• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nak pergi haji pakej swasta? Ini pesanan TH sebelum pilih syarikat PJH

  • OLEH Mas Idayu
  • 10:47 am
  • 09/10/2026
  • Komen
Nak pergi haji pakej swasta? Ini pesanan TH sebelum pilih syarikat PJH
Share on FacebookShare on Twitter

Menunaikan ibadah haji merupakan impian setiap umat Islam. Bagi mereka yang sekian lama menabung bersama Lembaga Tabung Haji, wang simpanan mungkin sudah lebih daripada mencukupi. Namun, nama mungkin belum teragih dalam senarai jemputan dek bilangan bakal jemaah yang masih panjang menanti giliran.

Namun begitu, bakal jemaah yang berkemampuan dari segi kewangan mempunyai pilihan untuk menunaikan haji menerusi syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH). Pun begitu, tidak dapat dinafikan wujud rasa sangsi atau bimbang dalam kalangan jemaah untuk memilih agensi selain Tabung Haji sendiri.



Pilih pengelola jemaah haji (PJH)

Justeru itu, bagi mereka yang berhasrat menunaikan haji menerusi agensi pelancongan swasta, Lembaga Tabung Haji (TH) ada menggariskan beberapa panduan khusus untuk membantu anda memilih Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang diiktiraf.

Untuk ketenangan dan keselamatan anda, pastikan hanya memilih Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang sah dan berdaftar di bawah Lembaga Tabung Haji (TH) bagi musim 1448H.



Berikut adalah senarai agensi yang dilantik sebagai pengelola jemaah haji:

1.TH TRAVEL & SERVICES SDN BHD
2.AL BALAD TRAVEL & TOURS SDN BHD
3.ALAM SHAH TRAVEL & TOURS SDN BHD
4.AMANI TRAVEL SDN BHD
5.ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD
6.AZ SAFIR TRAVEL AND TOURS SDN BHD
7.AZ ZUHA GROUP TRAVEL & TOURS SDN BHD
8.BUSYRA HOLIDAYS SDN BHD
9.C.S. HOLIDAYS SDN BHD
10.CITRA TRAVEL & TOURS SDN BHD
11.EIMAN TRAVEL & TOURS SDN BHD
12.FELDA TRAVEL SDN BHD
13.GEMILANG TRAVEL AND TOURS SDN BHD
14.GLOCAL TRAVEL & TOURS SDN BHD
15.HARMONY EXCELLENCE HOLIDAYS SDN BHD
16.IN SAFF TRAVEL AND TOURS SDN BHD
17.IRKAZ TRAVEL & TOURS SDN BHD
18.JAD TRAVEL & TOURS (M) SDN BHD
19.JAY IBRAHIM TRAVEL & TOURS SDN BHD
20.JUARA TRAVEL & TOURS SDN BHD
21.KEMBARA UMRAH SDN BHD
22.KRS TRAVEL SDN BHD
23.KUJDT (TIARA MASS TRAVEL & TOURS SDN BHD)
24.MAHABBATEN TRAVEL & TOURS SDN BHD
25.MIMM TRAVEL & TOURS SDN BHD
26.MKM TICKETING TRAVEL & TOURS SDN BHD
27.QASHWA TRAVEL SDN BHD
28.RAYHAR TRAVELS SDN BHD
29.REHLAH INTERNATIONAL TRAVEL & TOURS SDN BHD
30.SYARIKAT PELANCUNGAN YASKIN SDN BHD
31.TITIM TRAVEL SDN BHD
32.TRI-D TRAVEL & TOURS SDN BHD
33.WIRA SAUJANA TRAVELS & TOURS SDN BHD
34.ZAHAFIZ TRAVEL & TOURS SDN BHD

Syarat-syarat menyertai pakej haji PJH

Sumber Vocket

Jika anda memilih pakej haji yang ditawarkan oleh Pengelola Jemaah Haji swasta ini antara syarat-syarat yang perlu anda tahu berdasarkan panduan dari Lembaga Tabung Haji ini.

Daftar dengan Tabung Haji

  • Bakal haji hendaklah mendaftar haji dengan Tabung Haji serta telah menerima surat tawaran terpilih untuk menunaikan fardu haji bagi musim 1448H/2027M. Selain itu, bakal haji yang telah membuat rayuan juga boleh mendaftar untuk menyertai pakej haji Pengelola Jemaah Haji, tetapi pemergian ke tanah suci adalah tertakluk kepada kekosongan tempat dan surat tawaran terpilih daripada Tabung Haji.

Pendaftaran PJH musim 1448H/2027M

  • Pendaftaran bakal haji Pengelola Jemaah Haji untuk musim 1448H/2027M akan dibuat secara dalam talian menggunakan sistem agensi haji melalui syarikat Pengelola Jemaah Haji.

Bayaran pakej haji bakal haji PJH

  • Bayaran pakej haji hendaklah dijelaskan kepada Pengelola Jemaah Haji yang dipilih mengikut kategori pakej, serta syarat Pengelola Jemaah Haji yang berkenaan kecuali bayaran haji Pengelola Jemaah Haji yang akan didebitkan dari akaun jemaah haji di Tabung Haji.

Pengesahan pendaftaran

  • Pengesahan pendaftaran jenis pakej haji akan dibuat oleh Pengelola Jemaah Haji yang dipilih.

Surat jadual penerbangan (SJP)

  • Surat jadual penerbangan akan dikeluarkan oleh Pengelola Jemaah Haji setelah mendapat pengesahan tempat dalam penerbangan daripada Tabung Haji.

Pertukaran PJH

  • Bakal haji rayuan yang telah terpilih melalui mana-mana Pengelola Jemaah Haji tidak dibenarkan bertukar ke mana-mana Pengelola Jemaah Haji yang lain atau muassasah.

Pembatalan

  • Jika Bakal haji membuat pembatalan atau penundaan pemergian haji, kadar denda yang dikenakan kepada bakal haji adalah seperti yang dinyatakan di dalam borang Pengesahan Terimaan Tawaran Perkhidmatan Pakej Haji musim 1448H/2027M.

Semak sebelum membeli pakej haji

Sumber Tabung Haji

Bagi anda yang memilih pakej haji daripada Pengelola Jemaah Haji (PJH) swasta, terdapat lima perkara utama yang perlu di semak terlebih dahulu. Berikut ialah senarai semaknya:

  • Pertama semak status pengelola jemaah haji (PJH): Pastikan syarikat yang menawarkan pakej haji merupakan PJH yang dilesenkan oleh TH bagi musim haji semasa. Lesen agensi pelancongan tidak semestinya melayakkan sesebuah syarikat mengendalikan urusan haji.
  • Kedua semak jenis visa: Minta penjelasan yang jelas mengenai jenis visa yang akan digunakan. Elakkan membuat keputusan berdasarkan janji atau jaminan tanpa maklumat yang lengkap dan sah.
  • Ketiga semak apa yang termasuk dalam pakej haji: Pastikan anda memahami skop perkhidmatan yang ditawarkan seperti pengangkutan, penerbangan, penginapan di Makkah, penginapan di Madinah, sajian makanan, perkhidmatan masyair, bimbingan ibadah, perlindungan takaful (jika berkaitan) dan caj tambahan yang mungkin dikenakan.
  • Keempat semak terma dan syarat dengan teliti: Pastikan anda memahami hak dan tanggungjawab semua pihak terutama jika berlaku senario seperti visa tidak diperoleh, jemaah haji membatalkan perjalanan, jadual penerbangan berubah dan perjalanan tidak dapat diteruskan. Jangan tandatangani sebarang dokumen yang belum difahami sepenuhnya.
  • Kelima simpan semua dokumen dan bukti: Simpan semua dokumen berkaitan urusan haji termasuk resit dan invois, surat tawaran pakej, terma dan syarat, bukti transaksi pembayaran, rekod komunikasi syarikat, salinan passport dan visa, serta tiket penerbangan dan dokumen perjalanan lain. Dokumen-dokumen ini penting sebagai rujukan sekiranya berlaku pertikaian, aduan atau siasatan pada masa hadapan.

Hati-hati dengan tawaran haji yang mencurigakan

Dalam keterujaan bakal menunaikan haji, bakal haji perlu berhati-hati jika terdapat agensi yang menawarkan pakej tawaran haji yang mencurigakan. Ini antara tanda-tanda yang anda perlu beri perhatian:

  • Pertama anda mendapati status pengelola jemaah haji tidak dapat disahkan.
  • Kedua anda dapati pihak agensi tidak menerangkan jenis visa dengan jelas.
  • Ketiga maklumat pakej atau dokumen yang diberi atau yang ditunjukan tidak lengkap.
  • Keempat pihak agensi secara tiba-tiba meminta bayaran dibuat dengan segera tanpa penjelasan yang munasabah.
  • Kelima pihak agensi memberi janji keberangkatan tanpa bukti atau pengesahan yang jelas.

Cara tunai haji menerusi pengelola jemaah haji

Sumber Tabung Haji

Menjengah ke hantaran akaun rasmi Tabung Haji di laman X, Lembaga Tabung Haji berkongsi beberapa langkah ringkas bagi yang ingin memilih pakej haji melalui agensi pengelola jemaah haji. Berikut adalah panduan untuk anda yang ingin menunaikan haji dengan mendapatkan khidmat dari agensi pengelola jemaah haji.

  • Pertama anda menerima tawaran haji
  • Kedua anda perlu dapatkan brosur pakej PJH
  • Ketiga anda perlu memilih syarikat PJH
  • Keempat anda memilih pakej dari agensi PJH pilihan

Sekadar info, bagi bakal haji yang memilih tunai haji menerusi pengelola jemaah haji tidak akan menerima bantuan kewangan haji (HAFIS). Bagi yang ingin mendapatkan pakej haji menerusi pengelola jemaah haji yang diiktiraf, anda boleh mendaftar haji PJH dari 9 Oktober sehingga 8 November 2026.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pengelola Jemaah Haji dan pakej yang ditawarkan, anda boleh kunjungi Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan ke-5 (KHUP 5) yang bakal berlangsung pada 9 sehingga 11 Oktober 2026 di Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA, Sepang. Selain itu, anda juga boleh layari laman sesawang Tabung Haji untuk lihat brosur pakej yang ditawarkan syarikat pengelola jemaah haji.

Sumber: 1, 2, 3 Sumber gambar: 1

Tags: Lembaga Tabung HajiPengelola Jemaah Hajitabung haji
Mas Idayu

Mas Idayu

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Nak pergi haji pakej swasta? Ini pesanan TH sebelum pilih syarikat PJH

Nak pergi haji pakej swasta? Ini pesanan TH sebelum pilih syarikat PJH

9 October 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

1 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN