,299 RM1,199
  • 6GB+128GB – RM1,099 RM999

Redmi Note 17 4G

  • 4GB+128GB – RM849 RM749 (ekslusif online)

Di samping diskaun RM100, Xiaomi turut menawarkan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,771 kepada pembeli Redmi Note 17 5G dan 4G.

Sekiranya berminat, anda boleh mendapatkan siri Redmi Note 17 terbaharu ini menerusi mi.com, Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Redmi Note 17 5G

Seperti namanya, antara dua model diperkenalkan, Redmi Note 17 5G merupakan model yang lebih tinggi dengan sokongan 5G. Ia dikuasakan oleh cip Snapdragon 4 Gen 4 4nm, dengan RAM LPDDR4X sehingga 8GB dan storan UFS 2.2 seluas 256GB. Storan boleh diperluaskan sehingga 2TB menggunakan kad microSD.

Dari segi paparan, Redmi Note 17 5G mempunyai skrin AMOLED 6.99″ dengan resolusi FHD+ 2396 × 1080 piksel, kadar segar semula sehingga 120Hz dan kecerahan puncak mencapai 1,800 nits. Panel ini turut menyokong warna gamut luas DCI-P3, kedalaman warna 8 bit

Untuk kamera, terdapat kamera utama 50MP f/1.8 di belakang dan kamera hadapan 16MP f/2.5. Kedua-duanya boleh merakam video sehingga 1080p pada 30fps. Redmi Note 17 5G turut dilengkapi bateri 7,700mAh dengan pengecasan 45W, dan pengecas 45W disertakan dalam kotak. Sistem speakernya adalah jenis mono dengan sokongan kelantangan 200% dan Hi-Res Audio.

Dari segi ciri lain, telefon ini mempunyai NFC, Bluetooth 5.1, Wi-Fi 5, IR blaster, pengimbas cap jari dalam skrin dan AI face unlock. Ia menjalankan Xiaomi HyperOS 3 dan mempunyai penarafan IP65 untuk perlindungan daripada debu serta percikan air.

Redmi Note 17 4G

Redmi Note 17 turut berkongsi sebahagian besar spesifikasi yang sama dengan model 5G. Ia menggunakan panel AMOLED 6.99″ beresolusi FHD+ 2396 × 1080 piksel dengan kadar segar semula sehingga 120Hz.

Perkakasan kamera belakang turut menampilkan kamera utama 50MP f/1.8 dan kamera hadapan 16MP f/2.5. Ia juga membawa bateri 7,700mAh dengan pengecasan 45W, termasuk pengecas 45W dalam kotak, selain pembesar suara mono dengan kekuatan 200% dan sokongan Hi-Res Audio.

Namun apa yang berbeza adalah, model 4G menggunakan cip Snapdragon 6s 4G Gen 2 6nm yang lebih kurang berkuasa. Berbanding model 5G, ia ditawar hanya dalam satu konfigurasi 4GB + 128GB menggunakan RAM LPDDR4X dan storan UFS 2.2. Bagaimanapun, storan masih boleh diperluas menggunakan kad mikroSD.

Ciri lain yang dikongsi termasuk NFC, Wi-Fi 5, IR blaster, pengimbas cap jari dalam skrin dan AI face unlock. Bagaimanapun, model 4G menggunakan Bluetooth 5.0, sedikit lebih lama berbanding Bluetooth 5.1 pada model 5G.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Redmi Note 17 5G dan Note 17 4G.

Tags: RedmiRedmi Note 17 4GRedmi Note 17 5Gxiaomixiaomi malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN