• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy S22 Ultra kini ada 3 warna baharu, menjadikan 7 pilihan warna kesemuanya

  • OLEH Najib
  • 11:50 am
  • 05/07/2022
  • Komen
Galaxy S22 Ultra kini ada 3 warna baharu, menjadikan 7 pilihan warna kesemuanya
Share on FacebookShare on Twitter

Kini anda ada sebab lebih baik untuk membeli telefon pintar Samsung Galaxy S22 Ultra, selain ada S Pen boleh disimpan di dalam badannya. Ini kerana Samsung Malaysia mengumumkan ketibaan tiga warna serba baharu untuk peranti terbaik mereka ini.

Tiga warna baru untuk Galaxy S22 Ultra itu adalah warna Graphite, Merah dan Biru Langit. Ia menyertai empat lagi warna sedia ada iaitu Burgundy, Hitam, Putih dan Hijau. Ini menjadikan terdapat tujuh warna boleh dipilih untuk Galaxy S22 Ultra.



Bagaimanapun, tiga warna baharu ini dijual secara eksklusif di dalam talian sahaja, iaitu di e-Store Samsung Malaysia. Tetapi yang bagusnya, tiada perubahan harga malah anda boleh mendapat e-baucar dan ganjaran tambahan. Tetapi hanya satu varian ditawarkan untuk warna baru ini, iaitu 256GB berharga RM5,499.

Samsung Malaysia membuka tempahan awal untuk tiga warna baru Galaxy S22 Ultra, dari 4-14 Julai 2022 dan menyediakan hadiah berupa e-baucar bernilai RM800. E-baucar ini boleh digunakan untuk membeli produk Galaxy terpilih seperti telefon pintar, tablet, jam dan aksesori.



Selain itu, Samsung juga menawarkan mata ganjaran Samsung Rewards kepada pembeli. Malah, jika anda ada telefon lama yang tidak lagi digunakan, anda boleh mendapat rebat segera sehingga RM600 dengan menebusnya untuk membeli Galaxy S22 Ultra berwarna baru ini.

Jika berminat dengan tawaran ini, segera ke e-Store Samsung Malaysia untuk mendapatkan Galaxy S22 Ultra.

Kenali lebih lanjut tentang Galaxy S22 Ultra dalam laporan kami di sini. Jangan lupa untuk tonton pandangan Hanif tentang Galaxy S22 Ultra dalam video di bawah.

Tags: Galaxy S22Galaxy S22 UltrasamsungSamsung Galaxy S22Samsung Galaxy S22 Ultra
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy S22 Ultra kini ada 3 warna baharu, menjadikan 7 pilihan warna kesemuanya

Galaxy S22 Ultra kini ada 3 warna baharu, menjadikan 7 pilihan warna kesemuanya

5 July 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN