• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

MacBook Pro kini ada skrin sentuh OLED & Dynamic Island, harga di Malaysia bermula RM11,999

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:30 pm
  • 29/10/2026
  • Komen
MacBook Pro kini ada skrin sentuh OLED & Dynamic Island, harga di Malaysia bermula RM11,999
Share on FacebookShare on Twitter

Apple secara rasmi melancarkan siri laptop andalannya, MacBook Pro baharu yang kini dilengkapi paparan skrin sentuh PROLED XDR, menjadikannya MacBook pertama dalam sejarah hadir dengan sokongan skrin sentuh.

Dikuasakan oleh cip pemproses generasi baharu M5 Pro dan M5 Max, barisan model baharu ini turut tampil dengan rekaan kerangka yang lebih nipis dan ringan. Logo Apple bercahaya pada bahagian penutup belakang kini kembali semula selepas kali terakhir dilihat pada model 2015 sebelum rekaan semula dibuat 10 tahun lalu.



Bagi pasaran Malaysia, tempahan awal dibuka bermula Jumaat, 30 Oktober 2026 pada jam 9:00 pagi, manakala jualan rasmi bermula pada 6 November 2026 dengan harga bermula daripada RM11,999.

Sebagai pilihan alternatif, Apple masih terus menjual varian sedia ada yang menggunakan paparan Liquid Retina XDR berasaskan mini-LED.



Harga rasmi MacBook Pro PROLED XDR di Malaysia

MacBook Pro PROLED XDR ditawarkan dalam dua saiz paparan iaitu 14-inci dan 16-inci. Berikut merupakan senarai harga permulaan rasmi di Malaysia:

  • MacBook Pro 14-inci PROLED XDR (M5 Pro) – bermula RM11,999
  • MacBook Pro 14-inci PROLED XDR (M5 Max) – bermula RM19,299
  • MacBook Pro 16-inci PROLED XDR (M5 Pro) – bermula RM14,499
  • MacBook Pro 16-inci PROLED XDR (M5 Max) – bermula RM20,499

Untuk konfigurasi asas, model 14-inci dipadankan dengan cip M5 Pro yang memiliki CPU 15-teras, GPU 16-teras, manakala model 16-inci asas menerima cip M5 Pro dengan CPU 18-teras, GPU 20-teras. Kedua-dua varian asas ini dimuatkan dengan memori RAM 24GB serta storan 1TB SSD.

Selain itu, model 14-inci turut menawarkan pilihan naik taraf cip M5 Pro kepada CPU 18-teras dan GPU 20-teras dengan bayaran tambahan RM950, manakala varian M5 Max boleh dinaik taraf kepada CPU 18-teras dan GPU 40-teras pada harga RM1,350. Bagi model 16-inci pula, tiada pilihan naik taraf untuk cip M5 Pro, namun varian M5 Max boleh dinaik taraf kepada konfigurasi CPU 18-teras dan GPU 40-teras dengan tambahan RM1,150.

Sekiranya bajet bukan penghalang, konfigurasi tertinggi bagi model 16-inci M5 Max dengan CPU 18-teras, GPU 40-teras, RAM 128GB, storan 16TB SSD, serta kaca paparan nano texture mencecah harga RM64,174.

Melihat pada harganya, varian baharu PROLED XDR berharga RM1,700 lebih tinggi bagi model 14-inci dan RM2,000 lebih tinggi bagi model 16-inci berbanding versi mini-LED.

Sebagai perbandingan, model sedia ada berasaskan paparan mini-LED dijual pada harga berikut:

  • MacBook Pro 14-inci (M5 Pro): bermula RM10,299
  • MacBook Pro 14-inci (M5 Max): bermula RM15,599
  • MacBook Pro 16-inci (M5 Pro): bermula RM12,499
  • MacBook Pro 16-inci (M5 Max): bermula RM18,499

Spesifikasi MacBook Pro PROLED XDR

Naik taraf terbesar MacBook Pro baharu ialah paparan skrin sentuh PROLED XDR yang menggunakan teknologi Tandem OLED, menggantikan panel mini-LED sebelumnya.

Panel ini menawarkan nisbah kontras 10,000,000:1, kecerahan puncak sehingga 2,000 nits untuk kedua-dua kandungan HDR dan SDR, serta teknologi ProMotion dengan kadar segar semula adaptif antara 10Hz hingga 120Hz. Ia turut menyokong ruang warna gamut luas P3 dan Adobe RGB, menjadikannya tepat untuk tugas suntingan foto serta video gred profesional.

Pengguna boleh berinteraksi terus dengan sistem operasi macOS menggunakan sentuhan jari seperti menekan, meleret, mencubit untuk zum, dan menyeret kandungan merentasi skin. Menariknya, sensor sentuhan disepadukan terus ke dalam panel paparan bagi meminimumkan latensi, manakala struktur engsel skrin direka semula agar lebih kukuh dan stabil ketika skrin disentuh.

Selain itu, Apple turut menyingkirkan takuk dan memperkenalkan Dynamic Island pada skrin MacBook Pro, iaitu bentuk bujur kecil di atas skrin. Ciri ini memudahkan pengguna memantau notifikasi, mengawal muzik, mengurus panggilan, serta melihat maklumat aktiviti langsung (Live Activities).

Satu lagi perubahan yang menarik ialah logo Apple bercahaya di belakang paparan kembali. Ciri ini dahulunya menjadi ikon komputer riba Apple, sebelum dibuang semasa reka bentuk semula MacBook Pro pada 2016.

Penggunaan panel Tandem OLED yang lebih cekap ruang membolehkan Apple menghasilkan kerangka yang jauh lebih nipis dan ringan. Model 14 inci memiliki berat 1.36kg, berbanding 1.60kg untuk versi mini-LED, iaitu lebih ringan sekitar 240g. Model 16 inci pula mempunyai berat 1.81kg, berbanding 2.14kg untuk versi mini-LED, iaitu pengurangan sekitar 330g.

Dari segi ketebalan, model 14 inci lebih nipis kira-kira 0.5mm, manakala model 16 inci hampir 1mm lebih nipis berbanding rakan mini-LED mereka.

Walaupun tampil dengan kerangka yang lebih kompak, ketahanan baterinya kekal tidak berubah. Model 14-inci menawarkan masa operasi sehingga 22 jam, manakala model 16-inci mencapai sehingga 24 jam dengan sekali pengecasan. Pengecasan pantasnya membolehkan bateri diisi dari 0% ke 50% dalam masa sekitar 30 minit.

Storan SSD kini boleh dikonfigurasi sehingga 16TB. Ini dua kali ganda 8TB yang ditawarkan pada MacBook Pro sedia ada, walaupun RAM masih terhad kepada 128GB.

Dari aspek sambungan fizikal, MacBook Pro baharu ini masih mengekalkan tiga port Thunderbolt 5, satu port HDMI, slot kad SDXC, port pengecasan MagSafe, serta bicu audio 3.5mm. Sambungan tanpa wayarnya dinaik taraf kepada Wi-Fi 7 dan Bluetooth 6.

Kelengkapan lain termasuk kamera 12MP Center Stage, mikrofon kualiti studio, dan sistem enam pembesar suara yang dipertingkatkan dengan prestasi bass 50% lebih mendalam. Komputer riba ini beroperasi menggunakan sistem operasi terkini, macOS 27 Golden Gate.

Dengan kedua-dua pilihan kini berada di pasaran, adakah anda sanggup membayar harga premium untuk keupayaan skrin sentuh PROLED XDR, atau memilih untuk jimat sehingga RM2,000 dengan mendapatkan versi paparan Liquid Retina XDR sedia ada?

Tags: appleapple malaysiaM5 MaxM5 Promacbook proMacbook Pro 14MacBook Pro 16MacBook Pro M5 MaxMacBook Pro ProLED XDRProLED XDR
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

MacBook Pro kini ada skrin sentuh OLED & Dynamic Island, harga di Malaysia bermula RM11,999

MacBook Pro kini ada skrin sentuh OLED & Dynamic Island, harga di Malaysia bermula RM11,999

29 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN