Syarikat telekomunikasi terkenal CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) bekerjasama dengan Malaysian Relief Agency (MRA) dan Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM) dalam memberi bantuan kepada masyarakat sepanjang musim tengkujuh.
Bagi memastikan perkhidmatan komunikasi tidak terjejas sepanjang musim beralihan angin monsun, CelcomDigi beri tumpuan menyediakan kemudahan kesalinghubungan kecemasan di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) agar rakan-rakan bantuan kemanusiaan yang lain dapat kekal terhubung serta memberi bantuan dengan segera.
Misi CelcomDigi beri manfaat kepada 3,400 isi rumah

Menurut CelcomDigi, inisiatif yang dijalankan dapat memberi manfaat kepada lebih 3,400 isi rumah dengan kemampuan bantuan sebanyak 42,000 orang di enam negeri yang sering dilanda banjir seperti Kedah, Kelantan, terengganu, Johor, Pahang dan Sabah.
Tambahan lagi, bagi menjayakan misi tersebut syarikat telekomunikasi ini turut menyediakan kenderaan pacuan empat roda (4WD), bot penyelamat, peralatan penting termasuk stesen pengecasan mudah alih, pam air, pam jet, penjana elektrik dan tenaga sukarelawan kepada Malaysian Relief Agency (MRA).
Siap siaga hadapi musim tengkujuh
Selain itu, syarikat telekomunikasi terkenal ini turut bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan pihak berkuasa yang berkaitan bagi menyalurkan maklumat terkini dengan segera kepada komuniti di kawasan berisiko tinggi.
Dalam pada itu, bagi memastikan sistem komunikasi kekal terhubung CelcomDigi menyediakan unit Akses Tanpa Wayar Tetap (Fixed Wireless Access, FWA) di 15 lokasi Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Dengan adanya sistem komunikasi di PPS, keluarga yang terjejas akibat banjir kini dapat kekal terhubung serta dapat menyalurkan maklumat terkini dengan segera kepada pihak berkuasa berkaitan.

Bukan itu saja bagi memastikan perkhidmatan komunikasi berjalan lancar tanpa sebarang gangguan, CelcomDigi pastikan struktur rangkaian utama di kawasan berisiko banjir diletakkan di tempat yang tinggi bagi melindungi peralatan radio dan alat elektronik dari kerosakan akibat banjir.
Syarikat telekomunikasi ini turut menempatkan pasukan operasi dalam keadaan siap siaga 24 jam, bagi menyediakan penjana elektrik dan sumber sokongan lain ke lokasi terjejas bagi mengurangkan gangguan perkhidmatan rangkaian.

Bagi anda yang tinggal di kawasan berisiko banjir, CelcomDigi memberi panduan praktikal dan maklumat penting untuk membantu orang ramai dalam membuat persediaan menghadapi situasi kecemasan akibat banjir. Anda boleh membuat persediaan awal dengan mengikuti tips yang terdapat dalam kit Pengurusan Bencana Banjir CelcomDigi.
Kit Pengurusan Bencana Banjir ini boleh diakses melalui aplikasi CelcomDigi di Google Play Store atau Apple App Store dan di laman sesawang CelcomDigi. Selain itu, anda juga boleh memuat turun kit panduan secara terus dalam versi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di sini.






