• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony Xperia 1 IV kini boleh ditempah pada harga lebih RM6,000

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:26 pm
  • 10/06/2022
  • Komen
Sony Xperia 1 IV kini boleh ditempah pada harga lebih RM6,000
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Xperia 1 IV diumumkan pada peringkat global pada pertenghan Mei 2022. Kini tibalah pasaran Malaysia untuk memulakan tempahan untuk memilikinya.

Harga Sony Xperia 1 IV di Malaysia

Seperti biasa, tempoh tempahan yang agak panjang diberikan kepada pengguna iaitu sehingga 10 Julai 2022 ini. Harga jualan flagship ini ditetapkan pada RM6,099 iaitu RM300 lebih tinggi berbanding generasi sebelum ini.



Sumber

Hanya ada satu varian sahaja yang ditawarkan iaitu RAM 12GB dan storan 256GB. Setiap tempahan awal akan menerima hadiah percuma berupa earfon WF-1000XM4 yang bernilai RM1,099.

Spesifikasi Sony Xperia 1 IV

Xperia 1 IV didapati mengekalkan fizikaliti model sebelumnya. Ia tetap hadir dengan panel paparan 4K OLED sebesar 6.5” dengan nisbah paparan 21:9. Kadar segar semula paparan itu adalah 120Hz dengan frekuensi input setinggi 240Hz.



Perubahan paling ketara adalah pada bahagian pengimejan telefon ini. Di bahagian belakang, Xperia 1 IV ada tiga buah kamera belakang. Kamera utamanya adalah kamera 12MP (24mm) diikuti kamera ultralebar 12MP (16mm). Kamera ketiga ini dikatakan Sony sebagai yang pertama dunia dengan lensa zum optikal. Kamera ini boleh mengezum dalam julat 85mm-125mm dan kalau dibandingkan dengan kamera utama, adalah sekitar 5x zum optikal.

Kesemua kamera ini dilengkapi Optical SteadyShot, sistem penjejak fokus mata, dan kemampuan merakam sehingga 4K@120. Untuk mengambil gambar selfie, pengguna boleh memanfaatkan kamera 12MP.

Di atas papan utama, Sony memateri SoC Snapdragon 8 Gen 1 yang digandingkan bersama RAM 12GB dan storan 256GB. Slot untuk memegang kad mikro-SD juga ada seandainya storan perlu diperluas. Membekalkan tenaga kepada telefon ini adalah bateri berkapasiti 5,000mAh dan ia dicas menggunakan blok 30W. Namun, blok pengecas tidak disertakan bersama di dalam kotak.

Ditujukan kepada pencipta kandungan video, telefon ini kalis debu dan air pada tahap IP68 yang bermakna sesuai digunakan walaupun di dalam hujan untuk merakam. Sony menyertakan jek audio 3.5mm untuk headfon kegemaran anda ataupun muzik kegemaran boleh dilayani menerus sepasang speaker stereo.

Buton ikonik shutter di bahagian sisi masih disertakan Sony pada produk ini. Salah satu ciri yang diketengahkan Sony untuk telefon ini adalah kemampuan bersiaran langsung ke media sosial terus daripada telefon tanpa perisian tambahan.

Bacaan berkaitan

Sony Linkbuds S ada spesifikasi hampir sama dengan WF-1000XM4 tapi RM170 lebih murah – SoyaCincau.com

Sony Xperia 1 IV ditambah baik dengan lensa zum optikal pertama dunia untuk telefon pintar – SoyaCincau.com

Tags: androidSonysony xperiasony xperia 1 ivtelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sony Xperia 1 IV kini boleh ditempah pada harga lebih RM6,000

Sony Xperia 1 IV kini boleh ditempah pada harga lebih RM6,000

10 June 2022
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN