• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Eksklusif ASUS x Google AI: Nikmati akses AI untuk laptop terpilih

  • OLEH Mas Idayu
  • 7:09 pm
  • 14/09/2026
  • Komen
Eksklusif ASUS x Google AI: Nikmati akses AI untuk laptop terpilih
Share on FacebookShare on Twitter

Anda miliki laptop Asus dan ROG? Tahu tak, anda layak untuk akses Google AI Pro atau Google AI Plus dengan percuma.

Baru-baru ini Asus telah mengumumkan tentang tawaran baharunya bersama Google, di mana pelanggan yang membeli laptop Asus dan ROG terpilih layak untuk mengakses Google AI Pro atau Google AI Plus yang bernilai sehingga RM293.97 secara percuma selama tiga bulan tanpa kos tambahan.



Teroka dunia AI dalam satu peranti

Menerusi tawaran ini ia dapat membantu pengguna yang menggunakan laptop Asus dan ROG terpilih, mengakses platform AI dalam satu peranti disamping memberikan pengalaman meneroka dunia kecerdasan buatan (AI) dengan lebih mudah. Untuk tawaran ini, Google AI menawarkan dua pilihan pelan iaitu Google AI Pro dan juga Google AI Plus di mana pengguna boleh memilih satu sahaja pelan untuk akses masuk percuma.

Untuk pelan Google AI AI Pro ia dilengkapi dengan jumlah storan awan sebanyak 5 TB dan empat kali ganda had penggunaan yang diberikan kepada pengguna. Manakala untuk Google AI Plus pula, tawaran ini menyediakan pintu masuk yang mudah diakses ke alat AI Google yang lain serta memberikan penjanaan ciri produktiviti dan kreativiti yang padu dengan dilengkapi storan awan 400 GB.



Dengan tawaran ini pelanggan boleh mengakses ekosistem pengalaman Google AI yang lebih luas, menerusi alat khas dan aplikasi Google yang sedia ada bagi membantu mereka mencipta, meneliti, mengurus, dan bekerja dengan lebih cekap.

Akses lebih dari 6 aplikasi dalam laptop Asus terpilih

Kini pengguna dapat melakukan kerja-kerja penyelidikan, kreativiti dan tugasan harian lain dengan menggunakan aplikasi Google yang biasa digunakan di laptop sahaja tanpa perlukan gajet atau peranti tambahan lain. Akses untuk aplikasi Google sedia ada juga bergantung pada pelan yang anda pilih untuk mengakses menerusi tawaran ini. Antara aplikasi yang boleh diakses masuk adalah:

  • Google Gemini
  • Deep Research
  • Google Flow
  • Gemini Omni
  • Nano Banana 2
  • Lyria 3
  • Gemini dalam aplikasi Google
  • Gemini Notebook

Manakala Google AI Pro pula menyediakan akses pengalaman luas untuk pembangunan dan agentik seperti Google Antigravity, Jules dan AI Studio. Semua aplikasi yang tersenarai tertakluk kepada terma dan syarat serta ketersediaan pelan yang dipilih.

Jenis laptop Asus yang layak akses Google AI percuma

Sekadar info, tawaran ini berlangsung selama setahun dari 10 Ogos 2026 sehingga 9 Ogos 2027 dan merangkumi laptop Asus terpilih yang layak bagi model 2025, 2026 dan model akan datang di pasaran. Antara model laptop Asus yang terpilih adalah dari siri:

  • ROG
  • TUF Gaming
  • ProArt
  • Zenbook
  • Vivobook

Tebus tawaran eksklusif dengan 3 langkah

Jika anda ingin menebus tawaran ini, ikuti tiga langkah di bawah untuk mengakses pelan pilihan:

Langkah pertama

Langkah kedua

Langkah ketiga

Berapa harga pakej jika ingin teruskan pelan?

Bagi yang ingin meneruskan pelan setelah tiga bulan mencuba, anda boleh dapatkan Google AI Pro dengan harga RM97.99 sebulan, manakala untuk Google AI Plus pula RM23.99 sebulan.

Untuk mengetahui sama anda layak atau tidak untuk dapatkan tawaran eksklusif ini, anda boleh menyemak secara terus di laman sesawang Asus atau menerusi muat turun aplikasi MyAsus yang terdapat di Google Play Store dan Apple App Store. Jika anda mencari laptop Asus model terkini atau untuk kegunaan harian, anda boleh kunjungi kedai e-Store Asus.

Jadi jika anda memiliki laptop atau baru saja beli laptop dari siri variasi yang dinyatakan diatas, jangan lupa semak model laptop anda. Jika layak, anda boleh pilih salah satu pakej yang ditawarkan oleh Google AI untuk akses selama tiga bulan percuma!

Tags: asusGoogleGoogle AIGoogle AI PlusGoogle AI Prolaptop
Mas Idayu

Mas Idayu

POPULAR

Eksklusif ASUS x Google AI: Nikmati akses AI untuk laptop terpilih

Eksklusif ASUS x Google AI: Nikmati akses AI untuk laptop terpilih

14 September 2026
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN