Jika anda peminat Marvel dan tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton filem Avengers: Doomsday yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, ini mungkin peluang anda.
Grab Malaysia memperkenalkan kempen “Assemble to Save” yang berlangsung dari 15 November hingga 20 Disember 2026, dengan menawarkan tiket wayang dan cenderamata eksklusif kepada pengguna yang melengkapkan perjalanan menerusi fungsi Group Ride.

Pengguna Grab berpeluang mendapatkan tiket wayang dan barangan cenderamata eksklusif Avengers: Doomsday. Selain itu, Grab turut menawarkan penjimatan sehingga 40% untuk tambang Group Ride berbanding tempahan perjalanan secara individu.
Bagaimana nak dapatkan ganjaran?
Pengguna hanya perlu membuat tempahan dan melengkapkan perjalanan menggunakan fungsi Group Ride dalam aplikasi Grab. Setiap perjalanan yang selesai akan dikira sebagai satu kemajuan ke arah pencapaian ganjaran (Milestone). Grab menyediakan empat tahap ganjaran berdasarkan jumlah perjalanan yang berjaya diselesaikan oleh pengguna.




- 2 Group Ride – 1 Tiket Wayang Avengers Doomsday
- 4 Group Ride – 1 Tumblr Avengers: Doomsday
- 6 Group Ride – 1 Bag Puffer Tote Avengers: Doomsday
- 8 Group Ride – 1 Jaket Varsity Avengers Doomsday

Perlu diingat bahawa hanya individu yang membuat tempahan Group Ride, iaitu hos perjalanan, layak mengumpul kemajuan ganjaran. Penumpang lain yang menyertai perjalanan sama tidak layak menerima kemajuan tersebut.
Jika anda mahu mendapat maklumat lebih lanjut, anda boleh tekan pautan INI.






