• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mohamad Salim dilantik pengerusi sementara SKMM, ganti Fadhlullah yang cukup tempoh perkhidmatan

  • OLEH Najib
  • 11:01 pm
  • 10/06/2022
  • Komen
Mohamad Salim dilantik pengerusi sementara SKMM, ganti Fadhlullah yang cukup tempoh perkhidmatan
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa petang ini memaklumkan pelantikan Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din, sebagai Pengerusi Interim untuk Surahanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Beliau menggantikan tempat Datuk Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek yang telah tamat kontrak 2 tahun pada 9 Jun 2022 dan tidak diperbaharui.

🔹 Senator Zurainah Musa dilantik sebagai Pengerusi FINAS, berkuat kuasa hari ini

🔹 Mohamad Salim Fateh Din dilantik sebagai Pengerusi Interim SKMM, berkuatkuasa hari ini sehingga lantikan Pengerusi baharu

– MenKOMM @AnnuarMusa pic.twitter.com/OSy91NJZv2

— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) June 10, 2022

Lantikan ini dilihat selaras dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM1998) di mana salah seorang Ahli Suruhanjaya boleh dilantik menjalankan tugas sebagai Pengerusi bilamana berlaku kekosongan jawatan tersebut. Mohamad Salim telah berkhidmat sebagai Anggota Suruhanjaya SKMM sejak 1 Januari 2022.



Mohamad Salim sebelum ini pernah memegang jawatan Pengarah Urusan Kumpulan MRCB. Beliau merupakan pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Gapurna Sdn Bhd dan pernah menjawat pelbagai jawatan penting dalam pelbagai industri, termasuk sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Giant Malaysia dan Pengerusi Bukan Eksekutif British American Tobacco (Malaysia) Berhad.

Beliau juga bertanggungjawab membangunkan konsep “Super Store Petrol Station” bagi syarikat-syarikat minyak dan gas ternama seperti Shell, Esso, BO dan Caltex. Beliau juga merupakan individu di sebalik usaha pemodenan dan reka bentuk semula pusat-pusat pengagihan pasaraya mega Giant yang mana kemudiannya menjadi ikutan bagi syarikat-syarikat mega peruncit makanan lain di dalam negara.



Walaupun memegang jawatan sementara, Mohamad Salim perlu memikul tanggungjawab besar memastikan perbincangan antara DNB, kerajaan dan syarikat telekomunikasi berjalan lancar untuk mencapai tarikh akhir 30 Jun 2022. Jika gagal, kerajaan mungkin akan menawarkan pegangan saham DNB kepada syarikat lain. Sekaligus merencatkan lagi racncangan membangunkan 5G di Malaysia.

Tags: SKMM
Najib

Najib

POPULAR

Mohamad Salim dilantik pengerusi sementara SKMM, ganti Fadhlullah yang cukup tempoh perkhidmatan

Mohamad Salim dilantik pengerusi sementara SKMM, ganti Fadhlullah yang cukup tempoh perkhidmatan

10 June 2022
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN