Siapa kata melancong ke luar negara tidak boleh membawa pulang hadiah? Wise Malaysia menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia yang menggunakan kad Wise ketika berada di luar negara untuk memenangi hadiah wang tunai sehingga RM10,000.
Macam mana nak menang?

Untuk pengetahuan anda, kempen ini berlangsung dari 16 November 2026 hingga 5 Januari 2027. Syarat penyertaannya juga mudah. Pengguna hanya perlu mempunyai akaun peribadi Wise yang sah sebelum membuat pembayaran.
Seterusnya, mereka boleh menggunakan kad Wise atau kaedah pembayaran QR yang disokong untuk pembelian di luar negara bagi melayakkan diri menyertai cabutan bertuah dengan hadiah wang tunai sehingga RM10,000.
Bukan itu sahaja, setiap pembelian yang layak akan dikumpulkan akan mencapai tiga tahap perbelanjaan seperti berikut:-
- Belanja RM1,000: Mendapat 1 peluang untuk memenangi hadiah wang tunai RM2,000
- Belanja RM2,000: Mendapat 2 peluang keseluruhan untuk memenangi hadiah wang tunai RM2,000
- Belanja RM3,000: Mendapat 3 peluang keseluruhan untuk memenangi hadiah wang tunai DAN layak untuk menyertai cabutan bagi merebut salah satu daripada dua hadiah utama bernilai RM10,000.
Pengguna boleh menyemak jumlah perbelanjaan dan perkembangan mereka menerusi aplikasi Wise.
Berapa ramai orang boleh menang hadiah?
Menurut dalam terma dan syarat Wise, ada 14 pemenang untuk hadiah wang tunai RM2,000 dan 2 pemenang untuk hadiah utama iaitu RM10,000, jadi kita ada 16 pemenang secara keseluruhan. Pemenang akan dipilih pada 15 Januari 2027 dan akan diberitahu pada 18 Januari 2028.
Selain itu juga, Wise turut menaikkan kad dompetnya kepada RM50,000 iaitu had tertinggi di Malaysia. Ini membolehkan pengguna menyimpan lebih banyak wang percutian dalam pelbagai mata wang dan menggunakan ketika berada di luar negara.
Apakah perkara yang perlu diperhatikan?
Ini adalah antara transaksi yang tidak layak:-
- Pengeluaran wang tunai
- Pemindahan wang
- Pembelian nilai e-dompet
- Transaksi menggunakan kad Wise Business
Pengeculian turut melibatkan kategori peniaga tertentu, termasuk
- Perkhidmatan utiliti
- Insurans
- Bayaran sewa
- Hospital
- Institusi pendidikan
- Perkhidmatan kerajaan

Ingat, sebarang transaksi yang dibatalkan atau dibayar balik juga tidak akan diambil kira dalam jumlah perbelanjaan yang melayakkan pelanggan menyertai cabutan bertuah.
Jika anda mahu pergi ke luar negara, jangan lupa untuk sertai kempen ini tersebut, untuk maklumat lebih lanjut, boleh tekan pautan ini.






