• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Pelan internet Astro Fibre kini boleh dilanggan tanpa Astro TV

  • OLEH Najib
  • 12:04 pm
  • 06/05/2022
  • Komen
Pelan internet Astro Fibre kini boleh dilanggan tanpa Astro TV
Share on FacebookShare on Twitter

Astro kini mengumumkan bahawa mereka telah menjadi penyedia perkhidmatan internet (ISP) lengkap, apabila menawarkan pelan internet Astro Fibre tanpa perlu melanggan pek Astro TV. Dengan ini, Astro meneruskan lagi kempen ‘WiFi Kencang’ untuk menarik lebih ramai pelanggan ke Astro Fibre.

Astro Fibre kini menawakan pelan internet jalur lebar tetap dari serendah RM99/bulan. Kelajuan yang ditawarkan pula dari 50Mbps sehingga 800Mbps. Harga pelan Astro Fibre adalah seperti berikut:



  • 50Mbps (kelajuan muat naik 20Mbps) – RM99
  • 100Mbps (kelajuan muat naik 50Mbps) – RM129
  • 500Mbps (kelajuan muat naik 100Mbps) – RM189
  • 800Mbps (kelajuan muat naik 200Mbps) – RM249

Semua pelan Astro Fibre hadir dengan penghala WiFi 6 untuk memberikan pengalaman internet terbaik. Jika melanggan pelan 100Mbps dan ke atas, Astro turut memberikan 1 Mesh percuma selama 24 bulan untuk liputan WiFi yang lebih luas di rumah. Mesh WiFi ini ditawarkan pada harga RM10/bulan untuk semua pelan dan pengguna boleh melanggan sehingga 5 unit mesh WiFi.

Sama seperti pelan jalur lebar tetap lain, Astro Fibre datang dengan kontrak 24-bulan. Tidak seperti Astro TV, pengguna Astro Fibre tidak akan diperbaharui kontrak selepas tamat penggunaan 24-bulan.



Jika anda tidak tahu, Astro Fibre menggunakan rangkaian HSBB oleh Telekom Malaysia. Bermakna, jika ada liputan Unifi di tempat anda, maka anda juga boleh melanggan Astro Fibre.

Kalau anda berminat melanggan Astro TV bersama Astro Fibre, anda boleh mendapatkan tawaran WiFi Kencang dari serendah RM129 untuk pelan 50Mbps dan pek Primary Astro TV, seperti yang kami maklumkan sebelum ini di sini.

Untuk maklumat lanjut tentang Astro Fibre, layari laman web di sini dan semak juga ruangan soalan lazim FAQ di sini.

Bacaan Berkaitan

  • Astro Fibre dilancar, jalur lebar tetap dengan rebat sehingga RM39 sebulan
  • Astro tambah TM jadi rakan dagang baharu untuk mantapkan servis jalur lebar buat pelanggannya
  • Astro kekal pegang hak ekslusif siaran EPL sehingga 2025, akan terus perangi platform penstriman lanun
  • Pengguna Astro Ultra Box kini boleh tonton Disney+ Hotstar di TV, ini caranya
Tags: astroAstro Fibre
Najib

Najib

POPULAR

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Pelan internet Astro Fibre kini boleh dilanggan tanpa Astro TV

Pelan internet Astro Fibre kini boleh dilanggan tanpa Astro TV

6 May 2022

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER