• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Terperdaya pekerjaan gaji lumayan, mangsa dibawa ke Myanmar & dipaksa menjadi scammer

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:00 pm
  • 09/06/2022
  • Komen
Terperdaya pekerjaan gaji lumayan, mangsa dibawa ke Myanmar & dipaksa menjadi scammer
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang remaja lelaki Malaysia berusia 20 tahun telah melalui pengalaman pahit setelah dia menjadi mangsa penipuan pekerjaan di Myanmar. Pada mulanya, mangsa yang dikenali sebagai Seah menjumpai satu iklan tawaran pekerjaan di media sosial, sebagai pelayan. Iklan yang dijumpai pada bulan Mac itu menawarkan kerja dengan bayaran RM4,000 sebulan. Bayaran itu adalah kira-kira RM1,200 lebih daripada pendapatannya ketika itu.

Selepas bersetuju untuk bekerja, dia dibawa menaiki kereta dari Melaka ke Kelantan, seterusnya mereka melalui lorong tikus untuk memasuki Thailand sebelum ke Myanmar. Ketika itu, dia mula sedar bahawa dirinya ditipu, tapi sudah lambat untuknya melarikan diri kerana dia dikawal ketat oleh ramai orang. Malah, telefonnya juga dirampas. Suspek pada mulanya mendakwa pekerjaan itu adalah di KTV (pusat karaoke) tapi sebenarnya pekerjaan yang perlu dilakukan adalah menipu orang (scam).



Di sana, Seah telah dikurung di sebuah bangunan empat tingkat di Myawaddy, Myanmar. Di situ juga terdapat sekurang-kurangnya seribu rakyat Malaysia lain ditahan. Dia juga mendakwa, ada rakyat Malaysia yang dipukul di sana.

Seah juga pernah menyuarakan yang dia tidak suka dan tidak mahu ambil bahagian dalam kerja love scam. Malangnya, dia telah dipukul selama kira-kira tiga atau empat hari secara berturut-turut dengan menggunakan kayu besbol. Dia juga ada cuba menghalang pukulan itu, tapi dia telah ditolak dari balkoni tingkat tiga oleh ahli sindiket berkenaan.



Seah dibebaskan selepas keluarga dan rakan-rakannya membayar wang tebusan RM70,000. Dia muncul dalam satu sidang media dengan berkerusi roda selepas mengalami kecederaan di kepala, patah kaki dan dua patah tulang rusuk. Menurutnya, anggota sindiket itu adalah rakyat Malaysia tapi, dia percaya ketuanya berasal dari China.

Ketua Jabatan Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong, yang berada pada sidang media itu berkata, 74 kes berada di bawah perhatian mereka sejak Mac, tetapi hanya 23 orang telah diselamatkan.

Tidak sangka, ramai rupanya rakyat Malaysia yang terperdaya dengan sindiket ini. Untuk melindungi diri anda daripada ditipu, anda perlu selidiki dahulu syarikat yang menawarkan pekerjaan itu sebelum menerimanya. Jika sesuatu pekerjaan itu terlalu bagus untuk menjadi kenyataan, anda patut meraguinya. Malah jika majikan tawarkan kerja tanpa temu duga serta menjanjikan gaji tinggi untuk kerja yang mudah, maka anda patut menolaknya.

[Sumber: TheStar]

Tags: SCAM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Terperdaya pekerjaan gaji lumayan, mangsa dibawa ke Myanmar & dipaksa menjadi scammer

Terperdaya pekerjaan gaji lumayan, mangsa dibawa ke Myanmar & dipaksa menjadi scammer

9 June 2022
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER