• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CMF lancar Speaker S dan M, speaker pertama jenama ini dengan bateri sehingga 18 Jam

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:07 pm
  • 13/10/2026
  • Komen
CMF lancar Speaker S dan M, speaker pertama jenama ini dengan bateri sehingga 18 Jam
Share on FacebookShare on Twitter

CMF banyak menawarkan produk audio dalam barisan mereka, khususnya fon telinga. Kini mereka memasuki kategori speaker mudah alih dengan memperkenalkan Speaker S dan Speaker M, iaitu speaker mudah alih pertama daripada sub-jenama Nothing tersebut.

Kedua-dua speaker ini hadir dengan reka bentuk unik, selain menawarkan ciri seperti Bluetooth 6.0, IP68, Stereo Mode dan Party Mode untuk menyambungkan beberapa speaker serentak.



CMF Speaker S merupakan model yang lebih kompak dan mudah dibawa, manakala Speaker M hadir dengan saiz lebih besar serta sistem audio yang lebih berkuasa, dengan output masing-masing sehingga 10W dan 35W.

Spesifikasi CMF Speaker S dan M

Dari segi reka bentuk, kedua-dua speaker hadir dengan bentuk segi empat yang menyerupai kotak susu. Panel hadapan dan tombolnya pula boleh ditukar, malah pengguna boleh menghasilkan rupa sendiri menggunakan reka bentuk custom yang disediakan untuk dicetak dengan pencetak 3D.



CMF Speaker S hadir dengan reka bentuk menegak yang lebih kompak dan mempunyai titik sangkut terbina dalam untuk dipasang pada tali atau carabiner, jadi mudah dibawa atau digantung. Speaker S berukuran 130.5mm tinggi, 85mm lebar dan 44mm tebal, dengan berat sekitar 334g.

Sementara itu, CMF Speaker M mempunyai saiz yang lebih besar iaitu 220mm tinggi, 85mm lebar dan 54mm tebal, dengan berat 602g. Ia turut mempunyai pemegang terbina dalam bagi memudahkan speaker dibawa.

Kedua-dua model ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu White, Dark Grey, Orange dan Turquoise.

Speaker S menggunakan pemandu julat penuh 45mm yang ditala khas bersama dua passive radiator. Outputnya ialah 10W RMS dengan julat frekuensi 70Hz hingga 20kHz.

Bagi Speaker M pula, CMF menggunakan sistem dua pemandu yang terdiri daripada woofer 70mm 25W dan tweeter 16mm 10W. Gabungan kedua-duanya menghasilkan output sehingga 35W RMS, dengan julat frekuensi 60Hz hingga 20kHz.Secara ringkas, woofer digunakan untuk menghasilkan frekuensi rendah seperti bass, manakala tweeter mengendalikan frekuensi tinggi.

Kedua-dua model turut dilengkapi beberapa ciri bunyi:

  • Adaptive Tuning: menganalisis audio yang dimainkan dan melaraskan output serta tetapan EQ secara automatik dalam masa nyata.
  • Ultra Bass: menambah kekuatan frekuensi rendah.
  • Wide Soundstage: memberi rasa ruang bunyi yang lebih luas.
  • Night Mode: untuk pendengaran pada waktu malam.

Melalui aplikasi Nothing X, pengguna boleh memilih empat preset EQ, iaitu Balanced, More Bass, More Treble dan Voice. Tetapan EQ manual juga disokong.

Jika satu speaker tidak mencukupi, anda boleh memasangkannya dengan satu lagi unit model yang sama melalui Stereo Mode. Contohnya, dua unit Speaker S akan berfungsi sebagai saluran kiri dan kanan. Perkara yang sama boleh dilakukan dengan dua unit Speaker M.

CMF turut menawarkan Party Mode berasaskan Auracast, yang memainkan audio serentak pada beberapa speaker serasi. Ciri ini tidak terhad kepada produk CMF kerana ia juga berfungsi dengan speaker jenama lain yang menyokong Auracast.

Kedua-dua speaker menyokong Bluetooth 6.0 dengan jarak sambungan yang didakwa melebihi 100 meter di kawasan terbuka. Untuk memudahkan proses pemasangan, terdapat sokongan NFC tap-to-pair, Google Fast Pair dan Microsoft Swift Pair.

Speaker ini juga boleh disambungkan kepada dua peranti Bluetooth serentak, contohnya telefon dan laptop. Codec yang disokong ialah AAC, SBC dan LC3, tetapi LC3 hanya digunakan untuk audio melalui Auracast.

Selain sambungan tanpa wayar, CMF turut menyediakan USB-C Audio untuk main balik audio digital secara berwayar. CMF mendakwa sambungan ini mempunyai latensi kurang daripada 60ms, yang lebih sesuai untuk menonton video atau bermain permainan pada desktop.

Dari segi kawalan, sebuah tombol fizikal boleh digunakan untuk melaras kelantangan, mengawal main balik, menukar lagu dan mengaktifkan Ultra Bass. Butang khusus disediakan untuk kuasa, Bluetooth dan Auracast.

Kedua-dua speaker mempunyai penarafan IP68 untuk perlindungan daripada habuk dan air. Menurut CMF, ia boleh bertahan jika direndam dalam air tawar sehingga kedalaman 1.5 meter selama 30 minit dalam keadaan ujian makmal.

Speaker S menggunakan bateri 2,600mAh, manakala Speaker M 4,900mAh. Walaupun kapasitinya berbeza, kedua-duanya menjanjikan hayat bateri sehingga 18 jam pada kelantangan 50% dengan Ultra Bass diaktifkan.

Speaker S mengambil masa sekitar 2.5 jam untuk dicas penuh, manakala Speaker M kira-kira 3 jam. Pengecasan pantas turut disokong, dengan 10 minit cas memberi sehingga satu jam penggunaan.

Harga dan ketersediaan CMF Speaker S dan Speaker M

Harga dan tarikh jualan Speaker S dan Speaker M di Malaysia belum diumumkan. Untuk rujukan anda, berikut ialah harga di pasaran UK:

  • CMF Speaker S: GBP49 (~RM265)
  • CMF Speaker M: GBP99 (~RM535)

Butiran rasmi untuk pasaran Malaysia dijangka diumumkan kemudian.

Tags: CMFCMF Speaker MCMF Speaker SNothing
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
CMF lancar Speaker S dan M, speaker pertama jenama ini dengan bateri sehingga 18 Jam

CMF lancar Speaker S dan M, speaker pertama jenama ini dengan bateri sehingga 18 Jam

13 October 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
KTM Komuter akan terima bayaran kad kredit, Apple Pay dan Samsung Pay tidak lama lagi

Bajet 2027: Pas My50 diteruskan, MyKomuter50 bakal diperkenalkan untuk KTM Komuter

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN