• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google Maps lancar navigasi khas buat penunggang motosikal

  • OLEH Najib
  • 1:19 pm
  • 28/06/2018
  • Komen
Google Maps lancar navigasi khas buat penunggang motosikal
Share on FacebookShare on Twitter

Kelebihan menunggang motosikal adalah ia dapat mengatasi kesesakan kerana dapat menyelit di tengah jalanraya. Tetapi, terdapat juga laluan di mana motosikal tidak boleh melaluinya, serta beberapa laluan khusus hanya untuk pengguna motosikal.

Semua ini akan menjadi lebih mudah dengan kemaskini terbaru Google Maps. Hari ini, Google Malaysia melancarkan mod motosikal di dalam Google Maps dengan ciri-ciri khas buat penunggang motosikal di seluruh negara.



Untuk menikmati ciri terbaru ini, pengguna hanya perlu mengemaskini Google Maps ke versi 9.80 dan ke atas. Apabila membuka Google Maps dan memilih navigasi dengan menekan butang Directions, maka akan terdapat pilihan pemanduan kereta, motosikal, pengangkutan awam serta berjalan kaki.

Malaysia adalah negara kedua di Asia Tenggara mod motosikal ini dilancarkan. Awal tahun ini, Google telah melancarkannya buat pertama kali di Indonesia. Penggunaannya akan diluaskan lagi ke negara lain di masa akan datang.



Buat penunggang motosikal, model pembelajaran mesin Google atau Google Machine Learning akan menganggarkan masa ketibaan dan cadangan laluan lebih tepat jika lebih banyak mod motosikal di Google Maps digunakan.

Tapi ingat, jangan sampai ia membahayakan diri dan pengguna jalanraya yang lain. Berhenti untuk menggunakannya dan semak dengan teliti sebelum memulakan perjalanan.

Tags: Googlegoogle malaysiagoogle mapsGoogle Maps MalaysiaMod Motosikal Google
Najib

Najib

POPULAR

Google Maps lancar navigasi khas buat penunggang motosikal

Google Maps lancar navigasi khas buat penunggang motosikal

28 June 2018
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN