• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

“Captain America” guna iPhone 6s sampai jahanam, sebelum tukar ke iPhone baru

  • OLEH Najib
  • 1:27 pm
  • 28/06/2022
  • Komen
“Captain America” guna iPhone 6s sampai jahanam, sebelum tukar ke iPhone baru
Share on FacebookShare on Twitter

Kegilaan menggunakan iPhone terbaru mungkin menjadi impian ramai orang. Tetapi masih ada yang mampu untuk berbuat demikian, tetapi memilih untuk kekal dengan telefon lama berusia lebih 5 tahun. Perkara ini ditunjukkan oleh pelakon watak “Captain America” di dalam filem Avengers, Chris Evans.

Chris telah berkongsi di instagram beliau, sekeping gambar yang menunjukkan pemindahan data dari sebuah iPhone ke iPhone yang lain. Ayat pertama yang disebut untuk gambar tersebut adalah “RIP iPhone 6s” atau dalam kata lain, selamat tinggal iPhone 6s.



https://www.instagram.com/p/CfK1nJxN6TD/

Dia menyatakan akan merindui butang Home iaitu Touch ID di iPhone 6s. Chris turut berkongsi pengalamannya bersama iPhone tersebut baru-baru ini. Antaranya berperang untuk cuba mengecas setiap malam, hasil gambar kamera yang kabur, serta bateri yang turun tiba-tiba dari 100% ke 15%, kemudian mati dalam masa beberapa minit.

Ini menunjukkan dia memang sangat sabar melayan kerenah sebuah telefon pintar lama. Mungkin iPhone tersebut sudah tidak boleh dihidupkan untuk masa yang lama, barulah dia bertukar ke iPhone baru. Dia tidak menyatakan apakah model iPhone baru itu, tetapi gambarnya yang kelihatan sama besar dengan iPhone 6s, berkemungkinan adalah iPhone 13 Mini.



Apple memberikan hayat yang sangat panjang buat iPhone 6s kerana masih menyediakan kemaskini perisian sehingga iOS 15. Bagaimanapun dalam pengumuman terbaru iOS 16, ia tidak lagi menyokong iPhone 6s. Adakah ini sebenarnya menjadi titik tolak Chris bertukar ke telefon baru?

Jika anda, apakah perkara yang membuatkan anda sanggup untuk tidak bertukar telefon sebegitu lama? Malas nak alihkan data atau masih tak jumpa warna telefon yang diingini?

[Sumber: GSMarena]

Tags: appleapple iphone 6sChris Evansiphone 6s
Najib

Najib

POPULAR

“Captain America” guna iPhone 6s sampai jahanam, sebelum tukar ke iPhone baru

“Captain America” guna iPhone 6s sampai jahanam, sebelum tukar ke iPhone baru

28 June 2022
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN