• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:32 pm
  • 07/09/2026
  • Komen
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT
Share on FacebookShare on Twitter

Proton nampaknya bersiap sedia untuk menawarkan sedan segmen-C mereka pada harga yang lebih mesra poket. Syarikat automotif nasional itu kini membuka tempahan bagi dua varian baharu dalam keluarga S70, iaitu S70 Lite dan S70 Prime, yang ditawarkan sebagai pilihan lebih mampu milik.

Menariknya, Proton memberi anggaran harga jualan bagi varian baharu ini bermula di bawah RM60,000. Sebagai perbandingan, julat harga Proton S70 MC1 sedia ada yang dilancarkan pada Februari lalu bermula daripada RM68,800. Bagi membolehkan penurunan harga yang ketara ini, Proton telah melakukan beberapa penyesuaian dari segi trenkuasa serta kelengkapan dalaman.



Enjin 1.5L NA dan transmisi CVT

Perubahan paling besar pada Proton S70 Lite dan Prime terletak di bahagian enjin yang digunakan. Berbeza dengan varian sedia ada yang menggunakan enjin 1.5L turbo dengan transmisi 7-DCT, dua varian terbaharu ini dibekalkan dengan enjin 1.5L i-GT 4-silinder jenis naturally aspirated (NA). Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi CVT.

Walau bagaimanapun, Proton masih belum mengeluarkan perincian spesifikasi rasmi, jadi angka output kuasa dan tork untuk enjin versi NA ini masih belum diketahui.



Sokongan Wireless Apple CarPlay Dan Android Auto

Meskipun diposisikan sebagai model lebih mampu milik, Proton masih menawarkan beberapa ciri yang tersedia pada varian lebih tinggi. Antaranya ialah Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar yang ditawarkan sebagai ciri standard untuk kedua-dua S70 Lite dan Prime.

Bagaimanapun, kedua-dua varian baharu ini menggunakan skrin infotainmen (IHU)yang berbeza daripada varian S70 MC1 sedia ada. Berdasarkan gambar yang dikongsikan Proton, IHU baharu ini kelihatan mempunyai skrin lebih kecil serta dilengkapi banyak butang kawalan fizikal. Bagi panel meter pemandu, gambar acah memperlihatkan penggunaan kluster jenis analog.

Selain itu, kedua-dua varian ini turut dilengkapi tempat duduk leatherette, panel instrumen jenis soft-touch, Brek Parkir Elektrik (EPB) bersama fungsi Auto Brake Hold, lima port USB, fungsi hidupan enjin jarak jauh (Remote Engine Start), serta fungsi cermin automatik Auto Up/Down pada semua pintu.

Dari segi keselamatan, dua varian mampu milik ini turut dilengkapi 6 beg udara, Rear Seat Reminder serta kamera undur. Kedua-duanya turut mendapat Side Radar System yang menyokong beberapa ciri bantuan pemanduan, termasuk Blind Spot Detection, Lane Change Assist, Rear Cross Traffic Alert, Door Opening Warning dan Rear Collision Warning.

Tempahan sudah dibuka

Proton S70 Lite dan S70 Prime kini dibuka untuk tempahan dengan anggaran harga permulaan di bawah RM60,000.

Proton turut menawarkan ganjaran pembeli awal kepada pelanggan yang membuat tempahan dan mendaftarkan kenderaan sebelum 31 Disember 2026. Bagaimanapun, butiran ganjaran tersebut hanya akan diumumkan ketika pelancaran rasmi.

Buat masa ini, Proton masih belum mendedahkan harga rasmi serta spesifikasi penuh bagi kedua-dua varian tersebut.

Tags: protonProton S70Proton S70 LiteProton S70 Prime
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN