• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Oppo Find X10 bakal dilancar di Malaysia 22 Oktober, tempahan awal kini dibuka

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:40 am
  • 09/10/2026
  • Komen
Siri Oppo Find X10 bakal dilancar di Malaysia 22 Oktober, tempahan awal kini dibuka
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Oppo Find X10 telah selamat dilancarkan di pasaran China pada bulan September. Sekiranya anda tertanya bilakah ia akan tiba ke pasaran Malaysia, Oppo Malaysia mengesahkan siri flagship terbaharu itu akan dilancar rasmi di Malaysia pada 22 Oktober 2026.

Hadir dalam dua model Find X10 dan Find X10 Pro Max, siri flagship terbaharu ini membawa fokus utama kepada fotografi, dengan OPPO memperkenalkan sistem kamera sehingga tiga sensor 200MP serta teknologi pemprosesan imej generasi baharu LUMO True Image Engine hasil kerjasama dengan Hasselblad.



Selain kamera, kedua-dua model turut hadir dengan cip flagship MediaTek, bateri silikon karbon 8,000mAh dan menjalankan ColorOS 17.

Oppo juga telah membuka tempahan awal untuk siri Find X10, manakala harga rasmi Malaysia akan diumumkan pada acara pelancaran di Kuala Lumpur.



Tempahan awal siri Oppo Find X10 kini dibuka

Sementara menunggu pelancaran rasmi, Oppo telah membuka tempahan awal untuk siri Find X10 dari sekarang sehingga 29 Oktober 2026. Tempahan awal boleh dibuat menerusi stor dalam talian Oppo Malaysia, dengan membayar deposit sebanyak RM200.

Pelanggan yang membuat tempahan awal boleh menerima ganjaran pelancaran dengan nilai sehingga RM4,771, termasuk hadiah percuma serta tambahan rebat tukar sehingga RM800.

Terdapat juga pilihan bayaran ansuran melalui SPayLater dan kad kredit terpilih, selain tawaran Pembelian dengan Pembelian (PWP) untuk pelan perlindungan Oppo Care. Menerusi aplikasi My Oppo, pembeli turut boleh mendapatkan kelebihan iaitu akses kepada program Oppo Masterclass bernilai RM1,194 serta baucar termasuk:

  • Baucar pelindung skrin RM30
  • Baucar IoT RM200
  • Teleconverter kit siri Find X10 pada harga RM400

Spesifikasi Oppo Find X10

Find X10 merupakan model asas dalam siri ini, tetapi masih membawa sistem kamera beresolusi tinggi. Find X10 dilengkapi sistem dwikamera belakang 200MP yang dibangunkan bersama Hasselblad, pada kamera utama dan telefoto. Manakala kamera ultralebar menggunakan sensor 50MP.

Menurut Oppo, ia merupakan sistem dwikamera 200MP pertama dalam kategorinya. Kedua-dua kamera 200MP pada telefon ini menyokong rakaman video sehingga 4K 120fps dan 8K 30fps.

Find X10 turut menyokong ciri Open Gate Capture, yang menggunakan keseluruhan kawasan sensor untuk rakaman. Ini memberikan lebih banyak ruang untuk pengguna crop dan menukar format video kepada landscape, portrait atau format lain ketika proses suntingan.

Untuk pemprosesan gambar, Find X10 menggunakan LUMO True Image Engine yang menggabungkan teknologi fotografi Oppo, Master Mode dan maklumat warna daripada True Color Camera. Oppo berkata teknologi ini direka untuk menghasilkan gambar dengan perincian, warna dan tona yang lebih natural.

Find X10 dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 9600M, cip flagship yang dipadankan dengan sistem pengurusan kuasa untuk kegunaan harian. Telefon ini turut mempunyai bateri silikon karbon 8,000mAh dan Oppo mendakwa ia boleh memberikan sehingga dua hari penggunaan biasa dengan satu pengecasan. Ia menyokong pengecasan pantas berwayar 80W, dan tanpa wayar 50W.

Bateri tersebut juga direka untuk mengekalkan lebih 80% kapasiti asal selepas lima tahun penggunaan biasa, berdasarkan ujian makmal Oppo.

Di hadapan telefon ini menggunakan skrin LTPO AMOLED berukuran 6.59″ dengan resolusi 1272 x 2772 dan kecerahan puncak mencecah 3,600 nits. Skrin ini turut menyokong kadar segar semula 144Hz, Dolby Vision, HDR 10+ dan PWM Dimming 3840Hz.

Dari segi perisian, Find X10 menjalankan ColorOS 17, termasuk antaramuka Living Flow Design dan ciri AI Mind Pilot dengan Agent Mode. Find X10 akan ditawarkan dalam tiga warna iaitu Glacier Blue, Glow Coral dan Mist Grey.

Spesifikasi Oppo Find X10 Pro Max

Find X10 Pro Max merupakan model lebih tinggi dalam siri ini dengan sistem kamera yang lebih lengkap serta cip MediaTek generasi baharu. Tarikan utama Find X10 Pro Max ialah sistem trikamera belakang menggunakan sensor 200MP.

Kamera ultralebar, kamera utama dan kamera telefoto pada telefon ini masing-masing menggunakan sensor 200MP. Oppo mendakwa ia merupakan kali pertama telefon pintar hadir dengan tiga kamera 200MP. Kesemua kamera belakang turut menyokong rakaman video sehingga 4K 120fps dan 8K 30fps.

Seperti Find X10, model Pro Max turut mempunyai Open Gate Capture untuk memberikan lebih banyak fleksibiliti ketika merakam dan menyunting video. Sistem kameranya turut menggunakan LUMO True Image Engine, dengan sokongan Master Mode dan True Color Camera untuk menghasilkan perincian, warna serta tona yang lebih natural.

Untuk prestasi, Find X10 Pro Max menggunakan MediaTek Dimensity 9600 Pro, yang dibina menggunakan proses 2nm. Oppo berkata cip ini memberikan peningkatan dari segi prestasi serta kecekapan penggunaan kuasa.

Find X10 Pro Max turut dilengkapi bateri silikon karbon 8,000mAh, dengan dakwaan sehingga dua hari penggunaan biasa. Bateri ini juga direka untuk mengekalkan lebih 80% kapasiti asal selepas lima tahun penggunaan biasa, berdasarkan data daripada makmal Oppo. Seperti Find X10, model Pro Max juga menyokong pengecasan berwayar 80W dan tanpa wayar 50W.

Bahagian skrinnya menggunakan panel 6.78″ jenis LTPO AMOLED dengan resolusi 1272 x 2772, kadar segar semula 144Hz dan kecerahan puncak 3,600 nits.Find X10 Pro Max hadir dengan reka bentuk Borderless Design serta One-Piece Sculpted Glass yang mengalir ke bahagian modul kamera.

Untuk pilihan Luna White, Oppo mengambil inspirasi daripada kamera klasik dengan penggunaan LUMO Camera Island yang mempunyai kemasan logam matte berwarna perak. Modul tersebut menempatkan True Color Camera dan sistem dua flash, selain corak beralur halus serta aksen oren signature Hasselblad di sekeliling modul.

Telefon ini menjalankan ColorOS 17 dan hadir dengan ciri AI Mind Pilot serta Agent Mode. Find X10 Pro Max akan ditawarkan dalam warna Titanium Grey dan Luna White.

Harga rasmi akan diumumkan 22 Oktober

Buat masa ini, Oppo masih belum mendedahkan harga serta varian yang ditawarkan bagi Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia.

Namun, berdasarkan maklumat tempahan awal di di stor online Oppo Malaysia, Find X10 Pro Max tersedia dalam satu varian 16GB+512GB, manakala model Find X10 pula tersedia dalam dua varian, 12GB+256GB dan 12GB+512GB.

Bagi maklumat penuh harga, nantikan pada acara pelancaran rasmi di Kuala Lumpur pada 22 Oktober 2026.

Tags: oppoOppo Find X10Oppo Find X10 Pro MaxOPPO Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Siri Oppo Find X10 bakal dilancar di Malaysia 22 Oktober, tempahan awal kini dibuka

Siri Oppo Find X10 bakal dilancar di Malaysia 22 Oktober, tempahan awal kini dibuka

9 October 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

1 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN