• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple Watch Series 12 Malaysia: Cip S11, sensor kesihatan baru, Audio Intelligence, dari RM1,799

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:52 pm
  • 10/09/2026
  • Komen
Apple Watch Series 12 Malaysia: Cip S11, sensor kesihatan baru, Audio Intelligence, dari RM1,799
Share on FacebookShare on Twitter

Apple secara rasmi telah melancarkan jam tangan pintar terbaharunya, Apple Watch Series 12.

Meskipun mengekalkan reka bentuk dan rupa yang sama, model generasi baharu ini hadir dengan pemproses baharu S11, sistem sensor kesihatan yang direka semula, serta kembalinya pilihan kemasan seramik (Ceramic). Selain penjejakan kadar denyutan jantung dan HRV yang jauh lebih kerap, Series 12 turut memperkenalkan ciri Readiness untuk menilai tahap kesediaan fizikal harian pengguna, serta keupayaan baharu berasaskan Apple Intelligence.



Bukan itu sahaja, Apple turut membawakan peningkatan pada ketahanan bateri ketika bersenam, pengecasan pantas yang lebih cekap, serta perlindungan kaca yang lebih kukuh untuk model aluminium.

Harga dan ketersediaan Apple Watch Series 12

Apple Watch Series 12 ditawarkan dalam saiz 42mm dan 46mm, dengan pilihan material aluminium, titanium dan seramik. Berikut ialah harga rasmi Apple Watch Series 12 di Malaysia:



  • Apple Watch Series 12 Aluminium 42mm: RM1,799 (GPS) / RM2,299 (GPS + Cellular)
  • Apple Watch Series 12 Aluminium 46mm: RM2,049 (GPS) / RM2,549 (GPS + Cellular)
  • Apple Watch Series 12 Titanium 42mm: RM3,299 (GPS + Cellular)
  • Apple Watch Series 12 Titanium 46mm: RM3,549 (GPS + Cellular)
  • Apple Watch Series 12 Ceramic 42mm: RM4,049 (GPS + Cellular)
  • Apple Watch Series 12 Ceramic 46mm: RM4,299 (GPS + Cellular)
  • Apple Watch Hermès Series 12 42mm: RM6,549 (GPS + Cellular)
  • Apple Watch Hermès Series 12 46mm: RM6,799 (GPS + Cellular)

Model aluminium hadir dalam pilihan warna Dark Bronze, Light Gold, Black dan Space Grey. Model titanium pula tersedia dalam Radiant Gold dan Natural Titanium, manakala kemasan seramik boleh dipilih dalam Pearl White dan Night Blue.

Bagi edisi khas Apple Watch Hermès Series 12, ia menggunakan kes titanium bersama pilihan warna Radiant Gold dan Silver.

Apple Watch Series 12 akan mula dijual secara rasmi di Malaysia pada 18 September 2026, selepas tempahan awal dibuka pada 11 September 2026. Ia boleh didapatkan menerusi stor atas talian Apple Malaysia serta kedai rasmi Apple di Lazada dan Shopee.

Apa yang baru pada Apple Watch Series 12?

Perkara utama yang diperbaharui ialah cip yang digunakan. Apple Watch Series 12 kini menggunakan cip S11 baharu, yang dibina berasaskan seni bina pemproses A20 Pro pada iPhone 18 Pro, bersama sistem sensor kesihatan baharu yang dipanggil Health Sensing System.

Sistem ini menggunakan LED hijau yang lebih besar dan cekap tenaga pada sensor optikal untuk mengukur kadar denyutan jantung setiap lima saat sepanjang hari. Apple mendakwa ini memberikan bacaan kadar denyutan jantung paling tepat dalam kategori peranti boleh pakai (wearable). Penjejakan Kebolehaliran Denyutan Jantung (HRV) turut dipertingkatkan, dengan bacaan diambil sehingga 24 kali lebih kerap berbanding sebelum ini.

Data dikumpul dibahagikan kkepada dua kategori: Recovery HRV untuk memantau perubahan jangka pendek berkaitan tekanan dan pemulihan, serta Overall HRV untuk gambaran menyeluruh mengenai kesihatan kardiovaskular jangka panjang. Kesemua data ini disalurkan secara terus kepada ciri baharu Readiness, yang memberikan skor daripada 0 hingga 10 bagi menunjukkan tahap kesediaan fizikal pengguna pada hari tersebut berdasarkan beban latihan, tanda vital, dan skor tidur.

Bergantung pada skor tersebut, Apple Watch akan memberikan cadangan khusus seperti Recover, Pace Yourself, Ready, atau Go For It. Skor ini dikemas kini secara dinamik sepanjang hari; contohnya, selepas pengguna bersenam atau mendapat tidur tambahan, skor Readiness akan bertukar secara masa nyata untuk mencerminkan keadaan badan terkini.

Mengenai ketahanan bateri, Apple Watch Series 12 menawarkan hayat bateri sehingga 24 jam untuk penggunaan harian biasa, dan sehingga 10 jam untuk aktiviti luar, 25% lebih lama berbanding generasi sebelumnya. Pengecasan pantas turut dipertingkatkan, di mana pengecasan selama 15 minit sahaja sudah cukup untuk memberikan sehingga 12 jam penggunaan.

Apple turut mengintegrasikan algoritma pedometer berasaskan pembelajar mesin (machine learning) baharu bagi meningkatkan ketepatan pengiraan langkah dan jarak, terutamanya ketika berjalan atau berlari di dalam bangunan. Turut ditambah ialah kompilasi khas Steps yang membolehkan pengguna menyemak jumlah langkah secara terus pada muka jam.

Selain itu, Apple Watch Series 12 turut memperkenalkan Audio Intelligence, yang memanfaatkan keupayaan cip S11 dan Apple Intelligence untuk beberapa ciri berkaitan audio:

  • Sound Recognition: Mengenal pasti bunyi persekitaran seperti loceng pintu, penggera, dan tangisan bayi sebelum menghantar notifikasi kepada pengguna.
  • Live Rewind: Memaparkan semula paparan teks bagi 15 saat terakhir sesuatu perbualan.
  • Siri Recap: Menyediakan ringkasan dan poin penting daripada sesebuah perbualan untuk rujukan kemudian.
  • Shazam: Boleh digunakan secara terus pada paparan Smart Stack Apple Watch untuk mengenal pasti lagu yang sedang dimainkan.

Menerusi cipset S11, Apple menegaskan bahawa ciri Audio Intelligence ini tidak merakam atau menyimpan sebarang audio. Pemprosesan audio dilakukan secara terus pada perkakasan khas yang terasing daripada sistem utama (hardware isolation), sebelum data tersebut dipadamkan serta-merta.

Apple Watch Series 12 hadir dengan watchOS 27, yang turut membawa beberapa ciri baharu:

  • Gestur pinch jari: Kawalan sebelah tangan menggunakan kuisan/kepit jari telunjuk dan ibu jari untuk memilih widget dalam paparan Smart Stack.
  • Susunan Aplikasi Dinamik: Paparan grid aplikasi yang secara automatik mencadangkan sehingga lima aplikasi kerap digunakan menerusi Siri.
  • Cycle Tracking Dipertingkat: Penambahan sokongan dan maklumat penjejakan kitaran untuk pengguna yang melalui fasa perimenopaus dan menopaus.
  • Workout Buddy: Pembantu maya yang memberikan maklum balas serta motivasi secara langsung ketika pengguna bersenam.
  • Siri AI: Pembantu suara pintar yang memahami konteks peribadi dan pengetahuan umum untuk menjawab pertanyaan pengguna secara lebih semula jadi.

Dari segi bahan binaan, model aluminium kini dilindungi oleh kaca Ceramic Shield 2, yang didakwa 60% lebih tahan daripada kaca Ion-X pada Apple Watch Series 11. Pilihan kemasan Seramik juga akhirnya kembali ditawarkan pada Apple Watch selepas tidak tersedia pada beberapa generasi sebelum ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai peranti ini, anda boleh melawat laman rasmi Apple Watch Series 12.

Tags: appleapple malaysiaapple watchApple Watch Series 12
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Apple Watch Series 12 Malaysia: Cip S11, sensor kesihatan baru, Audio Intelligence, dari RM1,799

Apple Watch Series 12 Malaysia: Cip S11, sensor kesihatan baru, Audio Intelligence, dari RM1,799

10 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN