• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Paten LogicFolding Huawei, ‘game-changer’ baharu buat Qualcomm?

  • OLEH Mas Idayu
  • 1:54 pm
  • 07/10/2026
  • Komen
Paten LogicFolding Huawei, ‘game-changer’ baharu buat Qualcomm?
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam langkah besar bagi industri teknologi, Huawei dan Qualcomm bersetuju untuk bekerjasama menerusi perjanjian lesen paten jangka panjang (multi-year). Menerusi pakatan ini, kedua-dua pihak akan saling memberi akses kepada teknologi ciptaan masing-masing bagi melancarkan lagi penghasilan produk baharu pada masa depan.

Pelesenan silang antara syarikat gergasi

Sumber Huawei

Menurut Huawei dengan kerjasama ini, kedua-dua syarikat teknologi gergasi ini dapat berkongsi hak penggunaan portfolio paten dalam bidang 5G, perkomputeran, kecerdasan buatan (AI), dan rangkaian.



Selain pelesenan silang tersebut, Qualcomm turut membeli beberapa paten AS milik Huawei bagi memperkukuh portfolio teknologinya. Transaksi strategik ini dijangka dimuktamadkan selepas menerima kelulusan pihak pengawalseliaan, sekali gus menegaskan komitmen kedua-dua syarikat terkenal industri teknologi itu terhadap amalan pelesenan yang adil dan beretika (prinsip FRAND).

Pelaburan R&D dan jalur lebar 4G/5G Huawei

Tambahan lagi, Huawei dengan komitmen berterusan mereka dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) asas selama berdekad-dekad, kini membuahkan hasil apabila menjadi pendorong utama kemajuan teknologi komunikasi mudah alih dunia.



Daripada penemuan teknologi kod polar hingga menentukan piawaian 4G dan 5G yang kita gunakan hari ini, komitmen jangka panjang ini membuktikan mengapa Huawei kekal berada di barisan hadapan arena teknologi global.

Menurut Alan Fan, Ketua Pegawai Harta Intelektual Huawei, perjanjian ini membuktikan nilai tinggi inovasi Huawei. Pada masa yang sama, ia turut mengiktiraf peranan serta sumbangan asas Qualcomm dalam memajukan teknologi komunikasi moden.

Qualcomm peneraju teknologi tanpa wayar

Di sebalik kelajuan dan kemudahan teknologi mudah alih yang kita nikmati hari ini, wujud komitmen berterusan Qualcomm dalam membina asas teknologi tanpa wayar (wireless) dan kesanggupan melabur demi masa depan dunia teknologi.

Kejayaan sesebuah inovasi diukur daripada penerimaan industri. John Han menyifatkan perjanjian ini sebagai penanda aras penting yang menegaskan pengiktirafan dunia terhadap kepimpinan 5G Qualcomm. Ia menjadi bukti nyata bahawa program pelesenan paten (SEP) 5G syarikat tersebut, bukan sahaja berimpak tinggi malah terus menjadi pemacu utama ekosistem teknologi masa kini.

Nilai kontrak melebihi USD 6.9 bilion

Sumber Huawei

Meski kedua-dua syarikat teknologi gergasi ini tidak mendedahkan nilai kontrak yang dimeterai. Namun menurut laporan Bloomberg, kontrak kesepakatan jangka panjang (multi-year) ini dianggarkan bernilai melebihi USD 6.9 bilion atau sekitar RM28.2 bilion.

Satu angka yang mencerminkan betapa besarnya nilai paten yang dikongsikan dalam menentukan takhta persaingan teknologi dunia dan dominasi pasaran kedua-dua belah pihak. Bukan sekadar perjanjian biasa, dari perspektif perniagaan pakatan bernilai tinggi ini menetapkan penanda aras baharu bagi penilaian aset tak ketara (intangible assets).

Impak komersial urus niaga mega ini, mengesahkan bahawa hak harta intelek ialah teras strategik utama yang mampu menjana nilai ekonomi yang amat besar serta mengukuhkan posisi kewangan syarikat di pentas antarabangsa.

Pelesenan Paten LogicFolding

Selain itu, laporan Bloomberg turut mendedahkan bahawa kesepakatan pelesenan silang ini turut melibatkan teknologi cip LogicFolding milik Huawei. Di mana Qualcomm bersetuju melesenkan paten yang menyokong seni bina teknologi tersebut.

Teknologi LogicFolding mula diperkenalkan oleh Huawei pada Mei 2026 sebagai sebahagian daripada konsep Tau Scaling Law. Berbanding bergantung sepenuhnya kepada pengecilan saiz transistor, LogicFolding meningkatkan prestasi cip secara optimum dengan mengurangkan kelewatan pemancaran isyarat (signal propagation delay).

Dari sudut kelebihan teknikal, teknologi ini berfungsi memendekkan pendawaian laluan kritikal (critical-path wiring) serta mengurangkan rintangan dan kapasitor, sekali gus berjaya meningkatkan ketumpatan transistor dan prestasi litar. Jadi tidak hairanlah, Huawei meletakkan LogicFolding sebagai pendekatan alternatif untuk meningkatkan prestasi melalui reka bentuk peringkat litar dan sistem.

Antara pemproses terawal yang menggunakan seni bina LogicFolding ini ialah cip Kirin 9050 Pro, yang membuat kemunculan julung kalinya pada telefon pintar skrin lipat tiga (tri-fold), Huawei Mate XT 2.

Menerusi perjanjian lesen paten komprehensif ini ia bukan sekadar win-win solution untuk keuntungan Qualcomm, tetapi ia menjadi bukti pengiktirafan terbuka terhadap kepimpinan inovasi Huawei serta pegangan paten kritikal mereka dalam ekosistem 5G dan sektor teknologi canggih. Bukti ini jelas menunjukan bahawa hak harta intelek dan komitmen R&D sentiasa dihargai di peringkat dunia.

Sumber: Huawei, Bloomberg, SoyaCincau

Tags: 4g5gHuaweiLogicFoldingpatenperjanjian lesen patenQualcommteknologi
Mas Idayu

Mas Idayu

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Paten LogicFolding Huawei, ‘game-changer’ baharu buat Qualcomm?

Paten LogicFolding Huawei, ‘game-changer’ baharu buat Qualcomm?

7 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

1 October 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
5 Terbaik: Penulen udara bawah RM400, tapis jerebu berbahaya sekelip mata!

5 Terbaik: Penulen udara bawah RM400, tapis jerebu berbahaya sekelip mata!

30 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN