• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix XBook 14 Neo, laptop ringan berkuasa sehingga Intel Core i5 kini rasmi dari RM2,199

  • OLEH Putra Aziz
  • 11:59 pm
  • 10/11/2026
  • Komen
Infinix XBook 14 Neo, laptop ringan berkuasa sehingga Intel Core i5 kini rasmi dari RM2,199
Share on FacebookShare on Twitter

Infinix kini memasuki pasaran laptop di Malaysia dengan melancarkan Infinix XBook 14 Neo. Ia merupakan laptop pertama jenama itu yang diperkenalkan secara rasmi di pasaran tempatan, menampilkan reka bentuk ringan dan mudah dibawa yang turut boleh dilihat sebagai pesaing kepada MacBook Neo keluaran Apple.

Laptop ini ditawarkan dengan pilihan pemproses sehingga Intel Core i5, skrin 14 inci dengan nisbah aspek 16:10 serta binaan kukuh yang mempunyai pensijilan ketahanan MIL-STD-810. Bersama pelancaran laptop ini, Infinix turut mengetengahkan tablet XPAD 30 Pro dan fon telinga terbuka ZCLIP 2 Pro sebagai sebahagian daripada ekosistem perantinya.



Harga dan ketersediaan Infinix XBook 14 Neo di Malaysia

Infinix XBook 14 Neo ditawarkan dalam dua varian dan berikut adalah harga rasminya di pasaran tempatan:

  • Intel Core i3-1315U (8GB + 256GB): RM2,199
  • Intel Core i5-1335U (8GB + 512GB): RM2,699

Terdapat tiga pilihan warna yang disediakan iaitu ungu, biru dan kelabu.



Laptop ini mula dijual di Malaysia pada 10 November 2026, jam 8 malam. Pengguna boleh mendapatkannya menerusi kedai jenama Infinix di seluruh negara, selain kedai rasmi Infinix di Shopee dan TikTok Shop.

Spesifikasi XBook 14 Neo

Dari segi rekaan luarannya, XBook 14 Neo tampil sangat ringan dengan berat hanya 1.2kg. Casis badannya menggabungkan material aluminium berkekuatan tinggi dan komposit gentian karbon, disempurnakan dengan kemasan sandblast untuk memberikan tekstur yang lebih halus. Laptop ini turut melepasi pensijilan ketahanan tentera MIL-STD-810 untuk menyokong penggunaan harian.

Untuk paparan, ia dilengkapi skrin IPS bersaiz 14 inci dengan resolusi FHD+ (1920 x 1200). Penggunaan nisbah 16:10 memberikan ruang menegak yang lebih luas berbanding skrin 16:9 biasa, menjadikannya sesuai untuk membaca dokumen atau melayari web. Skrin ini menyokong kecerahan puncak sehingga 300 nits, didatangkan dengan ciri penjagaan mata, serta memiliki engsel 180 darjah yang membolehkan paparannya dibuka secara mendatar sepenuhnya.

Di bahagian dalam, XBook 14 Neo dikuasakan oleh pilihan pemproses Intel Core i3-1315U atau Intel Core i5-1335U.Kedua-duanya dipadankan dengan RAM 8GB, manakala storannya 256GB untuk model Core i3 dan 512GB untuk model Core i5. Bagi mengawal haba, XBook 14 Neo menggunakan sistem penyejukan Ice Storm 4.0 dengan kipas berketumpatan tinggi dengan kawalan kelajuan pintar mengikut suhu semasa.

Bateri yang dimuatkan pada XBook 14 Neo adalah berkapasiti 55Whr. Menurut Infinix, ia mampu menawarkan masa penggunaan berterusan sehingga 10 jam. Bateri ini turut menyokong piawaian pengecasan pantas USB-C PD 65W.

Melengkapkan pengalaman pengguna, XBook 14 Neo menampilkan papan kekunci berlampu latardengan dua tahap kecerahan bagi memudahkan tugasan menaip dalam persekitaran yang malap. Sistem audionya pula dikendalikan oleh dua pembesar suara dengan sokongan teknologi DTS Audio.

Pilihan sambungan (I/O ports) yang disediakan termasuk dua port USB-C (satu berfungsi penuh untuk paparan/pengecasan dan satu lagi khusus untuk data), satu port HDMI, dan bicu audio 3.5mm untuk disambungkan ke fon telinga atau aksesori harian lain.

Selain itu, ciri perisian PC Connection turut terbina di dalamnya. Ciri ini membolehkan XBook 14 Neo berhubung secara lancar dengan telefon pintar, tablet, dan komputer riba Infinix lain yang serasi. Menerusinya, pengguna boleh melakukan pencerminan skrin (screen mirroring), menggunakan tablet sebagai skrin kedua, dan memindahkan fail dengan mudah melalui fungsi tarik dan lepas (drag and drop).

Tags: InfinixInfinix MalaysiaInfinix XBook 14 Neolaptop
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Infinix XBook 14 Neo, laptop ringan berkuasa sehingga Intel Core i5 kini rasmi dari RM2,199

Infinix XBook 14 Neo, laptop ringan berkuasa sehingga Intel Core i5 kini rasmi dari RM2,199

10 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN