Jika anda pengguna CIMB dan ingin mengetahui anggaran pelepasan karbon yang dikaitkan dengan perbelanjaan harian, kini anda boleh menyemaknya menerusi ciri Carbon Tracker dalam aplikasi CIMB OCTO.
Ciri ini membolehkan pengguna menyemak anggaran jejak karbon berdasarkan transaksi kad debit dan kredit CIMB mereka.
Bagaimana Carbon Tracker Berfungsi?
CIMB menggunakan Mastercard Carbon Calculator yang dibangunkan bersama Doconomy untuk menganggarkan pelepasan karbon dalam bentuk CO2e (karbon dioksida setara). Anggaran ini dibuat berdasarkan jumlah perbelanjaan pengguna serta faktor intensiti pelepasan karbon bagi setiap kategori perniagaan.
Berikut adalah tujuh kategori iaitu:-
- Makanan dan minuman
- Membeli-belah
- Pengangkutan
- Hiburan dan rekreasi
- Perkhidmatan kewangan
- Kesihatan dan kesejahteraan
- Perbelanjaan rumah
Pengguna juga boleh menyemak anggaran pelepasan karbon bagi setiap bulan. Selain itu, aplikasi CIMB OCTO turut memaparkan purata pelepasan karbon rakyat Malaysia sebagai perbandingan.
Adakah anggaran jejak karbon itu tepat?
Walau bagaimanapun, Carbon Tracker tidak mengukur pelepasan karbon sebenar daripada produk atau perkhidmatan yang dibeli. Sebaliknya, sistem ini menganggarkan pelepasan karbon berdasarkan jumlah perbelanjaan pengguna dan kategori perniagaan bagi setiap transaksi.
Perlu diingatkan bahawa ciri ini bukan hanya terhad kepada pemegang kad Mastercard. Carbon Tracker turut menyokong kad debit dan kredit CIMB yang menggunakan rangkaian Visa, Mastercard dan MyDebit.
Transaksi apa yang tidak dikira?
- Pembayaran DuitNow QR
- Pembayaran FPX dan pindahan wang dalam talian
- Pengeluaran wang melalui ATM
- Caj dan fi
- Amaun prinsipal ansuran
- Pendahuluan tunai.
Bagaimana nak mengaktifkan Carbon Tracker dalam Aplikasi CIMB OCTO?





Perlu diingatkan bahawa penjejakan karbon hanya akan bermula selepas pengguna mengaktifkan ciri ini. Pengguna juga boleh menyemak rekod anggaran pelepasan karbon sehingga 12 bulan dan menghentikan penjejakan menerusi pilihan “Manage Carbon Tracker”.
Bagaimanapun, tempoh bertenang selama 30 hari akan dikenakan bermula dari tarikh pengguna mengaktifkan ciri tersebut.
Jika anda ingin tahu maklumat lebih lanjut, boleh tekan pautan INI.






