Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa penipuan wang sekiranya tidak berjaga-jaga. Lebih membimbangkan, sindiket menggunakan cara dan saluran yang berbeza untuk memperdaya mangsa mereka pada setiap hari. Oleh itu, bagi melindungi diri, anda haruslah sentiasa berwaspada dan mempelajari cara mengenal pasti modus penipuan tersebut. Salah satu laman web yang membolehkan anda ketahui lebih lanjut mengenai modus ini adalah melalui laman web peringatan penipuan wang yang disediakan Digi.
Di laman web itu, ada disediakan lima penipuan yang paling biasa terjadi melibatkan ramai mangsa. Berikut merupakan senarai penipuan tersebut:
- Wangiri – Suspek memperdaya mangsa dengan meninggalkan notifikasi panggilan tak dijawab. Panggilan ini hanya berdering sekali dan berhenti.
- Panggilan palsu atau memancing data – Suspek akan membuat panggilan dan menyamar sebagai agensi penguatkuasa atau institusi kewangan. Tujuannya adalah untuk mencuri wang/maklumat peribadi anda.
- Penipuan media sosial – Suspek menawarkan promosi menarik melalui profil atau laman palsu di dalam talian.
- Penipuan SMS – SMS daripada nombor yang tidak dikenali untuk mempromosi perniagaan atau perkhidmatan langganan. Ia juga mengandungi pautan luaran. Tawaran ini menggunakan nombor yang tidak dikenali atau kod pendek.
- Perisian Hasad (Malware) – Perisian berbahaya yang tersembunyi sebagai aplikasi sah di telefon anda.
Untuk setiap jenis penipuan ini, ada dinyatakan tentang cara ianya beroperasi, perkara yang perlu diteliti dan tindakan yang harus anda ambil sekiranya anda menjadi sasaran suspek. Selain itu, melalui laman web ini juga, anda satu halaman yang membolehkan anda membuat laporan mengenai penipuan wang atau sebarang aktiviti siber merbahaya yang pernah anda lalui.
Laman web bahan pendidikan internet
Di samping itu, anda juga boleh memuat turun maklumat mengenai keselamatan siber melalui laman web, Digi Yellow Heart Safe Internet. Laman web ini merupakan platform sehenti untuk bahan pendidikan. Ia menyediakan panduan untuk masyarakat menggunakan internet dengan selamat. Antaranya ialah, maklumat mengenai Cyberstalking, langkah-langkah mencipta kata laluan yang selamat dan panduan privasi untuk lindungi anak semasa dalam talian.
Dua laman web yang disediakan Digi ini mengandungi banyak maklumat dan ia mampu membantu individu meningkatkan kesedaran serta pengetahuan mengenai keselamatan siber. Anda boleh tinjau dua laman web tersebut untuk ketahuinya dengan lebih lanjut.