Selain melancarkan Nexal Pad, Nexal turut memperkenalkan fon putik Nexal Earbuds dan dua jam pintar iaitu Nexal Watch dan Nexal Watch Sports.
Meskipun berharga mampu milik bawah RM200, Nexal Earbuds menampilkan ciri pembatalan hingar aktif (ANC) dan masa main balik sehingga 26 jam. Sementara itu, Nexal Watch dan Nexal Watch Sport menawarkan ciri jam pintar yang lengkap, termasuk skrin AMOLED, GPS, pemantauan kesihatan, pelbagai mod sukan serta sokongan panggilan Bluetooth.
Harga dan ketersediaan

Nexal Earbuds kini sedia didapatkan di Malaysia sekarang pada harga RM199. Ia ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu putih dan hitam.
Sementara itu, bagi Nexal Watch dan Nexal Watch Sport, harga jualan masing-masing adalah pada RM399 dan RM599.
Ketiga-tiga produk ini boleh didapati menerusi kedai fizikal terpilih yang menjual produk Nexal, serta kedai rasmi Nexal di Shopee, Lazada dan TikTok Shop melalui pautan di bawah:
Nexal Earbuds – Lazada, Shopee, TikTok Shop
Nexal Watch Sports – Lazada, Shopee, TikTok Shop
Nexal Watch – Lazada, Shopee, TikTok Shop
Spesifikasi Nexal Earbuds

Bagi fon putik Nexal Earbuds, ia hadir dengan reka bentuk dalam telinga (in-ear) dan dilengkapi pemandu dinamik 13mm dengan diafragma komposit graphene. Ia menyokong julat frekuensi 20Hz hingga 20kHz serta codec audio SBC dan AAC.
Untuk membantu menghasilkan panggilan suara yang lebih jelas, Nexal Earbuds dilengkapi teknologi Bone Voiceprint AI Call, VPU Voice Enhancement dan sistem pengurangan hingar panggilan Three-Mic Hybrid Noise Reduction. Menurut spesifikasi yang diberikan, fon putik ini turut mempunyai sistem lapan mikrofon.

Ia juga menyokong pembatalan hingar aktif (ANC) mampu menyingkirkan bunyi luar sehingga 53+2dB. Selain itu, terdapat mod Transparency yang membolehkan pengguna mendengar bunyi persekitaran tanpa perlu menanggalkan fon putik.
Nexal Earbuds menggunakan Bluetooth 6.0 dan mempunyai ciri pengesanan dalam telinga. Dari segi ketahanan, ia mempunyai penarafan IPX4 untuk perlindungan daripada percikan air.

Bateri fon putik berkapasiti 50mAh, manakala bekas pengecas mempunyai kapasiti 400mAh. Nexal mendakwa fon putik ini mampu menawarkan masa penggunaan sehingga 26 jam termasuk bekas pengecas. Walau bagaimanapun, fon putik ini tidak menyokong ciri terjemahan AI.
Spesifikasi Nexal Watch dan Watch Sport


Nexal Watch hadir dengan rekaan berbentuk empat segi. Ia menggunakan skrin AMOLED 2.01″ beresolusi 410 × 502 piksel dengan kecerahan puncak 1,000 nits. Ia dilengkapi GPS terbina dalam dan bateri berkapasiti 400mAh, yang didakwa mampu bertahan sehingga 15 hari bagi setiap cas.

Jam pintar ini turut menyokong pemantauan kesihatan 24/7 termasuk kadar denyutan jantung, paras oksigen dalam darah dan tidur. Pengguna juga boleh memilih daripada lebih 170 mod sukan yang tersedia, selain membuat dan menerima panggilan melalui sambungan Bluetooth. Nexal Watch mempunyai penarafan ketahanan air 5ATM.


Bagi model lebih premium, Nexal Watch Sport mempunya rekaan lebih tahan lasak dengan muka jam berbentuk bulat. Ia dilengkapi skrin AMOLED lebih besar 1.48″ dengan resolusi 480 × 480 piksel dan kecerahan puncak 1,000 nits. Ia menggunakan GPS dwijalur (Dual-Band GPS) untuk penentuan lokasi dan mempunyai bateri lebih besar, iaitu 530mAh.

Menurut Nexal, Watch Sport mampu bertahan sehingga 30 hari dengan sekali cas. Ia turut menyokong pemantauan kadar denyutan jantung, paras oksigen dalam darah dan tidur, bersama lebih 100 mod sukan serta panggilan Bluetooth. Sama seperti Nexal Watch, model ini mempunyai penarafan ketahanan air 5ATM.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Nexal Watch dan Nexal Watch Sports.






