• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Mate XT 2: Telefon trilipat 10.2″ dengan ciri Skrin Privasi, cip Kirin 9050 Pro

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:34 pm
  • 08/09/2026
  • Komen
Huawei Mate XT 2: Telefon trilipat 10.2″ dengan ciri Skrin Privasi, cip Kirin 9050 Pro
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei telah memperkenalkan Mate XT 2 Ultimate Design di China sebagai telefon trilipat generasi keduanya, menggantikan Mate XT yang diperkenalkan tahun lalu. Model baharu ini hadir dengan reka bentuk yang diperbaharui, skrin besar 10.2″ serta pilihan Skrin Privasi.

Berbanding Mate XT generasi pertama, Mate XT 2 kini menggunakan reka bentuk trilipat ke dalam, sama seperti pendekatan yang digunakan Samsung pada Galaxy Z TriFold. Ia juga dikuasakan cip baharu Kirin 9050 Pro yang menggunakan teknologi Tau Scaling Law Huawei.



Menurut Pengerusi Huawei Consumer Business Group, Richard Yu, Kirin 9050 Pro merupakan cip Kirin paling berkuasa setakat ini, dengan peningkatan prestasi sehingga 42% berbanding Mate XT sebelumnya.

Skrin Huawei Mate XT 2

SSalah satu perubahan paling ketara pada Mate XT 2 ialah mekanisme lipatannya Huawei kini beralih kepada reka bentuk lipat skrin ke dalam seakan digunakan pada Samsung Galaxy Z TriFold di mana skrin fleksibel utamanya tersembunyi rapat di bahagian dalam apabila dilipat.arannya. Berbeza dengan Samsung yang meletakkan skrin luaran di panel tengah, Mate XT 2 sebaliknya menggunakan panel bahagian kiri belakang sebagai skrin luaran apabila telefon ini dilipat sepenuhnya.



Semasa dilipat, Mate XT 2 mempunyai skrin OLED luaran berukuran 6.5″ dengan resolusi 2442 x 1140 piksel. Skrin ini menyokong kadar segar semula adaptif 1-120Hz LTPO, PWM dimming 1,440Hz serta touch sampling rate 300Hz.

Apabila dibuka sepenuhnya, skrin fleksibel utamanya berkembang kepada 10.2″ dengan resolusi 2232 x 3184 piksel. Skrin dalaman turut menyokong kadar segar semula 1-90Hz LTPO, manakala terdapat juga model dengan Skrin Privasi menawarkan kadar segar semula adaptif sehingga 1-120Hz.

Dari segi dimensi, Mate XT 2 berukuran 157.2mm tinggi dan 77mm lebar semasa dilipat, dengan ketebalan 12.3mm. Apabila dibuka sepenuhnya, lebarnya meningkat kepada 219.2mm, dengan ketebalan setiap bahagian antara 3.5mm hingga 4.0mm. Seperti yang dijangkakan bagi sebuah telefon pintar trilipat, ia agak berat sekitar 299g termasuk bateri.

Terdapat mod Skrin Prvasi

Huawei turut menawarkan teknologi Skrin Privasi pada Mate XT 2. Teknologi ini menggunakan reka bentuk dual-pixel bebas yang boleh bertukar antara sudut pandangan luas dan sempit tanpa mengubah resolusi skrin.

Apabila mod privasi diaktifkan, penglihatan dari sisi akan dikurangkan, namun paparan kekal jelas bagi pengguna yang melihat terus dari hadapan. Menariknya, pengguna turut boleh mengkonfigurasi mod privasi ini untuk aktif hanya pada aplikasi tertentu sahaja.

Kirin 9050 Pro berasaskan Tau Scaling Law

Huawei Mate XT 2 dikuasakan cip baharu Kirin 9050 Pro, yang menggunakan CPU LinxiCore, GPU Maleoon serta NPU berasaskan Da Vinci Architecture. Susunan CPUnya terdiri daripada 1 teras utama, 2 teras prestasi, 4 teras kecekapan untuk multitasking, dan 2 teras kecil untuk kegunaan harian.

Cip itu dipadankan dengan RAM 16GB, dengan pilihan storan bermula 256GB sehingga 2TB. Ia menjalankan HarmonyOS 7.0 di China, lengkap dengan ciri multitasking yang direka khusus untuk skrin besarnya, termasuk keupayaan menjalankan tiga aplikasi secara serentak bersebelahan.

Menurut Huawei semasa pelancaran, cip pemproses tersebut dibina berasaskan Tau Scaling Law, satu pendekatan baharu yang diperkenalkan syarikat bagi meningkatkan prestasi semikonduktor. Berbanding hanya bergantung kepada pengecilan saiz transistor, pendekatan ini memfokuskan kepada pengurangan kelewatan isyarat (signal delays) di dalam cip.

Salah satu teknologi yang dibangunkan di bawah Tau Scaling Law ialah LogicFolding, yang direka untuk memendekkan laluan isyarat serta membolehkan lebih banyak transistor dimuatkan dalam ruang yang lebih kecil.

Huawei mendakwa pendekatan LogicFolding ini mampu meningkatkan densiti transistor sebanyak 53.5%, kecekapan kuasa teras prestasi sebanyak 41%, serta kelajuan jam maksimum sebanyak 12.7% berbanding reka bentuk SoC konvensional.

Huawei turut menambah bahawa GPU pada Kirin 9050 Pro ini turut menyokong ray tracing, mampu memproses sehingga 50 juta ray, di samping turut menyokong pemprosesan pelbagai saiz model AI besar terus di dalam peranti.

Kamera utama 50MP dengan apertur boleh ubah

Untuk fotografi, Huawei Mate XT 2 dilengkapi sistem trikamera, terdiri daripada kamera utama 50MP dengan sensor RYYB 1/1.28 inci, OIS, serta ciri apertur boleh ubah dari f/1.49 hingga f/4.0.

Ia turut disertakan kamera ultralebar 40MP f/2.2 RYYB, serta kamera telefoto periskop 50MP f/2.2 RYYB dengan OIS menawarkan zum optikal 3.5x, zum hibrid bertaraf kualiti optikal 7x, dan zum digital sehingga 100x. Huawei turut menyertakan kamera warna generasi ketiga, “Red Maple”, yang direka khusus untuk meningkatkan kualiti penghasilan warna.

Bagi kegunaan selfie dan panggilan video, kedua-dua skrin dalam dan skrin luar dilengkapi kamera ultralebar 8MP f/2.4.

Bateri 5,600mAh dengan pengecasan 66W

Menguasakan peranti ini ialah bateri 5,600mAh, sama seperti kapasiti Mate XT sebelumnya. Ia menyokong pengecasan berwayar Huawei SuperCharge sehingga 66W menerusi USB-C, serta pengecasan wayarles pantas Huawei sehingga 50W.

Dari segi ketahanan, Mate XT 2 turut mendapat penarafan kalis air dan debu IP58 dan IP59. Bagi sambungan, ia menyokong WiFi 7, Bluetooth 6.0, di samping turut menyokong panggilan satelit serta pemesejan satelit dua hala melalui BeiDou.

Harga rasmi Huawei Mate X2 di China

Huawei Mate XT 2 Ultimate Design ditawarkan dalam lima konfigurasi di China:

  • 16GB + 256GB – CNY19,999 (~RM12,050)
  • 16GB + 512GB – CNY21,999 (~RM13,260)
  • 16GB + 1TB – CNY23,999 (~RM14,460)
  • 16GB + 1TB dengan Skrin Privasi – CNY24,999 (~RM15,070)
  • 16GB + 2TB dengan Skrin Privasi dan pakej stylus – CNY29,999 (~RM18,080)

Empat varian pertama akan mula dijual di China bermula 12 September 2026. Manakala varian tertinggi, iaitu 16GB+2TB, pula hanya akan tersedia bermula 23 September 2026, jam 10:08 pagi. Varian ini turut disertakan versi Privacy Screen, sebatang stylus serta aksesori tambahan dalam satu pek kotak istimewa.

Setakat ini, belum ada sebarang butiran mengenai ketersediaan antarabangsa Mate XT 2. Sebagai rujukan, model generasi sebelumnya, Huawei Mate XT Ultimate Design, pernah dilancarkan di Malaysia dengan harga RM14,999, ditawarkan dalam satu varian sahaja (16GB RAM + 1TB storan) menggunakan cip Kirin 9010.

Tags: HuaweiHuawei Mate XT 2Mate XT 2telefon lipatTelefon Trilipat
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Huawei Mate XT 2: Telefon trilipat 10.2″ dengan ciri Skrin Privasi, cip Kirin 9050 Pro

Huawei Mate XT 2: Telefon trilipat 10.2″ dengan ciri Skrin Privasi, cip Kirin 9050 Pro

8 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN