• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Timbalan Menteri, Zahidi Zainul minta SPRM siasat DNB dikhuatiri menjadi skandal seperti 1MDB

  • OLEH Najib
  • 3:19 pm
  • 22/06/2022
  • Komen
Projek 5G DNB RM20b dibincang secara tertutup, SKMM gagal jelaskan kenapa ada monopoli bukan bumiputera
Share on FacebookShare on Twitter

Pemimpin Pemuda UMNO telah menghantar memorandum kepada Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, menyatakan kerisauan mengenai pembangunan 5G Malaysia menerusi Digital Nasional Berhad (DNB). Mereka juga telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menggesa siasatan dijalankan terhadap DNB untuk memastikan ketelusan dan tadbir urus yang baik semasa membangunkan 5G, untuk mengelakkan berlakunya skandal kewangan.

FreeMalaysiaToday melaporkan, Pemuda UMNO meminta laporan telus termasuk kos sebenar untuk membangunkan 5G dan penjelasan terperinci mengenai kadar borong 5G kepada telco. Memorandum itu turut menyebut bahawa Pemuda UMNO tidak mahu satu lagi skandal korporat terbesar yang boleh mencemarkan nama negara. Mereka juga meminta supaya SPRM meminjamkan pegawainya kepada DNB bagi memastikan perolehan dan perbelanjaannya disemak, serta pengurusan tertinggi syarikat mengemukakan pengisytiharan aset.



Selain itu, Pemuda UMNO juga menyatakan syarikat Bumiputera diketepikan dalam pembangunan 5G, melihatkan kurangnya program untuk mereka. Mereka juga meminta supaya DNB menyediakan pelan perniagaan Bumiputera yang jelas, bagi memastikan penyertaan syarikat Bumiputera dalam ekosistem ekonomi digital Malaysia.

Dalam majlis penyerahan memorandum tersebut, Zahidi Zainul turut menggesa supaya SRPM menyiasat DNB, kerana ia menggunakan dana awam. Dia juga mengatakan, DNB tidak memperkasa Bumiputera kerana kurangnya penglibatan rakyat tempatan dalam pengurusan tertinggi.



Zahidi Zainul yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, dia tidak mahu DNB menjadi masalah seperti 1MDB dan UMNO akan disalahkan kerana skandal kewangan lain. Dia mahu UMNO untuk menyertai Pilihan Raya Umum akan datang dengan imej yang bersih supaya diterima orang ramai.

Walaupun berjawatan Timbalan Menteri, Zahidi menyatakan kekesalan kerana sering dipinggirkan dalam pembangunan 5G Malaysia. Selain daripada penerangan tentang hasrat kerajaan untuk mengekalkan DNB sebagai penyedia tunggal 5G di Malaysia, dia tidak dijemput menyertai mana-mana perjumpaan dan mesyuarat lain berkaitan DNB.

Pada Disember tahun lepas, Zahidi menyatakan di sidang media Parlimen bahawa Menteri Komunikasi dan Multimedia sebelum ini, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz telah membincangkan projek 5G secara tersembunyi dan SKMM sendiri tidak dapat menerangkan tentang kenapa DNB dipilih sebagai monopoli. Dia menyebut, dia mungkin dipinggirkan kerana Saifuddin merupakan ahli parti lain sementara dia adalah ahli UMNO.

Kerajaan telah menetapkan tarikh 30 Jun 2022 sebagai tarikh akhir untuk syarikat telekomunikasi menandatangani perjanjian bersama DNB. Bagaimanapun, empat telco utama iaitu Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile, masih belum memberi kata putus walaupun tinggal seminggu.

Antara sebab yang membuatkan empat telco ini belum memberi kerjasama adalah peraturan dan harga borong yang terlalu tinggi untuk diikat selama 10 tahun. Permintaan empat telco ini untuk memiliki lebih 50% pegangan saham DNB juga tidak diterima oleh kerajaan.

Setakat ini, hanya YES telah mula menggunakan perkhidmatan 5G DNB. Telekom Malaysia telah bersetuju untuk menyertai DNB tetapi masih belum mula menggunakannya. Jika tarikh 30 Jun tiba dan empat telco ini masih tidak bersetuju, kerajaan dikatakan tidak akan teragak-agak untuk membuka penyertaan kepada syarikat lain, tempatan dan luar negara.

[Sumber: FMT]

Bacaan Berkaitan

  • 5 sebab kenapa Celcom, Digi, Maxis & U Mobile belum setuju tawaran 5G DNB
  • Kerajaan tolak cadangan telco pegang saham majoriti DNB, tarikh akhir persetujuan kekal 30 Jun
  • Kenapa 4 telco ini masih tidak mahu sertai DNB?
  • Ini yuran langganan telco sekiranya sertai DNB untuk akses 5G
Tags: 5gDNBSKMMSPRMZahidi Zainul Abidin
Najib

Najib

POPULAR

Projek 5G DNB RM20b dibincang secara tertutup, SKMM gagal jelaskan kenapa ada monopoli bukan bumiputera

Timbalan Menteri, Zahidi Zainul minta SPRM siasat DNB dikhuatiri menjadi skandal seperti 1MDB

22 June 2022
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN