• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

DuckDuckGo tidaklah serahsia seperti yang disangka

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:43 am
  • 27/05/2022
  • Komen
DuckDuckGo tidaklah serahsia seperti yang disangka
Share on FacebookShare on Twitter

DuckDuckGo adalah enjin carian yang sering digunakan buat golongan yang mahu lari daripada dijejak korporat yang ingin menuai data bagi tujuan pengiklanan. Pembangun enjin carian ini sering menguar-uarkan yang merekalah yang paling menjaga kerahsiaan data.

Namun, pagar ternyata sudah makan padi. Seorang penyelidik keselamatan telah mengesan yang DuckDuckGo tiada bezanya dengan yang lain. Sungguhpun ia menghalang Facebook dan Google daripada menjejak, ia tidak pula menghalang aset Microsoft daripada melakukannya. Aset seperti LinkedIn dan Bing didapati memintas halangan DuckDuckGo.



DuckDuckGo has browser extensions & their own browsers for iOS / Android @ https://t.co/2Il4VrBVqc

iOS @ https://t.co/srtR22gtfS

Android @ https://t.co/STtTve3vS7

Both versions of the DDG browser claims to use tools which
"automatically blocks hidden third-party trackers" 👀 pic.twitter.com/amhdT0w3Ru

— ℨ𝔞𝔠𝔥 𝔈𝔡𝔴𝔞𝔯𝔡𝔰 (@thezedwards) May 23, 2022

Berkenaan isu tersebut, CEP DuckDuckGo segera memberi penjelasan. Perkara tersebut ada kaitan dengan perjanjian yang dimetarai antara DuckDuckGo dengan Microsoft. Pihak Microsoft membenarkan DuckDuckGo menggunakan hasil carian bing dengan syarat membenarkan penjejak menelusuri hasil carian penggunanya.

Tapi ia tidak bermakna keselamatan data pengguna terjejas. Menurut pembangun DuckDuckGo, Microsoft hanya melihat data mentah tanpa sebarang keupayaan untuk menentukan siapakah pemilik data tersebut.



Walau apapun, nampaknya sekarang kita sudah tiada pilihan lain selain menerima hakikat yang kita memang sedang dijejak. Cumanya pastikan info yang betul-betul sensitif tidak diletakkan di dalam Internet.

Sumber:

Bacaan berkaitan

Alternatif enjin carian Google ini meletup-letup kepopularannya – SoyaCincau.com

Tags: androidduckduckgoiOSkeselamatan
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
DuckDuckGo tidaklah serahsia seperti yang disangka

DuckDuckGo tidaklah serahsia seperti yang disangka

27 May 2022
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER