SoyaCincau sedang mencipta sesuatu yang hebat dan kami memerlukan bantuan anda!
Pasukan di SoyaCincau.com adalah pelbagai, inklusif, telus dan bertenaga. Kami sedang mencari calon yang mempunyai kemahiran hubungan peribadi dan komunikasi hebat, yang boleh bekerja dengan baik dengan semua tahap masyarakat untuk membawa organisasi ke peringkat seterusnya.
Individu dengan kemahiran organisasi yang baik, pemerhatian yang unggul terhadap perincian dan ketepatan masa pasti cemerlang dalam peranan tersebut. SoyaCincau kini mencari individu yang layak untuk mengisi salah satu daripada jawatan tersebut:
- Penulis Berita BM
- Editor Video
- Pengurus Media Sosial
Tugasan di SoyaCincau tidak terhad kepada membuat perbandingan produk seperti telefon pintar atau komputer sahaja, tetapi perlu menjurus kepada pemeriksaan fakta yang tepat dan sahih, etika kewartawanan yang tinggi serta laporan bertanggungjawab.
Pasukan SoyaCincau terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, inklusif, telus dan bersemangat. Kerana itu juga kami mencari individu dengan personaliti yang hebat dan mahir berhubung dan boleh bekerja dengan pelbagai orang. Individu yang mahir dalam organisasi, sangat teliti dalam tugasan dan tepat pada masanya, sangat dialu-alukan untuk memohon.
Pada masa yang sama, calon perlu bekerjasama dengan rakan sekerja serta editor untuk mengenalpasti idea asli kandungan untuk memastikan pembaca sentiasa dimaklumkan dengan kandungan berkaitan.
1. Penulis Berita BM
Merangkumi perkembangan terkini dalam dunia teknologi dan kesannya terhadap kehidupan moden. Individu perlu menyampaikan berita, laporan dan analisis yang terperinci dan disemak fakta dengan teliti mengenai perkara tersebut, di dalam Bahasa Melayu. Sebahagian daripada tanggungjawab mereka akan memacu pertumbuhan khalayak dan meneroka saluran kandungan lain yang berkaitan dengan teknologi dan seterusnya.
Sama ada membandingkan kamera telefon pintar atau papan kekunci komputer riba, atau memberi perhatian kepada dasar privasi, calon perlu teliti dalam memburu fakta sesuatu cerita, menyokong kewartawanan beretika dan penulisan.
Tanggungjawab
- Membina bidang kepakaran tersendiri dalam mencipta kandungan teknologi meliputi berita, laporan dan analisa yang lebih luas. Penulisan berita harian adalah kemestian.
- Bekerja bersama pasukan kami untuk mencari kandungan melibatkan teknologi dan gaya hidup
- Mencipta bidang kepakaran diri dan menjadi penerajunya mengikut gaya tersendiri
- Sentiasa aktif menyediakan berita dan analisa, serta membantu menyemak berita
- Memegang standard kualiti, kreativiti dan integriti yang tinggi dalam laporan dan kandungan yang dicipta
Kelayakan
- Memiliki pengetahuan luas berkaitan bidang teknologi (teknologi pengguna, industri, automotif, kewangan, aplikasi dan lain-lain)
- Berpengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun dalam kewartawanan, terutama dalam produk berkaitan teknologi pengguna
- Berkemahiran tinggi dalam menulis, termasuk berupaya untuk membina sudut cerita yang menarik dan menghasilkan penulisan berkualiti
- Berpengetahuan tinggi tentang penggunaan SEO dan strateginya dialu-alukan
2. Editor Video
Anda akan bekerjasama rapat dengan pasukan kandungan dan media sosial SoyaCincau untuk menghasilkan video berkualiti untuk media dalam talian dan sosial.
Anda akan membantu dalam idea kandungan, perancangan pengeluaran, penggambaran dan penyuntingan video. Anda akan mempunyai banyak ruang untuk mengembangkan kreativiti, sambil meneroka idea baharu seraya meningkatkan kerjaya anda sebagai pencipta kandungan dalam industri yang menarik ini.
Tanggungjawab
- Memimpin proses pengeluaran video hujung ke hujung (papan cerita, perancangan garis masa)
- Membantu dengan rakaman video
- Mengedit video dan kerja pasca produksi
- Membantu menyediakan studio untuk penggambaran
- Membantu menyediakan dan menguruskan siaran langsung strim
- Menyumbang idea/konsep untuk penghasilan video
Kelayakan
- Ijazah dalam Komunikasi Kreatif, Pengurusan Media Sosial, Pemasaran Pengiklanan atau berkaitan
- Minat yang tinggi dalam produk teknologi, teknologi pengguna, automotif dan seterusnya
- Pengalaman dalam grafik bergerak
- Mahir dengan sistem kamera Sony
- Pakar dalam Premiere Pro, After Effects, Photoshop, Illustrator dan perisian lain yang berkaitan
- Mahir dalam penulisan dan kandungan yang tinggi
- Biasa dengan alat penciptaan kandungan media sosial seperti CapCut, Later dsb.
3. Pengurus Media Sosial
Anda akan menguruskan aset media sosial di bawah jenama SoyaCincau.com dan RKMD. Anda akan ditugaskan untuk memimpin dan membangunkan strategi kandungan media sosial dan merancang untuk mengembangkan dan meningkatkan penonton serta pendedahan jenama SoyaCincau dan RKMD. Anda akan bekerjasama rapat dengan pasukan kandungan dan video untuk membangunkan perancangan ini. Mereka yang analitikal dan kreatif akan cemerlang dalam peranan ini.
Tanggungjawab
- Membangunkan, merancang dan melaksanakan pelan kandungan media sosial
- Sentiasa memantau dan mengukur prestasi kandungan media sosial
- Sediakan laporan media sosial, berikan pandangan dan cadangan untuk penambahbaikan
- Berinteraksi dengan penonton media sosial kami dengan cara yang menyeronokkan, unik dan bermaklumat
- Teruskan mengembangkan pendekatan media sosial jenama untuk kekal di hadapan
- Ikuti aliran semasa dan amalan terbaik dalam ruang kandungan media sosial
Kelayakan
- Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman mengurus akaun media sosial, copywriting atau peranan yang serupa
- Ijazah dalam Komunikasi, Pengiklanan atau seumpamanya
- Mahir dan mampu melaksanakan reka bentuk grafik untuk kandungan media sosial
- Mahir dalam copywriting
- Pengetahuan mendalam tentang platform media sosial terutamanya TikTok, Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube
- Pengetahuan mendalam dalam alat penerbitan media sosial seperti Later dan CapCut
Faedah-faedah yang disediakan
- Gaji yang kompetitif
- Elaun perjalanan bulanan
- Elaun berhias diri
- Parkir kenderaan disediakan
- Cuti melebihi purata industri
- Perlindungan perubatan
- Waktu bekerja felksibel
Jika anda berminat untuk menyertai kami, hantarkan resume anda kepada us [@] mindblow.my. Calon akan bertugas di Kuala Lumpur, Malaysia.
Tentang SoyaCincau.com
SoyaCincau.com ditubuhkan pada tahun 2008 dan kini terdapat di dalam 3 bahasa – Inggeris, Melayu dan Cina. Kami di dalam misi untuk mendidik masyarakat berpengetahuan supaya sentiasa ingin tahu, ambil tahu dan beri tahu, serta membangunkan pasukan pencipta kandungan yang bertanggungjawab.
Selain membuat laporan berita berkaitan telefon pintar dan pelan telekomunikasi, kami juga membuat laporan di bidang sains dan teknologi lain, termasuk polisi dan undang-undang yang memberi impak penting kepada masyarakat. Selain di laman web, kami turut mencipta siri video di YouTube seperti Petua Gajet, Lima terbaik, Sorotan Berita Mingguan, Covid-19 di Malaysia dan Kenapa Jangan Beli.