• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Penerbangan ditunda atau dibatalkan? Ini cara & pampasan yang boleh anda tuntut

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:54 pm
  • 12/05/2022
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, ramai yang meluahkan rasa kesal di media sosial apabila kapal terbang yang sepatutnya dinaiki mengalami kelewatan dan perjalanan mereka ditunda pada waktu lain. Ini telah menyebabkan jadual perjalanan dan aktiviti penumpang terganggu. Lebih mengecewakan, perkara tersebut berlaku sekitar cuti Hari Raya Aidilfitri.

Oleh itu, adakah sebarang tindakan boleh diambil oleh individu yang terlibat dalam isu ini? Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ada kongsikan melalui Twitter rasminnya bahawa, penumpang yang penerbangannya ditunda atau dibatalkan berhak untuk menuntut pampasan.



Berikut merupakan situasi penerbangan dan jenis pampasan yang boleh dituntut:

  1. Penerbangan ditunda 2 jam atau lebih – Tuntut pampasan makanan, panggilan telefon dan akses internet
  2. Penerbangan ditunda 5 jam atau lebih – Tuntut pampasan pemginapan hotel dan pengangkutan
  3. Penerbangan dibatalkan – Tuntut pembayaran balik secara penuh atau penerbangan alternatif

Tapi, pengecualian pampasan berlaku apabila terjadinya keadaan yang tidak dapat dijangka oleh syarikat penerbangan yang melibatkan risiko keselamatan atau cuaca ekstrem.



Bagaimana untuk tuntut pampasan?

Anda disarankan untuk hubungi dan membuat aduan terus kepada syarikat penerbangan yang anda gunakan. Anda boleh gunakan butiran yang disenaraikan di halaman ini untuk hubungi mereka.

Jika anda tidak mendapat sebarang maklum balas daripada syarikat penerbangan itu selepas 30 hari laporan dilakukan, maka anda boleh mengemukakan aduan kepada Suruhanjaya penerbangan Malaysia (MAVCOM) di sini. Selepas anda membuat aduan, anda akan menerima maklum balas daripada mereka dalam masa tujuh hari. Anda mungkin dikehendaki untuk kongsikan dokumen dan maklumat lain supaya mereka boleh mengendalikan kes anda.

Anda ada terlibat dengan situasi penerbangan ditunda atau dibatalkan? Jika ya, lakukan aduan sekarang supaya anda boleh tuntut pampasan.

[Sumber: KPDNHEP]

Tags: KPDNHEPpenerbangan
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Penerbangan ditunda atau dibatalkan? Ini cara & pampasan yang boleh anda tuntut

12 May 2022
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Huawei MatePad Air 2026 diperkenal dengan skrin PaperMatte OLED 144Hz dan enam pembesar suara

Huawei MatePad Air 2026 diperkenal dengan skrin PaperMatte OLED 144Hz dan enam pembesar suara

15 July 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN